Pages

Sunday, June 23, 2013

NISFU SYAABAN BERMULA MALAM NI LEPAS MAGHRIB












Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1434 Hijrah) jatuh ketika masuknya waktu MAGHRIB pada hari AHAD (mlm Isnin) 23 Jun 2013.

Pada mlm Nisfu Syaaban,buku catatan amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dgn lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu.

Mlm Nisfu Syaaban merupakan mlm yg penuh berkat & rahmat selepas mlm Lailatul Qadar.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia.

Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu. "Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & bersolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban, maka bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hamba.

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
- bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
- Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

PERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Lafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil

PERBANYAKKAN SOLAT-SOLAT SUNAT
seperti :
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”

MEMBACA AL QURAN
MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH
PERBANYAKKAN SELAWAT & BERDOA

PERBANYAKKAN TASBIH,TAHMID,TAHLIL,TAKBIR
Ucap subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar
Fadilat : setiap satunya akan ditulis baginya 20 kebajikan dan digugurkan daripadanya 20 kejahatan.

Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah-mudahan kita semua diampunkan.

35 comments:

intandayani said...

tq Kak Jee ingat-mengingatkan..Hampir terlupa sudah

Cik Honney said...

tq auntie jee kerna mengingatkan sye....hampir terlupa....

http://www.wadahberbicara.my/

Anonymous said...

Salam nk tnya,puasa seeloknye di lakukan pd 14 syaaban atau pd 15syaaban

ailzab LS said...

Thanks kak..byk info..ailzab.blogspot.com

irvan setiawan said...

indahnya hidup ini jika qt trus bersyukur kepada sang khaliq ,,

Anonymous said...

Syukran kerana mengingati, bla kita mengingati orang lain dgn perkara yg baik dan orang tsebut melakukan, kta jga mendapat ganjaran.. Teruskan usaha murni anda. Terima kasih. :)

Syukry Ahmad said...

Terima kasih kak....saya mohon share yer

najiah shaharain said...

terima kasih dgn mklumat...:-)

Mikah Lurima said...

Terima kasih untuk peringatan yg panjang lebo ni ye. As salam...

S.K.A said...

Alhamdulillah..trima kasih atas info yg berguna ni :)

iMieY naJAa said...

syukran atas peringatan yang diberi..

Anonymous said...

Thanks for sharing.alhamdulillah

Anonymous said...

sy tak tahu pun psl mlm ni shggala nmpk kwan post2..then sy search n jumpa ini..TERIMA KASIH! besar pahala subhanallah

Anonymous said...

Syukran

Anonymous said...

Terima Kasih kerana mengingatkan. Alhamdulillah dgn ada panduan & penerangan sebegini mudah utk d fahami & amalkan In shaa Allah. Syukran.

Anonymous said...

X pe itu hak kjee utk menolak anynomous. Saya respect. Thank you once again

hamba said...

terlalu bnyk dosa ini.

izan afzan salamat said...

Syukur kepada Allah......

Anonymous said...

Allhamdullilah =)
Terima kasih atas informasinya.

radeeya said...

alhamdulillah

ISLAMIC said...

Assalammualaikum. boleh saya tahu tulisan ini ditulis diambil dari hadith mana?

Anonymous said...

http://abuanasmadani.blogspot.sg/2013/06/fadhilat-bulan-syaban-hadis-sahih-dhaif.html?m=1
wallahua'lam

Anonymous said...

la bukan isnin malam selasa ke,
24hb june = 15 syaaban..start maghrib..minta pencerahan tq.

Anonymous said...

shukron..insyaallah..malam nie...

iwan rustiawan said...

terimakasih, semoga allah memberikan keberkahan kepada engkau

Anonymous said...

Perkongsian maklumat yang baik. Syaban bln mulia slps ni muncul pula Ramadhan untuk kita menunaikan ibadat puasa, insyaAllah.

iwan rustiawan said...

terimakasih semoga Allah memberkahi

Anonymous said...

Perkongsian maklumat yang baik. Slps Syaban insyAllah kita akan berpuasa di bulan Ramadhan.

Anonymous said...

InsyaAllah, esok marilah kita berpuasa sunat..

zul hafiz said...

Alhamdulillah...tersedar semula..Terima kasih.

Anonymous said...

moga Allah mgampuni dosaku yg hdup dgn dosa slame ini,dgn trkadang lalai myempurnakan solat. :(

haidar said...

Alhamdulillah terima kasih sudah memberikan artikel yang sangat bermanfaat

Anonymous said...

Thanks

dahalanyahaya said...

Terima kasih, ingatan yang sangat bermakna...mohon share ya...

SIISM az said...

terima kasih k.g..info yg sgt berguna..mohon share ke blog SiiSm ek..TQ
http://susuibuidamansimanja.blogspot.com/

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...