Monday, September 15, 2014

isu semasa

SIARAN TERGENDALA SEKETIKA




Kepada blog followers Kjee yang setia, Kjee menyusun 10 jari memohon ampun kerana sejak dua atau tiga hari yang lepas, Kjee ada masalah sikit dengan blog ini.

Mula-mula ingat kena hack. Tetapi baru sebentar tadi, UnclePali dah dapat mencari di mana kesilapannya.

Jadi, Insya Allah mulai esok semuanya pulih seperti sediakala. Dan kalau sihat Kjee akan bersiaran seperti biasa. Walaupun tiada entri baru, sejak tiga hari lepas Kjee telah mendapat hampir 40,000 page views.

Terima kasih atas sokongan anda semua.



Thursday, September 11, 2014

isu semasa

KERANA MANUSIA YANG RAKUS...




Semua foto ehsan NST Online




Dapat 5 A dalam UPSR bukannya boleh jadi loyar, majistret atau doktor. Atau bukan pasport untuk masuk unibersiti.

Tetapi kenapa manusia yang rakus ini sanggup membuat anak-anak diatas ini dan juga beratus ribu yang lain, kecewa?!!!

Ini adalah peperiksaan besar pertama dalam hidup mereka sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah! Hancur luluh hati mereka yang sudah berhempas pulas berbulan-bulan!

Apakah persepsi mereka terhadap sistem pendidikan negara selepas ini?

Mereka yang tidak bertanggungjawab itu harus malu dan ludah muka sendiri!!! Jangan ingat korang terlepas tau.

Wednesday, September 10, 2014

ikan

SAMBAL PETAI IKAN MABONG GORENG


















Beberapa hari lalu, Kjee ternampak ada fren FB post gambar Sambal Ikan Tenggiri dengan petai, di newsfeed FB Kjee. Tetiba teringat akan petai yang UnclePali beli Ahad lalu. Mujur Nadia simpan dalam fridge. Adalah rupa petai sikit setelah empat hari..hehehe.

Kjee selongkar freezer dan hanya jumpa ikan Mabong yang Unclepali beli kat Hero Market dulu. Tak sampai hati nak suruh dia keluar gi beli ikan Tenggiri. Dia tengah sibuk kejar deadline siapkan artwork buku cenderamata mesyuarat UMNO.

Kerja Kjee dipermudahkan apabila jumpa satu bekas cili kisar dalam freezer. Kalau hari tak sibuk, UnclePali memang kisar cili kering dan bekukan. Rajin kan suami kita.

Ini kali pertama Kjee buat sambal petai ikan kembong goreng. Selalunya Kjee buat sambal petai udang atau ikan bilis. Jadi agak teruja membuatnya.

Setelah Kjee kerjakan petai yang mengambil masa agak lama sebab petai sudah pula mengecut, Kjee pun kerjakan ikan Mabong. Bubuh garam dan kunyit dan perap seketika dalam fridge.

Kemudian Kjee potong 2 labu bawang besar dan dihiris. Kjee amik sejemput dan tumbuk bersama 3 ulas bawang putih. Kjee jugak tumbuk sejemput ikan bilis. Saja nak bagi rasa. Kekadang Kjee guna satu kuib bilis. Tapi tadi stok elek.

Dah siap semua, tumis bahan-bahan tumbuk sampai wangi.  Kjee tumis gunakan minyak yang agak banyak. Dekat satu mangkuk. Menumis sambal ni, kalau guna minyak banyak, rasanya lagi sedap. Tapi sebaik sahaja padam api, Kjee kaup pelan-pelan semua minyak dan buang. Kemudian masukkan cili kisar dan lebihan bawang besar yang dihiris tadi.

Setelah sambal agak garing, Kjee masukkan petai. Selalunya Kjee goreng dulu petai separuh masak tapi kali ini, Kjee goreng sekali dalam sambal. Minyak kan banyak tadi.

