Monday, July 2, 2012

KAILAN IKAN MASIN STIR FRY

Ini hasil tanam sendiri


Hari tu Kjee dapat emel dari seorang pembaca yang tanya macam mana nak masak sayur Kailan Ikan Masin. Dah lama Kjee tak masak kat rumah. Selalu kalau kami makan di restoran Tomyam, Nadia mesti order.


Anyway, kelmarin, Kjee suruh Unclepali beli sayur Kailan tapi dia kata tak perlu sebab dia ada tanam! Ada satu pokok besar dan satu kecik. Hmm cukup ke sebab Kjee dan Nadia kan hantu sayur. Anyway, sukanya bila Nadia pergi tuai. Segar sangat2.

Itu semalam. Hari ni Kjee pergi beli 4 tangkai kailan lagi sebab semalam tak puas makan. Tak susah masak sayur ni. ini cara Kjee. Kjee guna ikan kering tenggiri jeruk. Kalau korang guna ikan masin biasa, goreng jer pasti carik2kan isinya. Lepas tu masa nak padam api, masukkan ke dalam sayur goreng tu dan gaul sampai rata.

Sayur Kailan yang ditaman Unclepali


Kalau guna ikan masin, jangan berani2 sangat bubuh sos ikan atau nampla tu yer. Nak guna garam pun ok.

Bahan2

4 tangkai sayur kailan (disiang dan rendam 30 minit)
3 ulas bawang putih (ketuk dan buang kulitnya)
kicap ikan/nampla
1 keping ikan tenggiri jeruk (Kjee guna yang dalam botol berendam minyak)
ajinomoto (kalau guna)
Lada sulah (kalau suka)
minyak bijan (kalau suka)

Cara

Siang Kailan (asingkan batang dan sayur hijaunya) dan cuci bersih. Rendam sebab banyak cerita kononnya orang yang tanam sayur ni banyak gunakan racun serangga. So kalau Kjee beli, Kjee akan siang dulu pastu rendam kira2 setengah jam. Toskan.
Bubuh kira2 dua sudu minyak dalam kuali. Goreng seketika ikan tenggiri jeruk. Kemudian keluarkan. Ketuk bawang putih dan tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang sayur Kailan dan guna api besar, cepat2 stir fry sampai batangnya agak lembut. Kemudian masukkan dedaunnya. Bubuh sikit jer kicap ikan sebab nanti nak masukkan sekali ikan masin. Kalau nak bubuh aji, bolehlah masa ini. Kemudian apabila sayur sudah agak masak (jangan terlalu masak), masukkan balik ikan masin yang digoreng awal tadi. Kacau dan pecahkan sikit dengan sudip dan gaul rata. Titiskan sedikit minyak bijan dan padam api.
Sesudah menghidang, tabur2kan sedikit lada suslah diatas, kalau suka. Itu jer.

Ini sayur beli. Kena rendam betul2 tau


3 comments:

Salina Shamsudin said...

Dear Kak Jee,

Thank you very much! Saya la yang tanya hari tu sebab Kak Jee kan pandai masak. Banyak resipi Kak Jee yang saya dah cuba dan sedap-sedap belaka. Terharu betul 'coz Kak Jee sudi kasi resipi kailan ni. Sayang Kak Jee =)

Kjee said...

sama2 salina.kalau tahu, insya allah kjee ajar.

Anonymous said...

Salam Kak Jee, memang sedap kailan ikan masin tu, tapikan kalau saya masak lagi ekspres dari cara kak jee, bahan2 sama cuma saya tambah sos tiram instead of nampla dan juga 2-3 biji cili siam ketuk. Ikan masin tu pun goreng dulu juga lps tu masukkan semua sekali dalam bekas, tambah sikit air kalau nak berkuah, dan panaskan minyak sampai berasap, then curahkan semua, goreng kejap je terus angkat. Api make sure kena besar. kak jee cubalah, kerapuhan kailan tu masih terasa dan kehijauan masih kekal.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...