Wednesday, April 7, 2021

telor

TELOR ASIN

    Seminggu lagi kita akan menerima kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak.
    Dan kalau tiba bulan Puasa, antara yang menjadi favorite kami sekeluarga, adalah untuk berbuka atau bersahur dengan Telor Asin. 
     Memang tak sihat sangat untuk mereka yang berpenyakit contohnya Darah Tinggi. Well, macam UnclePali lah. So Kjee kontrol pengambilan telor asin untuknya.
    Actually dah seminggu Kjee buat telor asin. Hanya boleh dimakan setelah diperap dalam air garam after two weeks. Kali ini tak buat banyak. Hanya sepapan. Telor itik pun tak murah sekarang. Dulu gred A, 80 sen sebiji. Yang kjee beli aritu, gred B. Itu pun dah 85 sen. Hanya gred B yang ada. Gred lain semua dah kena rembat.

     Senang aje buat Telor Asin. Beli telor itik. Pilih yang elok-elok. Jangan ada yang retak. Yang pecah opkos korang tak beli kan! Pastu cuci bersih-bersih, manja-manja. Kemudian dilap bagi kering. Tepikan. Jangan simpan dalam peti ais. Telor yang sudah dicuci dilarang simpan dalam peti ais. Cer google kenapa. 

     Malam sebelumnya, kena masak air garam dalam periuk. Kalau untuk 30 biji telor, Kjee masak 1 peket garam untuk 1 litre atau satu litre setengah air. Masak sampai garam larut. Tepikan. Biar sejuk. 
     Pagi esok cari balang. Yang kaca atau plastik pun ok. Kjee pernah guna periuk ceramic slow cooker. Kena hempap dengan piring yang berat supaya telor tenggelam. 👇

     Susun telor di dalam bekas, cermat-cermat. Takut bergeseran nanti retak. Kemudian curahkan air garam yang telah dibuat malam sebelumnya. Pasti air itu betul2 sejuk bukan suam. 
     Kalau korang guna balang, pastikan ada ruang untuk letak satu plastik kecik beg air yang telah diikat dengan getah. Beg itu untuk tenggelamkan telor asin. Untuk 30 biji telor kena guna dua balang. Pastikan telor itu benar-benar tenggelam dalam air garam. Pastu tutup balang guna penutup. 

     Simpan balang berisi telor asin itu selama dua minggu dalam tempat tersorok, gelap dan dingin. Ini kata orang, untuk pastikan dapat warna kuning telor yang cantik. 
     Lepas dua minggu, korang amik sebiji dan rebus. Kalau sudah cukup masin, dah readylah. Kalau tidak, tambah lagi hari merendam. 
     Selepas cukup masa, keluarkan dari balang. Tukar ke air biasa dan letak dalam peti ais. 
     Selamat mencuba. 

   

Monday, April 5, 2021

kuih muih

KUIH TEPUNG PELITA


     Kuih ini, is a must, di bulan Ramadhan. Beli memang mudah, tetapi tak semua yang dibeli tu, sedap. So, sejak Kjee terai buat guna resipi home cook popular Rina Mohd Dom, Kjee udah tak beli lagi.
      Plan nak buat dah banyak hari. UnclePali kata tunggu bulan puasa aje lah baru buat. Isyhhh kalau dah terlentok di bulan Puasa, semua kerja tertangguh.
     So tadi Kjee sukat semua bahan. Kemudian susun acuan. 

TEPUNG PELITA 
RESIPI RINA MOHD DOM

Bahan-bahan nya:
Lapisan hijau (A) 
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
7 cawan air (termasuk air daun Pandan)

Lapisan putih (B) 
Tiga suku cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 kotak kecil santan
6 (kotak santan tadi) air
Secubit garam

CARA:

Blend 5 helai daun pandan. Tapis airnya, tambah air untuk jadikan 7 cawan. 
Campur bahan A dalam periuk sehingga larut. Kemudian diletak sedikit pewarna hijau, jika suka. Kacau atas api sehingga pekat dan berkilat.  Terus sendukkan dalam acuan. 
Kemudian masak bahan B atas dapur sehingga pekat. Sendukkan terus keatas lapisan hijau. 
Dah sejuk, masukkan dalam peti ais sebab sedap makan chilled. Senang kan? So cubalah. Tak yah beli. 

(Ada yang tanya tiga suku cawan tepung tu banyak mana? Hmmm senang citer satu cawan, keluarkan 1 sudu makan). 