Campakkan satu keping asam gelugor dan garam mengikut rasa serta sedikit gula. Kalau dah puas hati, padam api dan jangan lupa buang minyak kalau berlebihan.

Selepas itu Kjee goreng ikan Mabong. Apabila sudah siap, Kjee susun ikan dalam pinggan dan curahkan sambal petai.

Inilah versi Sambal Petai Ikan Mabong Goreng. Mungkin ada orang goreng ikan pastu dimasukkan dalam kuali bersama sambal. Sukati lah kan. Kita yang buat dia. Hehehe.








isu semasa

KERTAS SAINS UPSR SAHAJA BOCOR? ADA DAKWA MATHS JUGAK!!



Ini kiriman seorang ibu dari Perak kepada Kjee. Dia mendakwa kertas Maths jugak bocor!

lauk pauk jawa

BAYAM RAJA BERSIONG?











Mesti korang ketawa tengok Kjee buat entri ini. Alahai dah tak ada modal ker? Bayam Merah Masak bening pun nak bubuh kat sini.

Hmmm Kjee pun memang tak minat nak buat entri. Tetapi apabila Kjee acah bubuh gambar bayam merah ni kat FB, Kjee baru perasan yang ramai tak tahu atau tak pernah makan sayur Bayam Merah ni.

Kjee pun belajar makan sayur ni lepas kahwin. Lepas dah beranak pinak. Masa kecik-kecik dulu, kalau lalu kat pasar dan nampak sayur ni, Kjee akan tanya emak sayur apa tu. Dia angkat bahu macam geli geleman.

"Isyhhh tak lalu aku nak makan. Kau tau tak, itu sayur Raja Bersiong!" kata emak sambil tarik tangan Kjee pergi dari tapak Nyonya jual sayur tu.






Sampai rumah, emak pun ceritalah al kisah yang entah benar entah tidak. Kononnya, di zaman dulu-dulu, tukang masak Raja ni tengah siang sayur bayam. Bayam hijaulah kot. And then, jari dia terluka. Darah tu mengalir ketika dia sedang menumis. Tapi kerana dah kesuntukan masa, dia tak buanglah sayur satu periuk tu. Dia terus hidang bagi Raja makan.

Raja pun santap dengan penuh berselera. Tersangat sedap. Malah, Tuanku puji cantik warna kuah sayur tu! Tuanku titah esok mesti masak sama macam itu.

Esoknya, tukang masak pun masaklah. Bila dihidangkan dekat Tuan, Tuanku jadi marah apabila dia makan tetapi tak sedap. Tuanku ugut akan pancung kepala Tukang Masak kerana gagal masak sayur bayam yang sedap macam semalam!

Dek kerana ketakutan, Tukang Masak tu pun sengaja lukakan jari dia dan titiskan darah itu dalam lauk sayur tu. Dan nyawa dia selamat dan Tuanku pun happy.

Korang jangan percaya cerita ni! Kalau emak aku bohong maka aku pun telah bohong kepada korang semua. Tapi rasanya citer ni bohong lah. Hehehe.

Anyway, ramai orang kata sayur ini sangat banyak khasiatnya. Sama cam bayam yang warna hijau. Whatever.

Hari ni Kjee masak Sayur Bayam Merah Masak Being. Tumis sikit bawang putih dan bawang merah. Pastu campakkan sikit ikan bilis dan curahkan air seberapa banyak korang nak sebagai kuah. Bila dah didih, masukkan sayur yang telah dicuci bersih dan dipetik-petik. Bayam banyak pasir, jadi hati2 ketika membasuh. Guna banyak air, okaylah. Jangan lupa bubuh garam. Tak perlu masak lama-lama. Nampak jer sayur dah kecut, okahlah tu.

Seelok-eloknya hirup sekali kuahnya kerana disitulah duduk segala khasiatnya.








