Saturday, February 8, 2014

petua

CENDAWAN GORENG ALA TEMPURA






Inilah rupanya cendawan goreng yang Kjee eksperimen buat ala-ala tempura. Cendawan ini diternak di Kampung Kemensah, belakang Zoo Negara. Dah lama Kjee dengar pasal ladang ternakan cendawan tiram ni. Nanti nak pergi lawatlah... Kjee pernah duduk kat Kampung Kemensah satu ketika dulu.

Cendawan ini pemberian kawan baik Kjee, Aleeza. Satu petang Kjee tengah zzzzz depan TV, tetiba UnclePali masuk dan kejutkan kata Leeza antar cendawan. Kjee suruh simpan dalam peti ais dan terus tidur. Tiga hari peket cendawan tu duk relaks dalam fridge.

And then malam tadi, sementara nak tunggu final Maharaja Lawak Mega, Kjee duk terfikir apa nak buat kunyah-kunyah... tetiba teringat cendawan tiram!! Harus digoreng ni!

Dulu Kjee ada adik angkat nama Shah. Dia ni pernah kerja di sebuah restoran Jepun. Kalau jumpa dia dan sembang-sembang, Kjee mesti ngecek mintak resipi Japanese Food. Antara yang Kjee tanya ialah cara buat tempura.

Kata Shah yang UnclePali panggil Sushi Shah, tak susah buat. Bahan-bahannya tepung dan air sejuk yang diletak ais. Pastu kacau sikit lebih kurang pastu celupkan cendawan dan goreng. Hmmm macam senang jer. Sebab Shah kata senang yang Kjee tak buat-buat sampai malam tadi.

Kjee masuk dapur dengan diikuti Nadia yang masih tak sihat. Dia tolong keluarkan cendawan dari fridge. Kemudian keluarkan tepung gandum dan air sejuk dalam fridge. Kjee keluarkan beberapa ketul ais dan rendam dalam air sejuk tu. Kjee ubah sikit resipi Shah dan keluarkan tepung beras. Agakanya kalau letak tepung beras mesti ranggup kan!

Sukatan yang Kjee guna ialah 1 cawan tepung gandum, 2 sudu tepung beras dan 1½ cawan air sejuk mengandungi ais. Campurkan tepung-tepung tadi dalam satu mangkuk, bubuh garam dan aji (kalau guna) ikut rasa, buat lubang di tengah-tengah dan curahkan air sejuk dengan ais sekali! Kacau guna garfu ala-ala manja gitu. Tapi payah adunan tu jadi licin. Asal gaul udah ler.

Sebelum tu Kjee dah panaskan minyak dalam kuali. Ambil satu cendawan dan celupkan dalam tepung dan gorenglah sampai keemas-emasan. Pastu letak atas tisu dapur untuk serap minyak. Makan dengan sos atau kalau dengan mayonaise pun chantekkk! Tapi kami makan begitu jer dah sedap.

Oh ya ini satu lagi tip yang korang kena amik perhatian. JANGAN sesekali cuci cendawan tiram! Cendawan tak perlu cuci sebab ia akan serap air dan menyebabkan hasil gorengan nanti lembik atau mushy!

Hanya perlu dibersihkan dengan kain bersih ehh mestilah kain bersih atau guna tisu dapur. Cendawan Tiram ditanam secara organik. Tiada guna tanah. Cukup sekadar bersihkan sikit lebih kurang dengan mengelap bahagian-bahagian yang nampak kurang bersih dengan kain atau tisu. Kjee tak lap sebab Kjee tengok semua cendawan itu kelihatan bersih.

Lain kali nak buat guna 100% tepung gandum. Pastu guna bahan-bahan seperti udang dan sayur-sayuran cam terung, kacang buncis dan bendi. Ala-ala tempura Jepun gitu.

Selamat mencuba. Hasilnya, cendawan goreng Kjee ranggup dan habis sekelip mata. Kalau korang rasa ada resipi lain, kongsilah!