Daun pandan dicuci bersih-bersih, gunting halus-halus lepas itu, blend. Blender Kjee pecah minggu lepas. So Kjee guna hand blender. Lihat foto bawah. Lepas itu tapis airnya. Campur air biasa untuk jadi 7 cawan. 



      Masak sampai likat cam ni. Lepas dah senduk semua lapisan bawah ni ke dalam acuan, barulah mula proses memasak bahagian atas. 
     Kjee dah siap bancuh dua-dua adunan dalam periuk berasingan sebelum mula masak. Ini adalah kerana adunan hijau itu cepat mengeras dalam acuan. So kena mula bahagian atas sebaik sahaja siap tuang yang hijau ke dalam acuan.  
    Tak payah panik atau kalut. Api haruslah sederhana besar. Mesti kacau tanpa henti takut adunan bergentel. 
     Bahagian atas pun harus sama pekat. Terus sendukkan diatas lapisan hijau. 
     Sejukkan di luar. Kemudian baru masukkan dalam fridge. Elok guna acuan bekas taufoo faa sebab ada penutup. 








Saturday, April 3, 2021

lauk pauk

SAMBAL TUMIS JERING CAMBAH


     Sekilas pandang macam kentang potong wedges masak sambal tumis. Ehh jauh tu antara kentang dengan jering.
     Jering (dalam bahasa Jerman piau 🤭), Jengkol. Kalau Kjee jumpa jering cambah, Kjee mesti beli dan buat Sambal Tumis. Kat bawah ini foto Jering Cambah.
     

      Susah tau nak dapat Jering Cambah. Ia adalah kejadian dari Jering Tua yang ditanam selama 40 hari. Apabila keluar cambahan atau akar, maka dikorek balik dan dimasak.
     Mana Kjee tahu info ini. Well, Kjee kan peramah. So masa beli, mulut tu kena ringan sikit tanya orang yang jual. 
    Rupa-rupanya Kjee ada ramai geng yang sama citarasa. My Aunty Zaiemar suka Jering  goreng berlado. Maklumlah orang Minang. Sementara Myna kata dia suka jadikan Rendang.
      Itu tekak masing-masing but Kjee tetap buat Sambal Tumis dengan taburan ikan bilis goreng garing.

      Ada teknik nak goreng Jering cambah ni. Tak boleh main goreng sesuka hati. Nanti dia keras. Caranya setelah dibuang kulit dan dibersihkan, potong tiga atau empat keping. Ini ikut besar jering. Kalau kecik kerat dua pun ok lah.
      Kemudian goreng separuh masak sahaja. Tepikan. Goreng pulak ikan bilis sampai garing. Tepikan. Bilis kena benar-benar garing. Kalau tidak, tak sedap sebab rasa lemau dan ganyut. 

     Kemudian buatlah sambal tumis macam biasa. Macam sambal tumis frozen yang biasa Kjee buat. Tapi arini frozen wes entek. So Kjee buat sambal baru.
     Sambal sudah siap, masukkkan jering goreng tadi. Kjee hanya letak ikan bilis time nak makan. Maknanya setelah sambal dah sejuk. Letak ikan bilis goreng dan gaul. Macam tu lah baru sedap. Rasa kruk krak masa makan.
     Cubalah buat kalau terjumpa orang jual Jering Cambah. 

 

Thursday, April 1, 2021

kuih muih

KUIH BRONOK

     

     Sejak dua menjak ni, Kjee suka sangat buat kuih ini. Ada yang terkejut apabila dapat tahu kuih ni namanya Bronok. Jangan tanya Kjee sebab Kjee bukan Jerman piau. Ada campur Bawean (Boyan).  Harap-harap ada orang Jerman aka Jawa piau (pure) dapat beri pencerahan. 🤭
     Ada a few sebab kenapa kuih ini fav Kjee apabila usia dah senja. Satu, ia mudah sangat dibuat. Dua, bahannya hanya sagu, gula dah pewarna. Tiga, ia lembut. Tak payah kunyah sangat. Pagar (gigi) mokcik dah longgar. 😀
      Kuih ini popular di Pasar Juadah di bulan Ramadhan. Warna popular ialah merah. Jarang tengok orang buat kaler lain. Opppss UnclePali kata dia pernah tengok orang jual warna hijau. Mungkin orang itu color blind. Nak curah warna merah tercurah ijo. 

