Monday, May 9, 2016

lauk pauk

LODEH KERING VERSI BONDAKU






Walaupun ramai orang Jawa kata ini Lodeh Kering tetapi Kjee heran kenapa arwah Bonda panggil Sambal Goreng. Kjee tak ada jawapannya sebab Bonda dah tak ada.

Apapun, sekarang ni Kjee dah panggil lauk ini Lodeh Kering supaya orang tak konfius bila sebut Sambal Goreng.

Lodeh Kering ini menggunakan tiga jenis cili itu cili kering, cili merah dan cili padi. Justru, rasanya boleh tahan pedas. Ketiga-tiga cili itu dihiris halus, menyerong. Cili kering digunting kemudian direndam seketika dalam air panas.







Arwah Bonda suka campur daging, pedal, hati ayam dan udang. Semuanya dihiris kecik-kecik. Tapi Kjee buat kali ini letak udang, pedal dan hati ayam. Pedal tu Kjee rebus sampai lembut kemudian di minit terakhir masukkan hati ayam dan rebus lima atau enam minit. Kemudian ditos hingga sejuk lalu dihiris.

Resipi penuh korang klik SINI.

Lauk ini seharusnya ada rasa masam dan manis. Selalunya Kjee masak hingga selesai. Kemudian Kjee rasa. Kalau kurang terasa manisnya, Kjee tambah lagi gula Melaka.

Enak dimakan dengan nasi impit dan lemang. Wajib dihidang di pagi Raya.

Lodeh Kering ini ada banyak versi tetapi ini versi yang kami suka. Tak suka letak sohun.






Sunday, May 8, 2016

famili dan kehidupanku

MAK... I'VE NEVER STOPPED LOVING YOU











Ini tahun ke-19, Kjee menyambut Hari Ibu tanpa insan istimewa itu, di sisi. Tetapi ingatan Kjee kepadanya bukan setakat 19 tahun sahaja setelah beliau tiada. Ingatan Kjee kepadanya tiada batas, tiada sempadan... sehingga ke nafas ku yang terakhir.

Itulah wanita yang Kjee panggil Mak. Seorang wanita yang sangat baik, seorang yang tegas, seorang kelakar... semua dalam satu. She was a friend kepada kami lima beradik.

Kami main rounders, dia pun main sama. Kami main sorok-sorok, dia pun sama menyorok. Kami main Police and Thieves, dia pun nak jugak main. Kami main tikam-tikam dengan apek ais krim, dia pun sama tikam. Kami main Monopoly, dia pun main sama sampai bapak mengamuk dia abaikan tugas di dapur ... the list is endless....

Mak,... arwah Hajah Bakyah Haji Abdul Majid atau lebih mesra di sapa Pon oleh ibu bapa, adik beradik dan suaminya... dan Mak Pon oleh anak-anak saudaranya, I've never stopped loving you!! Sorry, I may not be the child you are proud to have... tapi di saat-saat akhir sebelum Mak pergi, Yah baru tahu yang Mak sayang sangat-sangat kat Yah...

Moga roh Mak tenang di sana. Mungkin mak kini dikelilingi suami dan tiga anak mak di sana... Ahmad Fairuz, Faridah dan Fazilah. Yang tinggal hanya Yah dan Abang Fauzee, menunggu masa untuk sama-sama di sisi Mak nanti. Al Fatihah.

Ibu, Mak, Ummi, Bonda, Encik, Mama ataupun Mummy... Apa sahaja panggilan korang kepada insan istimewa ini, maksudnya jelas dan sama...

SELAMAT HARI IBU




Thursday, May 5, 2016

chinese food

MI HAILAM KE MI NEGRO... BACA DULU SEBELUM KETAWA





Teringin nak makan Mi Hailam airtangan Nadia meluap-luap. Memang tidak dinafikan she makes one of the best Mi Hailam ever. Hehehe puji masakan anak sendiri. Tapi, itulah hakikatnya. Malah bukan Kjee sorang yang kata sedap. Ramai customer Kjee dulu pun kata Mi Hailam airtangan Nadia, sedap!