Tuesday, September 9, 2014

L'arome

L'AROME KINI PALING PANAZZZ!






Makluman kepada mereka yang ingin order L'Arome Slimming Serum. Stok hanya akan ada hujung bulan Oktober atau awal November 2014.

Kjee baru dapat makluman dari HQ L'arome bahawa product ini terlajak laris sehinggakan mereka yang order bulan lepas pun, ramai yang masih belum dapat.

So for the time being, harap mereka yang berminat bersabar ya.

Pihak HQ tidak sama sekali menyangka sambutan begitu hangat. Ini bermakana product ini telah menyakinkan ramai penggunanya. Kjee juga banyak terima repeat orders.

Terima kasih semua.

Yang nak tahu product apa yang Kjee perkatakan ini, sila KLIK SINI.

Monday, September 8, 2014

nasi/bubur/pulut

NASI LEMAK MASAK SENDIRI














Berlambak orang jual nasi lemak tiap pagi. Tapi kalau dah tekak kata nak makan home made punya, nak tak nak terpaksalah buat jugak kan? Nasi Lemak home made cukup lemak dan rasa. Tak macam Nasi Lemak beli... Oppps Kjee dulu niaga Nasi Lemak tetap cukup lemaknya tau!

Anyway, pagi tadi lepas Subuh dan babai babai kat Nadia yang keluar awal sebab ada kursus 3 hari di Bangi, Kjee pun ke dapur sorang diri. UnclePali tak tau pun Kjee nak masak Nasi Lemak. Kalau tau, dia mesti marah. Dialog cliche dia :"Berlambak orang jual. Tak payah sibuk-sibuk buatlah!" Tu diaaaa. Tak berdesing ke telinga!!

So kita masak pelan-pelan pagi tadi. Kali ni tak ada nyanyi-nyanyi kuat-kuat. Nyanyi pelan2 jer lagu Jamal Abdillah 'Mati Hidup Semula'. Jangan tanya kenapa aku nyanyi lagu tu. Sukati aku lah kan. Hehehe.

Beras Basmathi berbaki banyak sejak Raya hari tu, so pagi ni Kjee masak Nasi Lemak guna beras tu. Oleh kerana Kjee tak ada sukatan air untuk masak beras tu, Kjee skodeng kat blog Che Mat Gebu. Beliau buat stail orang Johor yang bubuh bawang dan juga halba. Tapi Kjee tak bubuh sebab penghuni rumah ni punya tekak pelik sikit. Karang tambah macam-macam, banyak jer komplen.

Jadi Kjee buat stail orang KL. Buh santan dan garam hingga cukup rasa.

Oleh kerana penghuni rumah tak ramai, Kjee buat dua cawan beras jer. Ala cawan standard yang Kjee guna untuk sukat tepung bila baking. Kjee guna santan dalam kotak sebab kedai belum bukak lagi pepagi ni nak gi beli kelapa.

So sukatan yang Kjee guna ialah 2 cawan beras Basmathi (Kjee guna Pusa Gold Super Panjang) dan 3 cawan santan. Bab santan ni, Kjee guna satu cawan santan pekat kotak dan 2 cawan air. Beras dicuci dan direndam lebih kurang ½ jam. Lepas tu, toskan beras hingga kering. Masukkan ke dalam rice cooker. Buh santan dan garam dan daun pandan dan masaklah sampai hampir kering.

Kjee telah sediakan kukusan. Sebaik sahaja nasi dalam rice cooker hampir kering, Kjee keluarkan dan alihkan ke dalam kukusan yang telah dilapik daun pisang. Kjee kukus selama lebih kurang 20 minit.

Kenapa mesti kukus? Saja. Sukati. Kita yang buat dia. Dah terlebih rajin. Hehehe.

Hari ni Kjee buat Sambal Sotong jenama Rex. Yang dalam tin tu.

Kalau korang nak buat guna beras biasa, korang tengok kat SINI. Untuk sambal sotong dalam tin tu, korang boleh tengok DISINI.