       Bahan-bahan Bronok ini hanya satu cawan sagu biji, dua cawan setengah air, gula ikut suka, pewarna merah dan daun pandan.
      Mula-mula jerang air dalam periuk kukusan. 
     Kemudian didihkan dua setengah cawan air dalam periuk kecil sikit. Letak gula dan pewarna serta daun pandan kalau guna. 
      Sagu itu dilalu bawah paip, ala-ala cuci yang tak cuci. Kemudian terus tos.
      Letak dalam periuk sama gula dan pewarna dan gula serta daun pandan. Apabila sudah mendidih, masukkan sagu dan kacau sehingga pekat. Buang daun pandan.

      Tuang dalam acuan yang telah dibasahkan. Terus kukus selama 10-15 minit sampai hilang 'mata ikan' atau biji putih pada sagu.
      Sejukkan selama 3-4 jam. Lepas tu potong-potong dan golek dalam kelapa parut yang telah dicampur sedikit garam. Kalau tak nak kelapa tu basi, kukuskan dulu sekejap.

Wednesday, March 31, 2021

pembuka selera

HOME MADE CILI FLAKES


     Kalau UnclePali pergi beli Pizza, Kjee mesti suruh dia minta peket cili flakes banyak-banyak. Kjee buat stok. 🤭
     Tetapi sekarang dah jarang beli pizza, stok cili flakes pun wes entek (bahasa jerman untuk dah habis 😂). Kena buat sendirilah. Bukan tak boleh beli. Tak mahal mana pun. Tapi mokcik suka pulak buat.
     First thing first. Cili kena rendam dua tiga jam. Pastu cuci bersih-bersih. Korang rasa kalau beli yang readymade, dia orang cuci tak? 

   
     Kemudian dah kering lepas tos, jemur kat tengah panas. Elok letak atas dulang alluminum masa jemur. Jemur sampai betul2 kering. Kjee jemur 2 hari. 
     Dah kering, Kjee guna gunting dan potong ikut panjang cili. Keluarkan biji dia. First time buat dulu tak buang biji. Pedas ya amat! 


     Foto atas ni dah buang biji. Pastu Kjee sangai sampai garing. Sangai bukan bahasa jerman. Bahasa Melayu jer. Maknanya goreng tanpa api sampai garing. Guna api kecik jer sebab kalau hangus,  hasil cili flakes  jadi pahit! 


      Dah elok garing (caranya diramas sikit. Kalau mudah rapuh makna dah cukup). Lepas tu dikisar. Kjee kisar guna food processor. Kalau tiada, guna blender kering yang kecik tu. 
     Jangan kisar terlalu halus. Siap. Simpan dalam bekas. Kjee tak yakin letak kat luar. So letak jer dalam peti ais takut kulat. 
     Sedap makan apabila ditabur atas segala apa makanan yang kita suka. Dulu Kjee pernah buat. Klik SINI. 



Saturday, March 27, 2021

seafood

SPAGETI SEAFOOD SAMBAL IJO


     Lunch Kjee tadi. Makan sorang-sorang sebab UnclePali tak gemar sangat pasta. And since Kjee sibuk dengan kerja translations, seronoklah lah Kjee prepare yang simple for lunch.
     Pagi tadi balik dari pasar dah bersihkan udang dan sotong. Lepas tu keluarkan sambal Ijo.
     Selepas break dari kerja mengadap komputer, iaitu lebih kurang pukul 1, baru Kjee masak.
     Resipi penuh, klik SINI

Friday, March 26, 2021

ayam

BEGEDIL KENTANG AYAM


     Masa intai-intai dalam freezer tadi ternampak satu peket minced chicken. First time Kjee beli. Selalu beli minced beef. Ohh boleh buat sos spaghetti Bolognaise nanti. Tapi nak cilok sikit lah buat Begedil.
     So Kjee buang kulit kentang, potong-potong saiz kecik-kecik dan goreng. Tak plan buat banyak. Dua biji jer kentang coz yang makan Kjee sorang.



     Lepas tu Kjee hiris sebiji bawang besar dan tumis dalan satu sudu besar minyak. Dah layu, masukkan ayam cincang. Perisakan dengan lada hitam dan garam.
     Guna, lesung dan tumbuk kentang. Kemudian campurkan tumisan ayam sama bawang tadi. Letak sebiji telor. Dalam foto dibawah nampak dua biji sebab telor kembar lagi. 
     Kalau ada daun sup atau daun bawang, boleh lah hiris-hiris dan gaul sekali. 



      Dibulat-buatkan. Simpan sekejap dalam peti ais. Apabila nak goreng, leperkan sedikit dan celup dalam telor. Goreng guna api sederhana.


