Monday, June 25, 2012

PABILA LARUT MALAM... SABTU LALU


Hasil usahanya selama 17 bulan!

Majlis pelancaran buka Biografi Saloma di Saloma Bistro malam Sabtu lalu, menemukan Kjee dengan ramai seniman dan seniwati veteran yang Kjee fikirkan, tak dapat Kjee temui lagi. Maklumlah, Kjee bukan lagi wartawan sekarang. Jadi sudah tak berpeluang menemui mereka.


Walaupun ramai yang hadir malam itu, Kjee hanya berpeluang menyapa seketika dengan Seniwati Hajah Mariani, Datin Hajah Umi Kalsom, Dato Mustafa Maarof, Seniman Kuswadinata, Melissa Saila, kakaknya Shasha model terkenal satu ketika dulu, Syed Ehzan (anak Allahyarhamah Seniwati Normadiah), Norlia Ramli dan cucu sulong Saloma yang Kjee lupa nak tanya nama. Rupa2nya Saloma juga sudah ada cicit dari cucu sulongnya.

Majlis pelancaran itu turut diserikan dengan pertunjukan fesyen dan juga nyanyian dari Abang Fauzee, isterinya Ayu Cendana, Rozita Rohaizat (anak Mariani) dan Halil Chik. Emcee majlis juruhebah Klasik FM, Hajah Noraini Ibnu.

'Hang Tuah' membawa masuk buku Saloma dengan diiringi lagu Puteri Bunian




Buku Biografi Biduan Negara Saloma

Sesiapa yang ingin memiliki buku 520 muka surat, berukuran 13 inci x 10 inci tebal 1.75 inci, seberat 3 kilo dan hard cover with jacket sila email fauziah.samad@gmail.com atau sms Kjee di 0126780501. Harganya RM289 (tidak termasuk pos).



NOTA UNTUK ABANG FAUZEE, MY ONE AND ONLY BROTHER


Dear Abang. I am so proud abang berjaya come out with this biography.

Before arwah mama (panggilan kami terhadap arwah Saloma) died, I interviewed dia. Her last dialog was along these lines.

"Mama sedih Jee. Aimi Jarr pernah kata dia nak tulis buku Mama. Tapi nampaknya, Mama tidak akan hidup untuk melihat buku itu." A few months later, Saloma died.

I met abang Aimi (now arwah) kira-kira tiga tahun lepas dan beritahu beliau apa yang dikatakan arwah mama. Abang Aimi Jarr diam. Mungkin terkejut sebab tidak mengetahui impian arwah

Thank you for fulfiling arwah Mama's dreams. Moga rohnya tenang di sana. 

Al Fatihah.

Lagu Pabila Larut Malam


Rozita Rohaizad


Halil Chik

Hajah Mariani bersama Rozita Alias, pegawai Finas

Bersama yang dirindui, Datin Umi Kalsom

Hajah Noraini Ibnu

Melissa Saila antara artis yang membesar depan mata Kjee

Mariam Abang Saufi...bertemu setelah terpisah hampir 35 tahun! Ibu saudara penyanyi Camelia

Penyanyi Gaya Zakry dan Hjh Wan Nor Azmah





13 comments:

Zurina Hj.Zainal said...

k.jee, abg fauzi mcm dulu gak...nampak muda jer....malisa saila dh berhijab ker? alhamdulillah....cantik dia kan?

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Kak Jee.. saya membesar dengan lagu2 dan filem2 lakonan mereka-mereka yang di atas. Oh, ya, muka abang Kak Jee tak berubah langsung, awet muda.. saya minat sangat dengan beliau. Teringat dulu2 hujung minggu ada rancangan Mekar Sejambak terbitan RTM, beliau selalu berduet dengan Salwa Abdul Rahman tak silap. Satu lagi saya suka sangat filem Kolej 56... hehehe. Sampaikan salam saya pada beliau ya, Kak Jee.

mamyharraz said...

masih menten jelita mereka semua termasuklah kjee :)

cantiklah shawl kjee.

paridah said...

Tahniah kpd Ahmad Fauzee yg berjaya menghasilkan sebuah karya yg sangat hebat tentang Biduanita Negara Saloma...bukan senang nak tulis biografi seseorang yang telah tiada...mesti dengan research yg sempurna n keupayaan pembiayaan yang berkaitan...Jee bila lagi nak terbitkan buku...

norinaomar said...

Wah, tahniah abang Fauzee!!

Muhamad anuar Marsib said...

Wah Kak Jee..

Banyak gambar kenangan Kak Jee bersama artis-artis veteran.. Memang terbaik..

Pasal buku tu.. takderker harga diskaun untuk rakan-rakan blogger?

Tq

Kjee said...

Bukan discount. Free pun boleh, kalau kjee penulisnya. Kahkahkah

Queenie said...

salam kakjee,

gayah zakry macam tak berubah ya?

Anonymous said...

Assaamualaikumkak jee..
minta maaf tumpang tanya dlm entry ni kak jee tulis isteri Abg Fauzee namanya Ayu Cendana..
Rasanya kalau tak silap saya isteri dia dulu namanya Zaty dari Brunei... masih bersama atau sudah tidak lagi.. atau yg ini isteri barunya?
correct me if i'm wrong. thank u..

Kjee said...

Salam. Dah lama dia berpisah dgn zaty. Ayu isteri baru. Dh dekat 15 tahun kot.

Ryo Azhar said...

salam kak jee.. Mariam Abang Saufi adik bradik ngan Tom kan...........

Kjee said...

Ya Ryo. Dia adik Dato Tom. Tinggal di Paris lama dah. Kjee ngan dia kawan baik dari Kjee muda lagi. Selalu makan tidur kat rumah Dato Tom masa tu.

fauzilah maidin said...

Asslmkm
Kak gee cucu saloma kawin ngan anak ito kan?
Diaorg kat tampin n pulau sebang.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...