Wednesday, February 5, 2014

lauk pauk

KALAU TEKAK BUAT HAL INILAH LAUKNYA...







Betul...Inilah lauk kalau Kjee tak selera makan. Kalau nak ikutkan hati memang boleh makan berpinggan-pinggan. Tapi Kjee jarang-jarang sangat makan nasi sampai bertambah kecuali kalau lauk itu luar biasa sangat! Bukan nak jaga bodi tapi memang Kjee kureng sikit bab makan nasi.

Anyway, lauk Gulai Lemak Podeh Ikan Talang kering yang Kjee masak semalam ini, satu-satunya lauk yang seringkali kami bertiga beranak, nanti-nantikan. Kalau masak kari darat pun ok. Kari ikan talang yang buat UnclePali buat keputusan kahwin dengan Kjee tau. Hahaha.

Kalau awal Januari hari tu Kjee buat bubuh nenas, kali ni tak bubuh. Klik SINI. Kita yang buat dia kan so sukatilah nak letak ker tak nak kan!








Rasanya gulai arini lebih podeh dari aritu. Memang disengajakan tapi lawaknya malam tadi Nadia makan dia kata biasa-biasa jer! Tapi Kjee ikut nasihat Mak Aji Rohaya, ibu Chahaya Shiela Spices Journey supaya jangan buang semua tangkai cili padi kalau tak mo sakit perut. Maknanya, ditumbuk sekali cili padi dengan tangkai-tangkainya... bukanlah semua tapi agak-agak ler. Itu petua orang tuo Nismilan kalau tak mo sakit perut kalau makan podeh-podeh. Dan Shiela juga beritahu, kalau tak mo kolestrol melonjak naik sebab kuahnya pokat sangat, guna kunyit hidup.

Ohhhh gitu ker? So hari ni Kjee masak ikutlah petua Mak Aji dan Shiela. Memang sejak dua menjak ni kalau makan pedas, perut selalu meragam. Mudah-mudahan lepas tak meragam lagi yo.




Tuesday, February 4, 2014

lauk pauk

TERUNG BERLADO YANG UMPPPPHHHH






Kalau Kjee ke restoran yang menjual makanan ala carte seperti Group Base, Mohd Chan Muslim Food atau De Templar, lauk ini is a must order! Kami tiga beranak suka sangat dan Kjee serta Nadia boleh ratah sampai kenyang.

Hari ini Kjee buat setelah terfikir-fikir apa nak disayurkan dengan lauk yang Kjee dah plan nak masak. Tetiba Fasya bagi idea buat ini. Its a great idea sebab Terung Berlado memang membuka selera.







Buatnya taklah susah mana. Goreng jer terung kontot atau yang tak kontot separuh masak, pastu tumis bawang besar dan cili hidup yang dah tumbuk kasar-kasar. Oh ya lupa lak... sebelum tumis bahan-bahan tumbuk tu, goreng dulu udang kering yang telah dicuci dan dikeringkan sampai garing. Garing yang boleh kunyah hingga bunyi kruk krak.

Sebaik sahaja tumis cili-bawang dah elok masak, buh garam dan pak aji kalau guna dan masukkan terung goreng. Digolek-golek sampai bahan tumis dan terung mesra, pastu padam api. Tabur udang kering goreng diatas dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Sedap lah gua bilang lu. Hehehe.





pie

MINI BEEF PIES UNTUK MEREKA DI PAHANG, GANU






Kjee akan ke Pantai Timur hujung minggu ini. Ramai kengkawan sepanjang jalan (laluan Kjee) ke sana, minta Kjee buatkan mereka Pai Daging. Tak ada masalah asalkan tunggu untuk pick-up di Kuantan-Kemaman-Kerteh-Paka-Dungun-Kuala Terengganu.

Kjee tak buat banyak sebab UnclePali kata banyak-banyak nanti mana nak letak dalam kereta. Hehehe. Sesiapa yang berminat boleh sms Kjee 0126780501 sebelum hari Khamis 6/2/14.

Order minima 12 biji. Hanya pies daging sahaja.

