Saturday, June 16, 2012

BUBUR KACANG HIJAU DENGAN DURIAN




Musim durian kembali. Tapi rasa2nya tak kena dengan musim pulak. Cuaca tengah panas berdengkang tapi apa kan daya. Hantu2 durian tentu tak dapat nak menahan nafsu.

Samalah dengan Kjee. Dulu Kjee dengan Nadia memang hantu makan durian. Kalau tengah pokai pun, dapat sebijik pun jadi lah. Kemudian kahwin pulak dengan orang Kedah campur Pahang yang tak berapa gemar makan durian. Terbantut jugak nafsu.

Tapi hari tu masa pergi Rawang, sampai di Sungai Choh, Kjee dah tak dapat tahan dah. Cuaca panas ke sejuk ker, tak kesahlah.

Dan ini hasilnya! Bubur kacang hijau bubuh durian. Hari tu, makan durian tak dihabiskan. So bakinya Kjee buang kulitnya dan simpan dalam freezer. Dolu2 Kjee tak tahu yang durian kalau disimpan dalam freezeer boleh dikekalkan ke'fresh'an nya. Nasib baik dapat idea dari Che Mat Gebu. Thnx Che Mat.

Malam tadi Kjee rendam kacang hijau. Sebenarnya Kjee tak pernah un rendam selama ini sebab kalau masak dalam pressure cooker tak ada masalah. Tapi ntah kenapa malam tadi gatal suruh Nadia rendam. Kjee nak jamu bubur ini untuk Abang Fauzee yang Kjee tahu suka makan bubur kacang hijau durian.

Tapi oleh kerana last minute ada sedikit masalah, kensel pulak majlis hi-tea tu. Tapi dek kerana kacang hijau dah rendam, kenalah jugak mask. Takut dibiarkan berendam lama nanti jadi taugeh. Hehehe.

Kjee masukkan kacang yang dah kembang dalam pressure cooker. Dua puluh lima minat kemudian, Kjee campur santan dan gula dan didihkan lagi selama 15 minit. Daun pandan dan secubit garam jangan lupa bubuh tau.

Apabila rasanya sudah ngam, Kjee masukkan durian. Godek2 seketika dan padam api.

Sejak tengah hari tadi Kjee dah makan dua mangkuk. Sedap betul. Ingatkan nak bubuh sagu biji tapi tak jadi. Tapi isi durian tu dah cukup nak pekatkan kuah durian tu.

  


4 comments:

Cinta Misteri said...

hamboiii!!!! sana sini org masak durian, bubur laaa, pancake laaa, jem laaa, tart laaa, puding laaa... selagi musim :)

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Kak Jee, sedapnya bubur kacang tambah dgn durian. Mak sy selalu frozen durian kdg brbulan2, org ramai pelik tetiba jer rumah ada durian, hehe.

Mangkuk Kak Jee Lawalahhhh

Anonymous said...

Kak Jee,

Pergilah makan durian buffet kat SS2, PJ sana, landmark, dekat dgn balai Polis SS2, belakang stesen minyak BHP. Yg hujung sekali, ramai org kedainya tu yg sedap and layanan bagus. ada RM10 sekepala, ada RM15 sekepala and ada yg boleh makan ikut timbang utk durian yg mahal.
-Sheila-

imam muakib said...

mantap

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...