Wednesday, July 11, 2012

ARTIS2 NAK BERCERAI, IKUTLAH CARA SHASHA SAIDIN

Shasha Saidin - ehsan mStar online


Seorang lagi peserta Sehati Berdansa, berpisah. Tak tahu lak pulak Shasha Saidin ni pasangan ke berapa yang berpisah selepas tamat rancangan itu.



Anyway, Kjee puji cara Shasha yang tulis nota peribadi dan diserahkan kepada Tuan Hakim, untuk menguatkan permohonannya untuk menuntut cerai. Kjee rasa inilah cara terbaik. Sebelum ini belum ada yang cuba melakukan sebegini. Siapa kata Tuan Hakim tidak boleh bertolak ansur dalam permintaan sebegini?

Shasha berbuat demikian kerana tidak mahu titik hitam perkahwinannya dijaja kesana kemari apabila umum mengetahui sebabnya. Maklumlah, kalau artis menuntut cerai dan dibicarakan, wartawan berkeliaran mencari berita. Dan semua proceedings dirakamkan dan disiarkan dalam akhbar. Tak boleh salahkan wartawan. Itu kerja mereka.

Sejak akhir2 ni, makin ramai artis bercerai. Dan mereka tidak segan silu memburukkan satu sama lain. Memburukkan pasangan semasa bercerai, memang sudah lumrah di kalangan semua pasangan. Semua hendak menegakkan benang basah.

Tetapi kerana mereka itu artis, maka liputan besar2an diberikan. 

Kalau si Joyah dan Leman dari Kampung Pinang Dua Batang bercerai dan maki hamun di mahkamah, tiada siapa pedulikan? Oppps mungkin sehari dua jer Pak Limat dan Pak Meon duduk sembang2 cerita kat kedai kopi. Ataupun kak Bedah karipap canang sehari dua jer masa jaja kuih karipap dia keliling kampung.

Tapi dek kerana dia artis, seronok orang ramai nak tahu. Ada juga mulut yang komen macam ni. "Tak baik cerita aib orang...nanti korang kena aib!". Ahhhh mulut cam ni pun dua kali lima. Baru hijrah dua tiga hari. Baru kenal tudung litup, nak tunjuk kat orang kononnya dia baik dan tahu sangat hal ehwal Agama.

Anyway, harap2 artis2 yang sedang tunggu giliran nak berpisah, ambil tindakan Shasha sebagai contoh. Tak payah nak war2kan satu Malaya atau twit satu donia. Cukuplah. Itulah masalahnya, kalau sebelum kahwin dah berkepit siang malam, usung sana usung sini. 

Bila dah kahwin, inai masih merah, usung pulak citer keburukkan pasangan yang cukup menjijikkan. Isyhhh Isyhhh Isyhhh.


10 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

setiap yang berlaku ada hikmahnya.. saya pun puji cara Shasha ni

NenetPenne (NP) said...

i setuju kata kakjee tu, baru bertutup litup sehari dua dah mcm byk tau sangat pasal agama...

ieda said...

itulah..baca kat metro tadi...
bagus cara dia..tak mengaibkan pasangan & diri sendiri...harap2 lepas ni pun perkara ni akan didiamkan.

Irfa said...

sebaiknya begitu
tapi bila sekali terlepas cakap,ramailah yg buat speku

azura sulaiman said...

rakyat malaysia dah terdidik suka bebenor dgr cerita aib org ni..

azura sulaiman said...

rakyat malaysia dah terbiasa..mendengar aib org lain..aib org yg mati pun suka diheboh2kan..cth..Allahyarham Yasmin Ahmad

lady scooter said...

bagus la tu...tak perlu nak jaja kisah dlm kain.dah cerai berai nak singkap2.. alahai.. yg lum cerai pon heboh nak 'singkap kain' jugak...ape kes?

kakchik@ella said...

saya sokong cara Sasha.

AYU @edayu said...

bila berkata2 kena byk pk...ke terkena kt anak buah kita ke...or sape2 dalam family sendiri kan...bak kata org2 tua; tak boleh cakap lepas. tapis2 gak...sebaiknya tak payah kata apa2, lagi selamat. heeee

Lynn said...

Salam kak Jee..

Oh..lyn suke cara macam tu..maknanya dia tahu menutup aib diri sendiri dan suaminya..alhamdulillah..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...