Anyway, Kjee buat Mi Hailam ni semalam. Kelmarin pun Kjee buat. Yang buat kelmarin tu Kjee reject. Tak berani tayang fotonya, konon. Hehehe. Bukan sebab tak sedap tapi terlalu hitam sosnya. Kjee blame dark soy sauce yang Kjee guna. Sos hitam pekat tu tak ada rasa jadi langsung tidak mencacatkan rasa Mi Hailam yang Kjee buat kelmarin. Hanya kaler jer tak seronok tengok. Hehehe.

Kjee whatsapp foto tu kat UnclePali dan Nadia. UnclePali tak kata apa. Nadia aje ketawa. Dia tanya kenapa hitam sangat? Kjee kecik hati tapi senyum ajelah. Apabila makan, ewah sedap lah pulak, sama macam Nadia masak. Nadia kata okaylah tu. Resipi dia masak pun Mama yang ajar.

Semalam Kjee tak puas hati. Walaupun terhoyong hayang, Kjee ke dapur untuk balas dendam. Hahaha. Bahan bukan banyak pun. Hanya rebus tulang ayam buat stok. Udang, isi ayam dan sotong ada dalam freezer. Sawi dan kobis pun ada walaupun tak banyak sangat.

Kali ini I was well prepared! Tak mau letak dark soy sauce. Hanya letak kicap manis Jalen dan kicap cair atau fish sauce.



Hasil sehari sebelumnya. Kena tukar nama... Mi Negro... hehehe

Species kacukan Maine Coon rasanya. Hyper.. susah nak amik gambar





Masa masak kuahnya, Kjee tuang dua sudu kicap manis. Rasa. Isyhh belum cukup rasa. Kemudian tuang dua sudu lagi dan sedikit fish sos. Kemudian letak ayam, sotong, udang, sayur-sayuran dan last sekali mi kuning.

Aikkkkk kenapa hitam jugak macam semalam? Rasa. Ehhh sedap lah pulak. Pusing kiri kanan cari kambing hitam (scapegoat). Nak salahkan sapa pulak kali? BoBo sumpah ke sebab pagi tadi Kjee hangin kat dia sebab tak reti nak guna pasir dalam tong dalam tandas. BoBo tu anak bulus terbaru Kjee. Usia dalam 4 bulan. Warnanya sama hitam cam Mi Hailam kita. Hehehe.

Ahhh nasiblah. Amik foto dan whatsapp kat Nadia. Kjee tanya why hitam jugak cam semalam sedangkan tak letak dark soy sos! Nadia kata berapa banyak kicap Mama letak? Hmmm lebih kurang empat sudu!

"What? Ingatkan tak masa kita niaga dulu? Well, kita guna senduk kenit tu which is equivalent to 1½ sudu makan kicap manis. Nadia letak 1 senduk kenit tu jer. And Mama letak empat sudu makan?!!"

Omaigawd. Tak tahu nak kata apa. Tapi kenapa masih sedap macam Nadia buat! Jeng Jeng Jeng Kjee dah jumpa apa yang Kjee boleh blame! Kicap tu!! Selalu kami guna Cap Kipas Udang sekarang guna Jalen sebab kicap lama tu sekarang dah berkali ganda mahal!

Ya ke kicap itu penyebabnya? Whatever. Apapun, next time Nadia aje lah yang masak untuk Mama ya. Hehehe.

Bila pandang foto, terfikir pulak... Mi Hailam ke Mi Negro ni?

