Friday, August 17, 2012

BERTEMU ARTIS2 SEPERJUANGAN SEJAK ZAMAN TV HITAM PUTIH




Dato Aziz Satar, Hj Wazata dan Hj Tawil mengetuai bacaan Tahlil dan doa selamat





Tiada kata2 dapat Kjee luahkan apabila ditemukan dengan rakan2 artis seperjuangan sepanjang penglibatan Kjee sebagai anak seni sejak awal 70-an. Sejak drama RTM masih hitam putih. Sejak zaman Potret Pekerti lagi! Ramai yang Kjee tak jumpa hampir 25 tahun!

Terpaksa menahan sebak melihat wajah2 seperti Hj Tawil, Haji Hisham Ahmad Tajuddin, Razali Buyong, Hamid Ghurka, Kamal Pendek, Julie Dahlan, Sharifah Aminah, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Dato Sani Abdullah, Zulkifli Zain dan isterinya Normala Omar, Dato Baharuddin Hj Omar, Haji Wazata Zain, Shamsuddin Lamin, Abu Bakar Omar, Julie Dahlan, Abu Bakar Juah, Margaret Gan dan ramai lagi yang Kjee tak sempat nak sapa.

Bersama Razali Buyong

Hj Hisham Ahmad Tajuddin

Dato Sani Abdullah dan Dato Ahmad Tarmimi Siregar


Majlis yang diadakan di Saloma Bistro anjuran Persatuan Kebajikan Artis2 Veteran Malaysia bukan sahaja untuk merai serta menemukan artis2 veteran tetapi juga untuk tahlil Presiden pertama persatuan ini iatu Allahyarham Dato Ismail Hudson, yang pulang ke rahmatullah baru2 ini.

Sedih dan pilu apabila kedua2 balu Allahyarham turut hadir dan duduk bersebelahan.

Bersama Margaret Gan

Bersama Dato Aziz Satar

Bersama Hamid Ghurka


Jawatan Presiden kini pangku oleh Dato Aziz Satar. Walaupun ramai gempar dengan berita kesihatan Dato Aziz baru2 ini tetapi nyata sekali beliau bukan seseorang yang mudah mengaku kalah. Semua lega melihat kesihatan Dato Aziz yang sama seperti dulu.

Bagaimanapun, berita sedih yang kami kongsi bersama semalam ialah, Dato Yahya Sulong kini dimasukkan ke hospital. Dan khabarnya sedang koma. Begitu juga dengan seniman Kuswadinata yang khabarnya juga dimasukkan ke hospital. 

Mudah2an kedua2 seniman veteran ini segera sembuh. Doa juga dipanjatkan buat Seniman Tan Sri Jins Shamsuddin yang kini juga tidak sihat.


Kak Julie masih mampu senyum walaupun penglihatan sudah kabur

Zulkifli Zain dan isterinya Normala. Mala juga pernah 6 bulan buta sebab kencing manis. Kini sudah  ok.

Selain itu, Kjee terkejut apabila produser Julie Dahlan masuk ke dalam dalam dewan sambil dipimpin seorang wanita. Kak Julie kelihatan terpinga2. Apabila tiba depan meja Kjee, dia hanya menguntum senyuman dan terus pergi ke mejanya berhampiran.

Selepas berbuka puasa, Kjee telah mendekatinya, mencium tangannya. Kak Julie masih terpinga2. Kjee bisikkan nama Kjee. Kemudian dia bangun. Kami berpelukan. Kjee Julie rupa2nya sudah rabun. Mengalami masalah kencing manis. Sedihnya mendengar berita seperti itu dari seorang produser wanita yang satu ketika dulu digelar Produser Iron Lady!!

Kjee ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada persatuan kerana menghulurkan duit Raya kepada Kjee dan juga kira-kira 30 artis veteran lain yang uzur.

Terima kasih Persatuan Kebajikan Artis Veteran. Lumayan betul duit Raya!



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...