Thursday, March 18, 2021

SAMBAL HITAM PAHANG


     Ini sambal legend orang Pahang. Walaupun suami kita orang sana tetapi kita tak berani terai buat sebab orang Pahang sensitif cara pembikinannya. Kjee pernah kena kecam dulu masa cuba2 buat. Lepas tu serik!
      So apabila nampak cara ekspres yang dibuat Habib Izzah, minggu lepas, terdetik semula hati ini nak terai. Lantaklah kalau kena kecam lagi.
      Masa Kjee suruh UnclePali pergi ke amik Belimbing kat kebun kawan dia pagi tadi, dia baru cerita menantu kakak dia ada buat jual. Dia duduk Bentong. Tapi tak boleh pulak nak rentas negeri, rasa.
      Resipi Habib Izzah mudah sangat. Bahan yang dia guna, belimbing, bawang besar, ikan bilis, cili padi dan cili hidup. Jumlah bahan2, agak2 ler katanya. Orite. 

      Since Kjee guna dekat 1 kilo belimbing, bawang besar 3 biji, segenggam besar ikan bilis, 7 biji cili padi hijau, 5 biji cili padi Bangla dan dua biji cili merah. 
     Mula2 bersihkan belimbing. Cuci dan tos. Bawang dan ikan bilis dikisar. Lepas itu panaskan minyak dalam kuali. Dah panas, masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai agak kering. 
     Kemudian blend cili sampai halus. Kjee campur dengan lima enam biji belimbing sebab tak letak air masa blend. 
Kalau banyak air, lambat pulak kering. Dah halus Kjee tuang dalam kuali tadi. Kacau rata. 
     Pastu blend pulak belimbing. Tak payah letak air juga. Guna mode pause. Tekan sekejap2 butang pause tu sampai semua belimbing dah hancur. Tak payah halus sangat. Kemudian campur semua bahan dalam kuali dan kacau rata. 
      Guna api sederhana untuk masak sehingga kering. Habib Izzah kata setengah jam. Agaknya itu terpulang kepada banyak mana bahan. Kjee masak sejam lebih sampai warna bertukar jadi hitam dan bahan semua kering. 
     Dah masak baru Kjee adjust letak garam dan sedikit gula. Siap. 
     I got no one to be my judge. Entah sukses entah tidak. But I like. Tak lah pedas sangat. Mungkin kalau terlajak pedas, sedap. 



    
     

0 comments:

Post a Comment