Nak resipi dan jugak nak tau camner rupa Mi Hailam yang Nadia buat, klik SINI.






bicara agama

SALAM ISRAQ MIKRAJ


Tuesday, May 3, 2016

L'arome

MALU TENGOK FOTO LAMA HEHEHE






Kemas-kemas file dalam blog tadi, mokcik jumpa foto ini. Adoiiii masa bam bam ni kenapa lah Unclepali dan Nadia tak bising. Ayat UnclePali bila Kjee tanya.."Ehhh tak perasan pun, you look like that!"

Hehehe so kalau korang tak mau terusan king kong cam mokcik, cepat-cepat sapu L'arome supaya nampak cun Raya nanti. Mungkin boleh pakai semula baju lama yang masih elok. Jimat belanja beli baju baru. Hehehe.

Minat? WA mokcik 01131771389.

Nak tengok foto mokcik sepanjang musim jadi King Kong? Klik SINI.



Bersama Dato Lat, kartunis tersohor

Aliah




Black

Masa tu amik gambar mesti nyorok separuh badan belakang pintu. Lol



Skrg tak sorok lagi. Kenal Amyra ni sejak dia form 3

Wednesday, April 27, 2016

ikan

IKAN SALMON PANGGANG





Ada merasa pelik apabila Kjee seringkali tayang apa yang Kjee masak. Dan Kjee kata, buat ratah aje. Serius... Kjee memang dah lama tak masak nasi dalam rumah Kjee. Hanya masak nasi untuk anak-anak bulus Kjee.

Tetapi ini tidak bermakna Kjee tak makan nasi langsung. Adalah makan kat luar seminggu sekali. Itu pun susah nak dihabiskan. Malam tadi Kjee makan Nasi Goreng Kampung kat Fatihah Cafe, Taman Melawati. Kjee makan empat lima suap dah tak habis. Waitress tanya kenapa tak habis? Tak sedap? Hmmm kalau tak sedap, sentuh satu suap dah stop. Hehehe.

Kalau ada Grilled Salmon atau Ayam serta Daging, memang laju Kjee habiskan.

Grilled Salmon ini kejadian minggu lepas.  My lunch. Oleh kerana Kjee tak boleh hidup tanpa sayur, maka Kjee goreng kacang buncis bersama bawang Holland yang banyak. Kemudian diratah dengan ikan Salmon panggang ni. Ikan Salmon agak hanyir, jadi harus diperah lemon sebelum makan. Sedap dimakan dengan sos cili atau mayonaise.

Bagi Kjee, sepinggan ini amat mengenyangkan. Ada kata ala-ala Atkins Diet. Hehehe Kjee dah intai cara pemakanan Atkins tu. Isyhhh tak lalu kalau bertelor rebus siang malam. Hehehe.

L'arome

JOM SLIM SEBELUM HARI RAYA






Dah lama tak post pasal L'arome Warm Serum. Kjee masih terima orders walaupun tak rancak macam dulu, buat promo.

Pagi tadi Kjee terima whatsapp dari seorang customer dari Brunei yang puas hati dengan product ini setelah menyapunya selama tiga minggu!

"Alhamdulillah kak jee.. i can wear my old jeans now.
Also i can wear my kain kebaya smoothly without being stuck at the thighs.
It took less than 3 weeks.
Thanks so much kakjee. It has made me one happy woman.😘"

Walaupun sekarang Kjee dah slow down sapu warm serum tu, tapi Alhamdullilah inci-inci yang hilang tu tak datang balik. Hahaha mokcik pun a very happy woman!

Kalau korang minat nak sapu L'arome sebab nak nampak cantik Raya nanti, boleh WA 01131771389. Empat botol RM410 pos percuma, di Semenanjung. Kjee jugak jual loose satu botol kalau nak. Tetapi harganya RM160 sebotol. Rugi babe. Kalau nak try mokcik tak kesah tapi kalau share dengan empat orang baru jatuh RM102.50 sebotol. 

Bagi mereka yang tak tahu apa yang mokcik cerita ni, bolehlah klik kat SINI.