Thursday, September 4, 2014

isu semasa

DEMI NEGARA YANG KUCINTA


isu semasa

L'AROME BERKESAN BUKAN HEBAT TAU!







Terima kasih atas sambutan yang tidak terduga daripada my blog readers apabila Kjee tulis pasal L'arome bulan lepas. KLIK SINI.

Apapun, sedihnya setelah dua minggu entri itu keluar dan orders bertalu-talu masuk, stok L'arome di HQ jadi  kelamkabut. Sambutan hangat di seluruh negara menyebabkan stok sangkut hampir sebulan! Kjee hanya sempat pos dua kali sahaja kepada mereka yang order. Jumlahnya 30 set iaitu untuk 30 orang!

Selepas itu, Kjee panik. Sewaktu Kjee buat entri, ramai whatsapp dan sms. Kjee pun berilah nombor account bank untuk dimasukkan duit tanpa mengesyaki stok akan tersangkut. Kerana itu, Kjee mulai risau. Duit dah masuk tapi stok tak tahu bila ada. Bukannya sikit duit orang yang telah diamanahkan!!

Kjee nekad. Kjee contact mereka dan suruh bersabar. Kalau rasa tak boleh sabar, Kjee rela pulangkan wang mereka. Bagaimanapun, semua sanggup tunggu. Terima kasih banyak2.

Hari ini (4 Sept) , UnclePali sedang bungkus semua stok untuk mereka yang sabar menanti selama ini. Sekejap lagi post dan Insya Allah dapat esok seandainya Pos Laju tak buat hal. Hehehe.

Bisnes L'arome ini adalah Multi Level Marketing atau MLM yang Kjee tahu ramai tidak menyukainya seandainya diberitahu. Tapi tak kesahlah. Yang penting product nya. Nyata sekali Kjee terima banyak feedback dan testimoni mengenai keberkesanannya. Tak berani guna perkataan kehebatan. Yang hebat hanya Allah swt.

Tapi kalau korang nak jana pendapatan menjadikan product ini satu bisnes, bolehlah contact Kjee. Senang sebenarnya nak jual sebab semua orang nak slim, nak cantik! Kalau wang yang sama Kjee syor suruh beli supplimen atau ubat untuk kesihatan, semua macam pekakkan telinga. Tapi apabila Kjee kata tak payah berlapar atau bahasa hikmatnya NO DIET, sapu jer boleh cantik dalam tempoh waktu yang singkat, berlumba-lumba orang contact Kjee. Hehehe.

Anyway, Kjee tahu korang mesti nak lemparkan kembali soalan ini kepada Kjee. Kjee redho dan pasrah sebab bukan korang sahaja yang mempunyai pandangan yang serupa. Ramai tanya kenapa Kjee yang sibuk-sibuk nak jual L'arome sedangkan Kjee adalah antara contoh yang kurang elok untuk dijadikan testimoni.

Hahaha itu soalan cepumas. Kjee sudah gunakan L'arome sebanyak 3 botol. Lebih kurang sebulan termasuk hari tak sapu sebab terlupa. Dan lengan Kjee yang macam king kong dah jelas susut lebih kurang 2½ inci! Kalau dulu nak pergi cek doktor dan disuruh singsing lengan baju, untuk cek BP, boleh sampai tahap siku. Sekarang kalau singsing lengan baju yang sama sudah boleh sampai ke tahap bawah lengan atau bahasa kasar ketiak!

Of course Kjee tak leh nak amik gambar cos itu kan aurat Kjee! Tapi kalau nak jumpa Kjee, Kjee boleh tunjukkan. Hehehe.

Anyway, selain itu mereka jugak banyak soal. Carilah orang lain jadi testimoni sebab Kjee bukan testimoni yang baik. Maklumlah badan ala-ala King Kong. Hah Kjee jawab begini.

