Thursday, June 30, 2011

PERIA GORENG TEPUNG MAMAK STYLE




Hehehe hari tu Kjee buat Peria Goreng Kunyit biasa saja. Tapi ramai pulak yang tanya, kenapa tak buat style mamak yang goreng bubuh tepung. Sedap, dia orang kata. Kjee tak pernah try ke, tanya dia orang?





Apa pulak tak pernah makan. Kalau ke kedai mamak, itulah antara makanan yang kami tiga beranak suka sangat. Kalau tak ada peria goreng tepung, kita orang akan makan bendi goreng kunyit. Tekak kami memang selera ala2 mamak. Unclepali pulak orang Kedah. Tapi Melayu Kedah bukan Mamak tau!! Hehehe.

Anyway, semalam untuk berbuka puasa selain daripada menerai resipi baru Daging Tiga Rasa dengan Daun Selasih, Kjee jugak goreng Peria Katak dalam tepung. Kjee tak pernah buat sebelum ni. Maknanya semalam, dua2 resipi Kjee tak pernah buat lah kan? Nasib baiklah menjadi.

Kjee langsung tak rendam peria katak dalam garam sebab Kjee kan suka makan sayur2 yang pahit2. Elok untuk kesihatan wanita. Nanti abang sayang. So korang kalau nak abang sayang, selalu2lah makan sayur2 yang pahit2. Kahkahkah.

Okaylah Kjee nak cepat ni. Nak habiskan buat skrip. Dua produser dah tunggu. Kita intai bahan2nya.

BAHAN2NYA:

5 biji peria katak
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecik kunyit serbuk atau rempah kari
garam secukup rasa

CARA:
Hiris peria katak ikut suka. Kjee hiris serong2. Yang muda, Kjee tak buang bijinya. Tapi yang tua dengan biji merah menyala dan keras, Kjee buang. Kemudian Kjee campurkan tepung dengan garam dan serbuk kunyit bersama sedikit air hinga jadi paste. Kemudian Kjee gaulkan bersama peria katak sampai rata. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Toskan dan makanlah. Langsung tak pahitlah. Ala kalau tak nak pahit, janganlah makan peria. Kunyahlah cekelat atau gula2 hacks. Hehehe

Kalau korang tak suka goreng peria katak dengan tepung, klik sini untuk resipi goreng kunyit.

7 comments:

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Salam Kjee.selera kita sama.Kita suka nasi beriani Mahbub bangsar and nasi daun pisang.Dekat taipan USJ ada 1 kedai daun pisang nama nirwana.Memang sedap nasi daun pisang dia kak Jee.Peria goreng pun emmm sedap.

Mas said...

Ramai yg kate peria grg tepung sedap. Sy tak pernah try lg, selalunya peria sy msk tumis je :)

Gee® said...

Waaa...memang sedap peria goreng tepong nih... sy selalu buat... lemak2 jer

ayu said...

kjee..mmg menaikkn selera peria katak grg nie..tp saya lg snang gna jer tepung grg ayam yg bnyk dijual tu..pilih jer yg mana yg pedas..yg perasa garlic..bbq ker...haahaaa sonang kojo

dunia mimi said...

sedap...dah try smlm ngn ari ni...

Anonymous said...

PERIA GORENG TEPUNG MMG SEDAP NAK2 PLAK GORENG GARING.. LANGSUNG XPAHIT... <3

Halimah Lazim said...

assalamualaikum.
hari ni saya nak cuba resepi ni.dulu saya selalunya rendam dulu peria yg dipotong nipis dengan garam kasar.terima kasih yer krn bagi kongsi resepi ni..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...