Thursday, March 25, 2021

desserts/manisan

KASTAD TELOR GULA MERAH

     Masa Kjee tengah sibuk kejar deadline untuk buat kerja, tetiba pagi semalam terjatuh pulak bakul telor dari peti ais. Adoiii hanya dapat selamatkan 6 biji yang retak. Empat biji berderai di lantai. Yang terselamat 5 biji.
     Jadi nak selamatkan 6 biji yang retak tu, Kjee terpaksa think of making something. Got to be fast! Telor dadar? No. Sambal Telor Pecah? No!
     Baru teringat lama dah tak makan Kastad Telor! Ya itu yang paling sedap dan mudah. So segera Kjee proses lepas lunch. Takut keletihan tak larat pulak sambung kerja depan computer. 

        Untuk resipi yang biasa dibuat, Kjee hanya perlu 6 biji telor. Yang nampak sebiji lagi kuning telor dalam foto diatas 👆, itu lah rezeki nak dapat kuning telor kembar.
      So 6 biji telor, satu cawan susu pekat manis, setengah cawan susu cair, satu cawan air, satu sudu teh esen vanila, beberapa titis pewarna kuning telor (egg yellow) dan secubit garam.
      Semua dah siap, masak dulu gula Merah. Selalunya Kjee guna gula Melaka tetapi tak ada stok. Kjee tak sukat semalam gula tu. But I think dalam 3 sudu makan gula merah dan setengah cawan air. Masak sampai agak pekat. Tapis.

     Panaskan air dalam kukusan. Apabila mendidih terus perlahankan air. Paling minima. Kjee guna tudung penutup buluh sebab tak perlu bungkus penutup dengan tuala untuk elak air menitis. Jika tidak, balut penutup ya. 
     Semua bahan dimasukkan ke dalam mangkuk dan dikacau manja. JANGAN pukul sebab telor itu akan kembang. Itu akan menyebabkan hasil kastad bersarang.
      So kacau sampai semua bahan bersatu. Selepas itu ditapis.
      Sediakan acuan. Kalau tidak suka buat acuan kecik-kecik, boleh guna satu acuan besar sahaja.
      Tuang dulu sirap gula ke dalam mangkuk. Diikuti adunan telor. Tuang perlahan-lahan.


      Kemudian susun dalam pengukus. Lakukan perlahan-lahan supaya adunan telor tidak bergoncang. 
     Api kukusan masih kekal tahap minima. Api besar akan buat kastad itu bersarang tidak halus. Itu rahsia mendapat hasil kastad yang halus. 
     Kukus lebih kurang 30-40 minit. Keluarkan dari kukusan setelah kastad mengeras. 

     Sejukkan selama beberapa jam baru dikeluarkan. Sedap makan setelah chilled dalam fridge. 



Wednesday, March 24, 2021

lauk pauk

TAUCU TELOR CEPLOK


     Pasti korang dah tahu telor ceplok itu apa selepas tengok foto ni kan? Well Kjee kan wong Jowo. Walaupun Jawa American (ewah), tapi tak salah sesekali ngomong my mader pader language. 😂
     Pepagi Kjee siap masak arini sebab Kjee nak concentrate buat kerja terjemahan. This is one of the saddest translations. Pemilik blog itu, Dr Mas  Afzal  meninggal dunia, selepas bertarung melawan kanser dekat dua tahun. 
AL FATIHAH.
     Berbalik kepada entri ini.. Kjee sengaja mengimbau nostalgia masak lauk ini setiap kali menjelang Ramadhan. Inilah lauk fav kami adik beradik yang mak sediakan untuk sahur.
     Bahan-bahan hanya 4 biji telor, sebiji bawang besar, dua ulas bawang putih, seinci halia, cili padi dan cili merah ikut suka, satu sudu besar taucu, sedikit gula dan satu asam keping serta sedikit ikan bilis. Opkos air untuk kuahnya.
     

     Mula-mula goreng telor sehingga tepi-tepinya garing. Kuningnya juga harus masak keras. Tepikan dulu. 