"KALAU KORANG TAK NAK JADI SPECIES KING KONG CAM KJEE, ELOK KORANG CEPAT GUNA L'AROME!"

Yang banyak tanya dan soal macam nak perangkap Kjee, mereka yang terperangkap! Hahaha. Terus order.

Ada yang beritahu Kjee, dia sapu L'arome tak sampai 5 hari dah boleh pakai baju yang dulunya tak muat. Ada yang kata dalam masa 10 hari, berat badan susut 4kilo! Lepas sapu L'arome, Kjee perhatikan, ada yang susut inci dan ada yang susut berat badan.

Justru, sebelum guna L'arome, disyorkan timbang berat badan atau ukur bahagian yang hendak dikecilkan. Kalau tak ada tali tape untuk ukur, gunakan baju lama yang sudah ketat.

Itu ajelah Kjee nak story. Minat? Whatsapp 01131771389. Satu botol RM150 dan 4 botol RM350. Kena tambah RM10 (semenanjung), RM15 (Sabah dan Sarawak) untuk pos laju.

Stok akan sampai pertengahan minggu depan. Kjee akan beritahu no account untuk bank in selepas terima whatsapp korang. Siapa cepat dia dapat.








Wednesday, September 3, 2014

ikan

CENCARU BELAH BELAKANG, SAMBAL ALA THAI























Kjee buat Ikan Cencaru Belah Belakang ni kira-kira dua minggu lepas. Lupa lak kewujudannya. Selak-selak file gambar jumpalah ia. Maka Kjee pun terasa nak share kejadiannya. Masa amik gambar, mood jatuh merundum. Justru, gambarnya tidak menyelerakan. Hehehe.

Oleh kerana dah selalu buat resipi Cencaru Belah Belakang yang sama maka kali ini, Kjee cuba cipta kelainan sedikit. Selalunya, kalau buat ikan belah belakang sumbat sambal ni, sambalnya Kjee tak tumis. Tumbuk semua bahan dan sumbatkan jer. Mudah. Pastu bakar.

Tapi kali ini, Kjee tumis dulu sambalnya. Bahan-bahannya ialah cili kering, cili padi, cili hidup, bawang besar, bawang putih, serai dan lengkuas. Kisar semua sampai halus. Pastu tumislah sampai garing setelah diletak sedikit garam dan juga gula serta 1 asam keping. Kalau nak perah limau nipis pun boleh. Oh ya sekiranya ada bunga kantan, ricik halus-halus dan trrrr sekali.

Kemudian apabila sambal sudah masak, ditaburkan hirisan daun limau purut. Mayang halus-halus dan gaul sampai rata. Sejukkan. Masa sejukkan tu, dibersihkan ikan cencaru dan dibelah belakang. Kemudian disumbatkan sambal tadi di bahagian yang dibelah itu.

Balut ikan dengan sehelai daun kuyit. Kemudian bungkus dngan daun pisang dan letak atas kuali dan bakar. Kjee guna Pemanggang Ajaib. Sungguh mudah menggunakan pemanggang tu. Sekejap jer masaknya.

Kalau rajin, buatlah sambal itu banyak-banyak. Simpan dalam peti ais. Sedap jugak kalau dilumurkan pada Ikan pari atau Ikan Kembung, dibalut daun kunyit dan dibungkus daun pisang dan dibakar.

Kalau orang bubuh daun limau purut dan bunga kantan, sering mengaitkannya dengan makanan ala Thai maka Kjee pun namakan ia Cencaru Belah Belakang Sambal Ala Thai. Aku yang buat dia. Hehehe








Monday, September 1, 2014

isu semasa

GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK






























TARIKH/MASA GANGGUAN

2 September 2014 (Selasa), 8.00 pagi hingga 6.00 pagi keesokan harinya, 3 September 2014 (Rabu).



KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT




Wilayah Kuala Lumpur (36 Kawasan)

Flat DBKL Dato' Keramat; Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney; Kementah; PULAPOL; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Jalan U-Thant dan Jalan Ampang Hilir; Taman Panda Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan; Permaisuri; Sebahagian Taman Maluri; Taman Cheras Utama; Taman Pandan Perdana; Taman Kencana; Taman Pandan Indah; Taman Maju Jaya; Taman Cheras Indah; Taman Pandan Komersial; Kawasan Jalan Pandan Utama dan Kawasan Jalan Pandan Mewah.



