Friday, October 19, 2012

SEDAPLAH MAKAN KAT GERAI PAK TAM DI PAYA JARAS

JALAN JALAN CARI MAKAN

Gerai Pak Tam. 24 jam? Kjee tak pasti


Jarang2 sekali kalau Kjee makan di mana2 gerai, Kjee akan berpuas hati dengan senarai makanan yang disediakan. Kekadang satu dua jenis jer yang Kjee suka. Tetapi lain pula di gerai Pak Tam di Paya Jaras. Semuanya makanannya menepati citarasa Kjee.

Sayangnya, gerai Pak Tam ini tidak begitu strategik. Mungkin tidak ramai yang menyangka ada gerai makanan yang menyajikan makanan sedap di kawasan tersebut.






Mereka yang biasa dengan Pasar Malam di Paya Jaras, Sungai Buloh, perlu memandu terus melepasi tapak pasar malam itu hingga ke traffic lights. Selepas traffic lights yang sebelah kirinya ada bengkel, pusing kiri dan kira2 lima minit, akan jumpa sebaris kedai di sebelah kiri. Kemudian terus sedikit, sebelah kiri ada gerai Pak Tam.






Pak Tam ini orang Utara. Justru semua makanannya berbau Utara. Antaranya Nasi Kandar, Laksa serta Mi Rebus. Selain Laksa serta Mi Rebus yang Kjee anggap terbaik yang pernah Kjee rasa, Nasi Lemak Pak Tam jugak cukup sedap. Nasinya cukup lemak bertepatan dengan namanya. Dan lauk pauknya juga mewah. UnclePali pulak kata Nasi Ayam Pak Tam menarik.

Tetapi tiap kali ke gerai Pak Tam, UnclePali akan makan Nasi Kandar. Nasinya berwarna kuning sama seperti Nasi Kandar kalau Kjee makan di sebelah Utara. Nanti lain kali ke sana, Kjee ambil gambar Nasi Kandar Pak Tam.


Nasi Ayam

Mi Rebus Utara


Tagline Pak Tam ialah: "Kalau sedap beritahu kawan. Tak sedap beritahu Pak Wan". Ramai juga peniaga lain guna tagline sama. 

Masa Kjee mula2 ke sana dulu, Kjee makan Laksa (gambar lupa nak snap). Rasanya memang sedap. Cuma kuah laksa sejuk. Ini boleh patahkan selera. Komplen kat waitress dia mintak maaf, api dapur terpadam.

Kemudian kali kedua Kjee ke sana, Kjee order Mi Rebus. Awal2 Kjee mintak agar kuah yang dihidangkan panas. Mi Rebusnya benar2 menepati selera Kjee. Manis kuahnya dari keledek yang dibubuh didalam kuah itu.

ABC

Lin Chee Kang


Selain menjual Nasi Kandar, Nasi Lemak, Nasi Ayam serta Mi Rebus, Pak Tam juga menghidangkan mihun sup Utara, pelbagai jenis sup Utara serta makanan Thai. 

Kjee suka Lin Chee Kang Pak Tam sementara UnclePali pulak suka ABC. Mewah bahan2 dalam Lin Chee Kang dan jugak ABC.



Stall Nasi lemak di pintu masuk gerai Pak Tam

7 comments:

Norbakyah said...

Kat selayang Kak gee ade restoran pak tam.......5 minit dr stadium selayang.......owner sama....bila senang Kak gee boleh singgah...

Anonymous said...

Kak Jee,
Direction yg di bagi tu dari arah Sg. Buluh ker?

Kjee said...

Ya dr arah sg buloh. Nampak pasar mlm paya jaras, trus sampai jumpa traffic lie, pusing kiri.

kakchik@ella said...

Wahhh .. Kak Jee .. Ella ari2 lalu situ utk balik rumah kat SU tapi tak tau ada Gerai Pak Tam kat situ. Selalu makan yg kat Selayang je. Thanks updet ye Kak Jee

Unknown said...

assalam kak jee..
tadi gi ... siap terbabas sampai ke Aman puri.. patah balik... jumpa.. tapi kan.. tapi kan.. perempuan yg kerja kat situ kata.. nasi kandar dah tak jual lagi.. sebab tak banyak permintaan arrr.. adoiila...... menjejes air liuq ni...

ellyjulie said...

salam kak jee. kalau office hour, kafe pak tam ada di lorong p. ramlee

Anonymous said...

Salam Kak Gee,lama x komen kat sini. Aah Kak Gee walaupun saya x g makan kat situ tapi tengok makanan dia pun saya dah tahu sodap. Nasi lemak dia tu, sambal 2 memang sedap kan. Tengok kaler dia dah tahu. ABC tu pun nampak halus aje ais ya kan. Mee rebus tu garenti sedap gak yer. Bertuah Kak Gee suami sporting bawak makan merata tempat ya.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...