Tuesday, April 26, 2016

ayam

KERABU MANGGA DENGAN AYAM GORENG









Ini lunch Kjee tadi. Ratah begitu sahaja tanpa nasi. Bagi Kjee yang memang 'perut kecik', tersangatlah kenyang.  Sebenarnya, tak ada plan pun nak buat Kerabu Mangga Ayam Goreng ni. Awal pagi tadi Kjee ternampak dua biji mangga Siam dalam peti ais. Sejak akhir-akhir ni memang Kjee tak bernasib baik. Tiap kali beli, mesti terkena yang masam.

Apapun, sebelum ni Kjee curahkan aje serbuk Asam Boi kalau terlalu masam. Sekurang-kurangnya mangga tu taklah jadi habuan cik tong.

Sambil Kjee kupas kulit sebiji mangga tadi, Kjee terfikir pulak nak buat Kerabu Mangga. Wah kalau letak Ayam Goreng mesti sedap. Aritu Kjee buat letak ikan goreng Dory.

Kjee capai ayam dalam peti ais dan defrost dalam microwave selama 3 minit. Kemudian di cuci bersih-bersih, gauldengan kunyit dan garam. Perap seketika dalam peti ais.

Ricik mangga halus-halus. Kemudian mayang sebiji bawang Holland. Masa nak cari cili padi dalam peti ais, ternampak tomato. Kjee guna setengah biji bahagian yang tiada biji. Hiris. Campurkan dengan mangga. Kemudian Kjee ricik dua biji cili padi merah. Tak berani letak banyak-banyak sebab ia terlalu pedas.

Gaul sehingga rata. Kemudian letaklah gula lebih kurang 1 sudu besar. Terserahlah kalau korang nak letak lebih. Kemudian perah jus lemon atau limau nipis lebih kurang 1-2 sudu makan. Gaul lagi sampai mesra dan rasa. Tambahlah apa yang korang rasa kurang. Kalau nak sedikit masin, boleh letak kicap cair atau sos ikan atau nampla. Simpan seketika dalam petis ais.

Sementara itu goreng ayam hingga garing. Kemudian ayam dipotong-potong.

Letak Kerabu Mangga dalam piring dan bubuhlah ayam diatas kerabu. Harus dimakan segera kerana ayam goreng akan menjadi basah kalau dibiarkan terlalu lama atas kerabu. Hilang kerangupannya.

Sedap dimakan dengan nasi putih atau ratah begitu sahaja macam mokcik. Hehehe.




Sunday, April 24, 2016

chinese food

KETAM SWEET SOUR BERLADA







Arwah Bonda kata kalau nak beli ketam mesti beli masa bulan gelap. Kalau bulan terang, nanti isinya tak padat. Kebetulan malam tadi bulan penuh 15 Rejab 1437. Jadi, isi ketam setelah dimasak, akan kosong, kalau ikut kata Arwah Bonda.

Tapi haruskah aku kena tunggu dua minggu lagi untuk masak ketam? Ohhh tidak. Dua minggu, 14 hari. Isyhhhhh lamanya!!! Dari semalam lagi dah kecur sangat apabila teringat Chili Crab.

So, macam biasa tanya frens kat FB. Alamak ada kata kalau nak beli ketam, elok bulan penuh! Seorang dua kata masa bulan gelap. Seorang lagi best. Dia kata, ala Kjee, timbang-timbang aje ketam tu dalam tangan, kalau berat, maknanya isinya penuhlah.

Hahaha kata-kata kawan tu tersangatlah logik. Seorang lagi pulak kata, Kjee terailah beli dan masak. Sekurang-kurangnya, dapatlah dipastikan samada betul tidak kata orang tua-tua beli ketam harus ketika bulan gelap.

