Tuesday, May 17, 2011

349. Talapia Berlada dan Sayur Campur







Hari ni masak simple jer. Kelmarin Kjee beli 4 ekor ikan talapia warna pink sebesar tapak tangan. Talapia kaler pink Kjee makan tapi kalau kaler hitam tu..hmmmm banyak sangat citernya sampai tak lalu nak makan.

Apapun, Kjee terkejut rupa2nya Mat Salleh dan Minah Salleh suka makan ikan talapia. Hari tu Kjee layan TLC kat Astro. Andrew Zimmerman yang suka makan makanan pelik2 tu cukup seronok apabila berjumpa ikan talapia di Lake Victoria!

Even Chef Michael Smith pun pernah mask ikan talapia. Dan yang peliknya, dia orang pun panggil ikan tu Talapia. Siapa tiru sapa? Hehehe.

Hari ni Kjee buat Talapia Goreng Berlado. Resipinya sama macam Siakap Goreng Berlado yang Kjee post ari tu. Nak resipinya di sini Sama jer resipinya. Maleh Kjee nak type balik.

Selain itu Kjee buat sayur campur. Nama sayur Kjee tak tahu tapi ia macam kobis kaler hijau dan besarnya sejemput jer. Tadi sebelum masak lupa lak nak amik gambar. Nadia kata kita orang makan sayur kat Cameron Highlands. Hah baru Kjee ingat. patutlah macam kenal jer. Kjee beli di Jalan Raja Alang, malam tadi.

Ingatkan nak buat sup sayur tapi Nadia nak stir fry (goreng). Jadi Kjee bukak fridge, mak oi tak der  lak udang. Kemudian cari cendawan kering dan rendam. Nadia kata tak payah bubuh rencah apa2. Buat style vegetarian. Okaylah.

BAHAN2NYA:

250 gms sayur ntah apa ke namanya (boleh guna kobis, cauliflower atau brokoli)
cendawan shitake kering (ikut suka banyak mana. Rendam 2 jam dan hiris)
3 ulas bawang putih
2 sudu sos Hoisin (optional)
2 sudu sos tiram (3 sudu kalau tak der Hoisin)
1 chicken cube Knorrs/Maggie
sedikit lada hitam/lada sulah
sos ikan (nampla) kalau tak cukup masin
1 sudu besar tepung jagung larut dalam 1 sudu besar air
1 biji cili merah dipotong panjang2 dan halus2

CARA:
Ketuk bawang putih dan tumis dalam sedikit minyak. Bila agak garing, masukkan cendawan yang telah direndam dan hiris. Goreng seketika, pastu masukkan kira2 setengah cawan air. Biar mendidih selama 5 minit. Kemudian masukkan sos dan chicken cube serta lada sulah. Golek2 sampai rata, besarkan api dan masukkan sayur (yang telah dipotong ikut suka) dan terus stir fry kira-kira  4 minit. Rasa. Kalau tak cukup masin, bubuh sos ikan. Pastu curahkan tepung jagung, stir fry (goreng) pantas2 dan taburkan cili merah. itu jer.

9 comments:

Antan Bertingkah said...

Assalam...
Sedapnya Kak Jee...nasib baik dah makan nasi...

~Norul Mas Hana ~ said...

Talapia tu nampak sangat sedap... =)

cik cek said...

Emmmm...sedapnya kakjee....:)

Anonymous said...

talapia merah yang diternak sendiri dalam kolam2 ikan di Pahang rasanya lebih enak dan tidak hanyir. mungkin pengaruh tanah dan airnya. tidak ralat bersusahpayah memasaknya ...kp

Anonymous said...

kjee
sayur tu namanya brussel sprout kan?
apa rasanya ek?

kc

Kjee said...

bukan brussel sprout. ntahlah macam kobis cina kerdil jer

Anonymous said...

cuba check kat sini.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/23/Brussels_sprout_closeup.jpg/240px-Brussels_sprout_closeup.jpg

Kjee said...

kjee pernah makan brussel sprouts kalau pergi restoren western. yang kjee masak tadi is definitely not brussel sprouts.

Naz said...

Assallamualaikum kak Jee..

Naz pun selalu beli/makan talapi yg warna merah tu.. Yg warna hitam tu..ntah..cam tak ingat pernah makan ker tak..
Best ni masak berlado..nyummm..nyumm...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...