Masa pick up akan kjee sms sebelum sampai ke destinasi tersebut.





Sunday, February 2, 2014

SPAG BOLOGNESE...MY COMFORT FOOD







Lamaaaa nya tak makan Spag Bolognese. Dan hari ini my princess buatkan... Adussss sedapppp sangat-sangat. Bukan nak puji melambung-lambung lah tapi susah nak dapat sesedap ini kat mana-mana restoran! Hehehe kalau tak puji nanti merajuk... lain kali tak buat. Itu rahsia yang harus diketahui seorang ibu!!.

Isyhh tak baik kan. Actually memang sedap sangat-sangat. Belum habis satu pinggan dah jenguk dalam periuk kalau-kalau cukup untuk dinner pulak. Hehehe.











Hari ini Kjee sibuk sangat buat kerja. Dan apabila makanan sudah siap dihidang, terbang semua rasa penat.

Tak mau story panjang-panjang. Korang nak resipi, intai SINI.

Lagi sedap kalau ditabur banyak banyakkkk grated Parmesan Cheese. Dan jugak cili flakes untuk tambah umpphhh.





pie

PIES OH PIES OH PIES








Shiela (blogger Spices Journey) kalau amik gambar, rasanya makanan yang tak sedap pun nampak sangat-sangat berselera!

Tetiba Kjee bersemangat sangat nak teruskan projek buat pies. Thnx Shiela.

Yang beminat nak rasa pies Kjee bolehlah place your orders @ 0126780501. Hanya untuk mereka di Kay Ell dan Lembah Kelang. Tiada deliveries. Amik sendiri tau. Dan tak ada nak pos gak. Kjee lawak jer aritu. Ada yang sms nak suruh pos. Isyhhh Isyhhh Isyhhh.

Next change... Chicken Pot Pies pulak. Hehehe



Tq for the testimony Shiela... hehehe






Saturday, February 1, 2014

isu semasa

DAH SELAMAT SAMPAI DARI SWEDEN






Kesemua empat anak pasangan Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Sweden atas dakwaan penderaan selamat tiba dari Stockholm di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 7 pagi Sabtu.

Empat beradik yang diterbangkan dari Paris itu ialah Aishah (14 tahun), Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7). Kesemua mereka kelihatan letih ketika ditemui.

Kanak-kanak itu ditemani oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin serta seorang pegawai khasnya dan saudara kanak-kanak berkenaan.

Dengan dikawal ketat, Aishah hanya dibenarkan berkata bahawa dia gembira.

"Saya gembira dapat pulang," katanya.

Hamzah yang engga mengulas berkata, beliau akan memberi penerangan kepada media di kediaman Perdana Menteri di Jalan Duta kerana kanak-kanak itu dijadualkan bertemu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ibu bapa kanak-kanak itu iaitu Azizul Raheem Awalludin yang merupakan pegawai pelancongan dan isteri Shalwati Norshal ditahan sejak 18 Disember dan perintah reman telah dilanjutkan sebanyak tiga kali.

Mereka ditahan kerana dipercayai 'mendera' seorang dari empat anaknya yang enggan bersolat. -mStar Online

Friday, January 31, 2014

Jalan2 Cari Makan

CENDOL BAKAR MRR2 TAMAN MELATI









Kjee tak lah suka sangat makan cendol. Kalau ada okay, tak ada tak kesah. UnclePali yang suka sangat... tapi kalau makan cendol, dia selalu suruh Mamak yang meniaga tu jangan bubuh cendol yang hijau tu. Dia hanya makan santan dengan gula Melaka. Pelik tapi benar!

Anyway, kalau kita orang pergi Kuala Selangor, tak sah kalau tak singgah di warung Cendol Bakar di sana. Dulu Kjee ingatkan Cendol itu milik Pak Bakar. Tapi akhirnya baru tahu gula Melaka itu dibakar sebelum dimasak menjadi sirap. Justru bau yang harum.