Hmmm so pagi tadi lepas sarapan, Kjee dan UnclePali ke Hero Market. Semalam Kjee dah ternampak ketam yang berkilat-kilat. Tapi kerana asyik berkira-kira bulan terang bulan gelap, taklah beli. Hehehe. Tapi malangnya, ketam yang berkilat-kilat semalam udah tak ada yang berkilat-kilat. Tapi hari ni ada ketam Harimau.

Kjee disarankan beli ketam betina. Kjee pegang ketam berkilat yang warna biru tu. Semuanya ketam jantan! Beza antara ketam Harimau dan yang biru tu hanya dua tiga hengget jer. Ketam Harimau murah sikit (lebih kurang RM18 sekilo) tapi ada dua tiga ekor yang betina!!

Baru semalam Kjee belajar cara mengenali yang jantan dan yang betina. Bukan cara P Ramlee dalam Nujum Pak Belalang tau. Hehehe.






Kononnya yang betina ada telor yang digemari ramai. So sebab itu Kjee pilih ketam Harimau tadi. Ada kata ehhh ingatkan udang aje ada Harimau. Kjee pun baru tahu pagi ni. Tertulis kat situ Ketam Harimau. Tadi isinya setelah dimasak kasar sikit. UnclePali kata tak berapa fresh tapi Kjee rasa elok jer segarnya.

Kjee masak kali ini setelah Kjee google Singapore Chili Crabs. Sikit lebih kurang samalah dengan resipi yang Kjee buat selama ini. Bezanya cuma dia orang letak Tauchu. Selama ini Kjee makan, Kjee ingat dia orang letak petis atau otak udang! Entahlah. Tapi nasib tak baik, petis tak ada dalam fridge so Kjee ikutlah letak tauchu.

Nadia dah warning jangan buat pedas sangat sebab perut dia tak selesa sejak dua menjak ni. Jadi, untuk dua kilo ketam, Kjee letak lebih kurang 6 biji cili hidup, dua biji cili padi dan 2 sudu cili kering kisar. Kisar semua ini bersama 4 ulas bawang putih, 1 inci halia dan lebih kurang 2 sudu makan taucu. Kisar sampai halus.









Ketam tu setelah dibersih dan dicuci, Kjee celur dalam air panas (menutupi paras ketam) hingga tiga suku masak. Toskan dan simpan air rebusan itu.

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga garing. Kemudian masukkan air rebusan ketam tadi dan masak sehingga tinggal separuh sahaja kuah tersebut. Masukkan satu mangkuk sos cili, 2 sudu sos tomato, 1 kiub bilis, 2 sudu makan Hoisin Sauce atau  boleh digantikan dengan sos tiram. Kemudian masukkan ketam dan terus masak hingga mendidih.

Bancuh dua sudu besar tepung jagung bersama 4 sudu air. Besarkan api. Masukkan ke dalam kuali bersama ketam tadi dan kacau pantas-pantas sampai kuahnya pekat. Kemudian rasa. Kalau perlu letaklah kicap cair. Tapi Kjee tak letak sebab dah cukup rasa.

Kemudian pecahkan tiga biji telor, pukul manja-manja dan curah keatas ketam. Biar seketika kemudian kacau hingga rata. Padam api.

Kjee hidang bersama roti bakar. Kalau makan ketam, Nadia dan Kjee suka makan dengan roti bakar. Cicah roti dengan kuah. Sedapnya. Tapi tadi UnclePali lapar kot. Selain makan dengan roti, dia turut makan dengan sedikit nasi.

Itulah cara Kjee buat Chili Crabs. Ala-ala sweet sour gitu kan?

NOTA KAKI:
Tak pasti samada ianya kebetulan... tapi ketam yang Kjee beli tadi, penuh isinya. So Kjee rasa tak timbul pasal bulan mengambang atau gelap. Pilih ketam yang berat kalau nak isinya padat. Hehehe.
Ketuk-ketuk sepit ketam sebelum dicelur ya.