      Kurangkan sikit minyak gorengan telor tadi dan masukkan bahan-bahan hiris.        Apabila sudah layu, letak satu sudu besar taucu dan ikan bilis. Kacau-kacau dan tuang air lebih kurang dua cawan untuk kuahnya. Biar mendidih. Kemudian campak satu asam keping dan sedikit gula. Kacau-kacau. Didihkan seketika. 
      Masukkan telor ceplok. Timba-timba kuah atas telor. Biarkan lebih kurang lima minit. Siap. 
      Sedap dimakan dengan iringan sambal belacan dan ulam-ulam. 
     Senangkan! So korang tahu kenapa mak selalu masak untuk kami ketika sahur. Cepat dimasak, sedap dimakan. 😁

      

      



Tuesday, March 23, 2021

sambal

SAMBAL TUMIS

   
     Ramadhan bakal menjelang. Sebagai persediaan menghadapi masa memasak yang suntuk especially untuk wanita yang bekerja, Kjee ingin bagi sedikit tip. Buatlah sambal tumis yang boleh dibekukan. Selain itu, juga boleh pelbagaikan dengan membuat Sambal Ijo.
     Sambal tumis yang Kjee sediakan, cukup versatile. Boleh dijadikan pelbagai jenis lauk. Contohnya, Sambal Ayam, Sambal Udang, Sambal Telor Pecah, Penang Fried Kwayteow dan apa sahajalah. The list is endless. 
     Bahan yang diperlukan cuma cili kering kisar, bawang besar, bawang putih, ikan bilis atau bilis kiub serta, sedikit gula. Kjee tak pernah letak belacan. 

     Kjee masak setiap dua minggu. Dibekukan utk memudahkan kerja memasak setiap hari. Simpan dlm bekas tauhu faa. Lebih elok bekas-bekas kecik untuk sekali masak. 
     Kemudian kalau perlu masak, keluarkan dan letak pada suhu bilik. Atau kalau nak guna lepas balik kerja, keluarkan dari compartment beku dan letak dalam fridge. Korang balik kerja, sambal dah separa cair. Boleh terus guna. 
     Tiada resipi khusus untuk sambal tumis Kjee ini. Main adjust ikut keperluan. Hiris bawang besar banyak2, lima enam ulas bawang putih . Bawang yang banyak boleh kurangkan kepedasan cili nanti. 

    Tumis sampai layu, pastu masukkan cili kering kisar. Masak guna api slow. Apabila air cili tu dah nak kering, Kjee tambah lagi air supaya dpt masak lama sikit. Sampai cili tu masak dan tak rasa pedas menyinga.
     Kjee suka letak kiub bilis. Letaklah banyak mana ikut banyak mana sambal yang dimasak. Tetapi jaga-jaga sebab kiub tu agak masin. Tak perlu letak garam. Kalau korang rasa sambal tu masih pedas, tambah lagi hirisan bawang besar. Insya Allah kurang pedas. Itu petua org tua.
      Kalau nak letak ikan bilis, kisar dulu sampai halus. 
     Setelah masak, sejukkan kemudian simpan dlm freezer. Ada orang masak sampai 3-4 jam. Kjee ikut mood. Kekadang dua jam aje dah ok. Sebenarnya mengikut banyak mana sambal yang kita masak. 





     

     

Monday, March 22, 2021

daging

KARI DAGING


     Kjee hanya tahu masak kari cara orang India. Malah rempah pun Kjee guna Babas atau masa muda-muda dulu, arwah mak beli rempah cap burung Nuri. Sekarang dah tak ada lagi kot. Entahlah.
     Sebab itulah apabila berkahwin dengan orang yang asal Utara, Kjee sering ditanya UnclePali, tak tahu ke masak gulai Utara. Kjee dah terai banyak kali tapi gagal. So Kjee masak ajelah kari yang Kjee belajar dari arwah Mak dulu. 
     Tetapi apabila usia dah dekat senja barulah dapat tips cara lagi sedap buat Kari ala mamak Penang. Dekat-dekatlah tu dengan kari orang India. Tetapi Kjee hanya perolehi ilmu yang basic aje. Maklum dapat ilmu tu masa jumpa makcik tu sambil sembang-sembang pekena kopi O, roti canai. Sila klik LINK ini. 

     Selepas dapat ilmu itu, maka Kjee pun follow lah. Memang menjadi kari Kjee selepas itu. Kjee ni species yang tak malu bertanya demi mendapatkan masakan yang lebih sedap. Maklumlah walaupun sering orang kata apa yang Kjee masak sedap, tetapi apa yang mereka tidak tahu ialah Kjee masih belajar. Tambah ilmu selagi sempat. Maklumlah usia pun dah hampir penghujung. 
     Kjee masak kari ini dua minggu lepas. Tiap kali masak kari, mesti Kjee tambah telor rebus sebab ia favorite suami. Kjee tak cerewet. Ada ke tidak, tak kesah. 
     Masak kari ni sedap kalau diiringi sambal belacan beserta ulam-ulaman dan ikan kering masin. Itu jer dah cukup.