Oleh kerana sudah lama tidak ke Kuala Selangor, kami amat teruja apabila ada cawangan Cendol Bakar di highway MRR2 Taman Melati. Dibuka lewat tahun lepas. Dan kami baru discover sebulan yang lalu. Dan sejak itu suka bebenor singgah kalau lalu area tu.








Hari ini bukan kami singgah dengan tidak sengaja tetapi memang niat dari rumah nak ke sana sebab cuaca teramat panas. Makan cendol boleh sejukkan tekak... ya lah tu.

So kami berempat termasuk Sham, yang datang ke rumah sebab nak mintak tolong Nadia buat proposal, pergilah ke Cendol Bakar di MRR2. Hari ni orang boleh tahan ramai tapi gerai yang jual makanan tutup. Satu jer iaitu gerai Laksa yang bukak selain cendol. Punahlah harapan nak makan mi rebus sementara UnclePali kempunan nak makan mi goreng mamak.



Nampak tak pam minyak Shell tu?



Gerai Cendol Bakar ini agak tersorok. Kalau korang lalu kat MRR2 Taman Melati menghala ke Gombak, pasti jumpa pam minyak Shell disebelah kiri. Hah korang masuk ke susur jalan berlopak2 ke Shell dan nampaklah gerai Cendol Bakar sebelah tapak Used Car.

Bukak dari jam 10 pagi hingga 7 malam setiap hari.











Mi Rebus yang sedap


Laksa pun okay. Kuahnya pekat



Kawasan yang santai


isu semasa

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN KUDA


isu semasa

FROST JER BUKAN SALJI? APA HAL KECUH?






KOTA KINABALU: Suhu rendah yang luar biasa di Sabah menyebabkan lapisan fros meliputi tumbuh-tumbuhan di Gunung Kinabalu, terutamanya berhampiran Panar Laban dan Laban Rata pada ketinggian hanya lebih 3,000 meter.

Selain itu, suhu yang sejuk itu telah membekukan titisan air kabus yang meliputi gunung.

"Ia seperti kristal ais kecil di udara yang cair apabila ianya menyentuh kulit anda. Ia sesuatu yang ajaib," kata pemandu pelancong berpengalaman, Tham Yau Kong.

Pengembara dan kakitangan rumah rehat Laban Rata menyedari kewujudan fros dan kristal ais sejak tiga hingga empat hari lalu.

Tham, yang mengatakan dia telah mendaki gunung kira-kira 500 kali berkata, dia menyedari keadaan fros di puncak itu dianggarkan 20 kali.

"Ia bukan satu fenomena baru.

"Saya pasti fros itu disebabkan oleh suhu lebih sejuk daripada biasa kita alami di Sabah sejak dua minggu lalu," katanya pada Khamis. -mStar Online

Wednesday, January 29, 2014

program tv

TAHNIAH ZAMIR









Mungkin kerana tidak mahu keputusan bocor, Astro telah mengambil pendekatan membuat rakaman berasingan dimana Celina dan Zamir masing-masing menjadi Juara Masterchef Malaysia All Stars. Dan keputusan hanya diumumkan malam tadi!

Ini adalah kerana tahun lalu, keputusan Syura muncul Juara Masterchef Selebriti telah diketahui ramai beberapa hari sebelum Finale rancangan itu disiarkan di kaca TV.

Satu tindakan yang bijak. Cuma kesianlah Selina dan Zamir yang masing-masing menaruh harapan menjadi Juara ekoran rakaman itu. Pasti tidak tidur malam. Hehehe.

Tahniah Zamir. Dia memang peserta final underdog sebab ramai meramalkan Selina akan menang. Malah Kjee jugak meramalkan kemenangan Selina walaupun jauh di sudut hati mendoakan anak bangsa ku menang.

Selina seorang tukang masak yang konsisten dan cool. Selain itu, penguasaan Bahasa Malaysia yang baik telah memikat hati ramai penonton. Walaupun gagal buat kali kedua menjulang piala itu tetapi diharapkan Selina diberi peluang oleh Astro untuk mengendalikan sebuah rancangan masakan.