Tuesday, April 19, 2016

lauk pauk jawa

LONTONG JAWA SEMARANG YANG UNIK






First time makan Lontong Jawa air tangan my ex-SIL dulu (orang Jawa asal dari Semarang, Indonesia), Nadia ngan Kjee memang jatuh cinta habis! Bayangkan Kjee yang memang peminat nombor satu lontong biasa, boleh tak pandang lagi lontong lain lepas tu!

Over sangat Kjee memuji ni ker? Whatever lah. Memang kena dengan citarasa Kjee dan Nadia. UnclePali dulu, amik sikit dulu. Maklumlah orang Kedah mana reti sangat bab makan lontong ni. Tapi, sejak itu, kalau Kjee buat Lontong Jawa ni, dia pun makan bertambah.

Ini antara hidangan wajib pagi Raya. Tak ada lemang ketupat tak apalah tapi kalau ada, lagi syiok kan asalkan ada Lontong Jawa. Hehehe.

Malam tadi lepas gi dinner dengan Nadia, ajak dia singgah Hero Market nak beli bahan-bahan untuk buat Lontong Jawa. Seingat Kjee, dalam pantri dah ada nasi impit Adabi. Bahan asas buat kuah Lontong Jawa hanya sayur-sayur seperti Kobis, Terung, Petola, Nangka Muda dan Tempe serta santan. Kalau ada daun Belinjau okay jugak. Tapi tak ada.

Oleh kerana dah lewat ke Hero malam tadi, hanya ada  Kobis, Terung dan Petola. Hmmmm Tempe pun tak ada. Tapi tak kesahlah. Kjee pernah buat masa darurat dulu, guna tiga sayur tu aje. Mujur dalam freezer ada daging. Kalau letak ayam pun sedap.

Maka pagi tadi, lepas Subuh Kjee mulakan projek. Dan hasilnya amat-amat menggumbirakan mokcik. Dah terlalu teringin sangat nak makan. Pedas sebab memang disengajakan!! My SIL dulu tu kata kalau tak pedas, tak sedap. Very true.

Yang bestnya Lontong Jawa ni, tak payah makan dengan kuah kacang atau sambal atau letak telor rebus. Sedap dimakan begitu sahaja. Tumpang iklan roti Gardenia. Hehehe. Kjee syorkan mereka yang malas nak sediakan lontong yang harus dimakan dengan kuah kacang dan sambal, cuba resipi mudah ni. Insya Allah tidak mengecewakan.

So hari ni, my lunch and tea adalah Lontong Jawa resipi Semarang mari!!  Kalau ada baki boleh bedal untuk dinner. Nadia ada jumpa kawan malam ni so maybe dia tak dinner kat rumah.

Okay kalau nak resipi, KLIK SINI.





Saturday, April 16, 2016

fesyen

IZA AZMI... ANTARA AYAH DAN CITA-CITA







Izzah Azmi akan hanya menyambut hari jadinya yang ke 23 pada November ini. Tetapi anak gadis yang pemalu dan manis senyuman ini, adalah pemilik sebuah Boutique Cafe di pinggir Kuala Lumpur. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi seorang semuda dia! Wataknya lemah lembut tetapi tegas dalam mencorak masa depannya.

Kjee seronok berbual dengan Iza. Sangat low profile dan bercita-cita tinggi dalam bidang yang diminatinya sejak bangku sekolah. Walaupun nampak pemalu dan agak timid, tetapi bagi Kjee Iza cukup tegas apabila terpaksa berhadapan dengan ayah yang mahukan dia mengejar karier dalam bidang perakaunan. Mungkin mahu melihat anaknya menjadi seorang Akauntan.

Iza adalah anak kedua dari empat beradik. Kedua ibu bapanya memiliki Ijazah dari sebuah Universiti di Amerika. Justru mungkin Ayahnya mahu Iza mengikuti jejak langkah mereka.