Wilayah Gombak (115 Kawasan)

MINDEF; Desa Hussein Onn; Taman Setiawangsa; Taman Puncak Setiawangsa; Taman Bukit Setiawangsa; Keramat AU1 hingga AU5; Kampung Datuk Keramat; Taman Keramat (Jalan Enggang); Jalan Jelatek; Wangsa Melawati; Taman Permata; Desa Setapak; Taman Sri Rampai; Kampung Kemensah; Taman Dagang Permai; Setapak Jaya; Taman Bukit Mas; Taman Hillview; Taman Sri Ukay; Dataran Ukay; Ukay Heights; Taman Hijau; Taman Dato' Ahmad Razali; Taman Ampang Utama; Kampung Baru Ampang; Kampung Melayu Ampang; Taman Cahaya Indah; Taman Kelab Ukay; Bukit Mulia; Bukit Mewah; Pinggiran Ukay; Bukit Jubina; Villa Sri Ukay; Ukay Perdana; Ukay Bistari; Kampung Sungai Sering; Wangsa Ukay; Taman Zooview; Kampung Pasir Hulu Kelang; Taman Tun Abdul Razak; Taman Kosas; Taman Rasmi Jaya; Taman Uda Jaya; Taman Ampang Indah; Kampung Dato' Mufti; Taman Perwira Dua Ampang Jaya; Kemensah Heights; Kemensah Indah; Pesona Villa; Kampung Tasek Permai; Kampung Ampang Indah; Kampung Ampang Campuran; Kampung Tasek Tambahan; Taman Sri Raya; Bandar Baru Ampang; Ampang Avenue; Taman Pandan Ria (Mesra Ria, Villa); Ampang Mewah; Ampang Jaya; Baverly Heights; Bukit Antarabangsa; Bukit Utama; Bukit Jaya; Taman puncak Utama; Bukit Indah; Kuala Ampang; Taman Sering Ukay; Taman Andaman Ukay; Taman Bukit Kemensah; Taman Sri Bayu; Kampung Pinggir Tiga; Kampung Tengah Lembah Jaya; Taman Fairuza; Taman Ampang Prima; Taman Grandview Ampang Jaya; Wangsa Maju; Villa Wangsa Mas; Bukit Wangsa Mas; Megan Setapak; Taman Permai Jaya Ampang; Taman Tasek Tambahan; Ampang Waterfront; Bukit Ampang Permai; Desa Lembah Permai; Taman Dagang Jaya/Halaman Indah; Taman Sri Watan; Taman Sri Ampang; Taman Halaman; Taman Kesuma; Taman Ampang Saujana; Lembah Jaya Utara; Lembah Jaya Selatan; Kampung Muhibbah; Taman Bukit Ampang; Taman Sri Ampang; Danau Kota (Kawasan A); Wangsa Delima; Jalan Usahawan; Taman Wangsa Jaya; Taman Andaman Wangsa Maju; Rampai Niaga Business Park; Air Panas Setapak; Taman Danau Kota; Taman P.Ramlee; Taman Desa Gombak; Langgak Bukit; Kampung Padang Balang; Kampung Bandar Dalam; Taman Prima Setapak; Kampung Puah Setapak; Kampung Sungai Merali; Jalan Genitng Klang; Jalan Langkawi, Setapak; Jalan Pahang ; Dari Batu 3 hingga Batu 5 Gombak dan Hospital Columbia.