Monday, August 6, 2012

NASI ULAM UTARA DAN SAYUR BATANG KELADI MASAK ASAM






Kjee dan Nadia memang suka sangat makan Nasi Ulam Utara ataupun Nasi Kerabu Kelantan. Walaupun Unclepali orang Kedah tapi kalau Kjee kata nak buat Nasi Ulam, dia akan kata 'oh nasi sampah yer'. Kekadang jauh hati jugak bila dia kata cam tu.

Rupa2nya masa dia kecik2 dulu, mak dia buat dan dia tak suka makan sebab menurutnya 'banyak sampah'. Justru diberinya nama Nasi Sampah. Sampai hati kan?


Tamak beli sampai dua ikat

Seikat camni RM2 di pasar Chow Kit

Ini kurang halus diricik


Nasi Ulam Utara ini suatu kemestian juadah kami di bulan Puasa. Hari lain Kjee tak buat sebab susah nak cari daun. Kata orang di bulan Puasa, makan daun apapun tak mabuk. Betul ker? Hehehe.

Semalam Kjee ke pasar Chow Kit cari daun. Kat sana ada penjual dah siap2 jual daun2 untuk buat Nasi Ulam. Seikat RM2. Tak tahu daun apa tapi Kjee nampak ada daun gajus, daun mengkudu, serai, lengkuas, ulam raja, cekor serta daun sekentut. Kjee tak tau camner rupa daun tu. 

Memanglah tak lengkap daun2 yang dijual tu. So Kjee beli pulak bunga kantan. Sampai rumah Kjee petik  daun selasih dan daun kesom. Jadilah kan? Ada orang kata kalau buat Nasi Ulam kena guna 44 jenis daun.

Kjee tak pernah belajar buat Nasi Ulam. Main hentam jer ikut tekak Kjee dan Nadia. Daripada apa yang Kjee dengar dulu, dia orang bakar ikan kering, udang kering dan ikan. Kemudian ditumbuk atau blend. Bubuh jugak lada hitam.





Semalam Kjee tak tumbuk ikan goreng. Kjee hanya bubuh sebagai lauk sampingan. Tetapi Kjee masukkan saja udang kering dan ikan kering selain lada hitam kisar. Keropok ikan dan sambal belacan juga satu kemestian.

Proses buat Nasi ulam ni memang leceh. Daun kena bersihkan satu persatu. Kemudian Kjee balut dalam daun kunyit. Gulung sampai ketat, pastu diricik halus. Pisau mesti tajam. Kalau tidak jadilah hasil yang tak seberapa halus cam Kjee buat semalam.

Pastu nasi mesti betul2 sejuk dan pasti tiada yang bergumpal. Kalau bergumpal, leraikan. Bahan2 ricik dan tumbuk hanya dicampur dengan nasi putih sebaik sahaja hendak dihidangkan. 10 minit sebelum berbuka semalam, Kjee pun gaullah semua bahan2 dengan nasi.



Separuh dari ini disimpan utk sahur tapi kena baham dek semut


Oleh kerana Unclepali makan sikit jer, adalah berbaki untuk Nadia bersahur. Lepas berbuka, Nadia letak semangkuk besar nasi ulam bawah tudung saji. Bangun sahur dia buka tudung saji dan menjerit. Nasi Ulam dia dah dikerumun semut. So dia sahur makan cornflakes jer. Cian anak mama dan juga mama. 

Sedaplah nasi ulam ni. Hmmm rasa2 macam nak buat lagi hujung minggu ni.

Oh ya Kjee juga buat sayur batang keladi masak asam rebus. Hangin Kjee masa tengok Nadia hidang sayur tu semalam. Kasar2nya bawang merah dan cili hidup. Isyhh kalau arwah mak, mangkuk asam rebus tu dah melayang!


6 comments:

  1. Salam.... hehehe nak tumpang ketawa dgn ayat 'nasi sampah'~~~! arwah mak dulu rajin buat dan itulah juga ayat kami pada arwah... hari ni kita makan 'nasi sampah'~~~~~ adolaaaa.....

    ReplyDelete
  2. oow nasi ulam utara ni sgt sedap,memang zamn tok2 dulu daun2 tu kena rincik bagi haluih ja smpai jadi serbuk,...dan pasangan nya semstinya sayuq keladi ..ow sgt sedap...tapi tok dah arwah,tok la pakar sekali buat ni,...mai tang cucu lagila taktau ,taumakan ja huhu...

    ReplyDelete
  3. Asslmkum kJee
    Unclepali kata nasi sampah ya..Hehehee..dulu sue pun fikir mcm tu juga. Tapi rupa2nya sedap nasi ni ya.. :)

    ReplyDelete
  4. dulu tak reti nk makan2 makanan yang boleh kata eksotik ni..tapi sekali rasa dah mencari

    ReplyDelete
  5. kami org kedah mmg panggil nasik sampah... sbb byk sgt daun..hehehe.. tapi jgn kecik hati dgn nama tu.. ni sampah yg boleh dimkn ..dan sedaaaappp

    ReplyDelete