"Puas Iza pujuk Aunty. Ayah tetap tegas. Hanya Mak sahaja yang memahami apa yang Iza citakan. She's my pillar of strength! Dalam diam, kami memujuk Ayah. Pun demikian, masih belum berjaya. Satu hari Iza nekad beritahu Ayah yang Iza boleh ikut kehendak Ayah dapatkan ijazah dalam bidang yang beliau hajati. Tetapi selepas dapat puaskan hati Ayah, beliau kena ikut pulak impian Iza mahu jadi Fashion Designer."

Itu sebab Kjee kata, Iza seorang anak gadis yang tegas. Dia mengambil Diploma dalam jurusan Fashion and Retail Design di Universiti Lim Kok Wing. Hanya setelah semester ketiga pengajiannya, barulah Iza dapat merasakan restu Ayahnya.



Diploma dari Universiti Lim Kok Wing





Bersama ibu tersayang, Latifah Omar



Sudah setahun Iza membuka sebuah Boutique Cafe di Taman Bukit Cheras. Ketika mula-mula butik itu dibuka, Iza mengambil upah menjahit pakaian teman-teman terdekat serta saudara mara sahaja. Tetapi kini dia mampu menggaji tiga pekerja iaitu dua tukang jahit berpengalaman dan seorang pembantu di butiknya. Bab mencorak design pelanggan terletak di bahunya.

Dengan pemantauan ibunya, Puan Latifah Omar, pemilik Warung Bistro berhampiran, Iza kemudian membuka butiknya ala Vendor Butik, sebaik sahaja tamat belajar di universiti. Ini bermakna, Iza membuka peluang bagi mereka yang ingin berniaga secara kecil-kecilan barangan berkaitan fesyen (pakaian dan aksesori), menyewa sudut-sudut dalam butiknya.

Cara ini akan membolehlah Iza memberi perhatian sepenuhnya kepada minatnya iaitu membuat design pakaian. Iza juga memiliki koleksi kecil pakaian pengantin untuk disewakan. Bagaimanapun, dia turut menerima tempahan untuk pakaian pengantin. Semuanya direka dan dijahit sendiri.








Sudut yang disewakan dalam butik Iza


Iza kata dia tidak minat membuat design mengikut trend semasa. Dia lebih suka membuat pemerhatian kepada fesyen-fesyen yang menjadi ikutan dari zaman ke zaman dan dia mencantumkannya menjadi fesyen terkini. Buku-buku fesyen dan internet menjadi rujukkannya.

Apa impian yang ingin dicapainya?

"Iza nak bukak Fashion Gallery... tak tahu bila tetapi itu adalah matlamat Iza," katanya penuh harapan.

Di usia sebegitu muda, tika rakan-rakan persekolahan seusianya (mungkin) masih bingung memikirkan masa depan, Iza sudah berdikari. Punya pendapatan yang boleh menyara butik dan tiga pekerjanya dengan selesa.

Pada mereka yang ingin menempah pakaian di Izzah Boutique and Cafe ini, cepat-cepatlah buat tempahan sebelum dia tutup amik order menjelang bulan Ramadhan. Iza kini juga sedang sibuk dengan projek tempahan Telekung yang diperolehinya baru-baru ini.

Sebelum Kjee pulang, Kjee dapat merasakan kegembiraan di hati gadis manis ini setelah dapat mengapai apa yang dicita. Masih terngiang-ngiang di telinga Kjee, kata-katanya... "Iza boleh ikut kehendak Ayah kejar ijazah dalam bidang Akaun, tapi selepas itu izinkan Iza penuhi pulak cita-cita Iza.."

Izzah Azmi Boutique Cafe dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 7 malam. Selain menjamu mata di butik Iza, pelanggan juga berpeluang minum teh/kopi di Cafe yang dikendalikan adiknya Ain. Pelbagai jenis kek dan cookies yang disediakan sendiri oleh Ain dijual di mini cafe tersebut.