Monday, June 27, 2011

CUT AMIRAH GANDING PELAKON S'PORE/M'SIA

Dari kiri: Mastura, Hisham, Nasir (Media Corp), Liza dan Alfia

Pengarah Liza Ismail bersama team produksi dan pelakon Cut Amirah


Azhar Nor Lesta sedang disolekkan oleh Lia (mekap artis)


Liza Ismail bersama team mekap dan wardrobe - Didi, Mas dan Lia
Eh sapa lak enter frame ni. Hehehe
Tadi Kjee berpeluang pergi intai shooting drama bersiri 13 Episod CUT AMIRAH yang mengandingkan pelakon dari Singapura dan Malaysia. Drama itu diarahkan oleh pengarah Malaysia Norliza Ismail dan Alfia Abros Meah dari Singapura.

Team produksi Cut Amirah
Pelakon Singapura semuanya hebat2 belaka seperti Mastura Ahmad , Hisham Hamid, Azhar Nor Lesta, Abdullah Ahmad, Azza Farina dan Osman Sulaiman.

Sementara pelakon Malaysia pula terdiri daripada Erry Putra, Linda Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Betty Banafe, Mahmud Ali Basha.

Drama ‘Cut Amirah’ mengambil latar dari peristiwa tsunami 2004 di Acheh. Kemudian, bergerak ke tahun 2011 dengan plot yang lurus dan jelas agar mesej dapat disampai kepada penonton dengan mudah.

Ia mengisahkan percintaan dan penderitaan seorang anak yatim piatu, Cut Amirah, dari Acheh yang kehilangan seluruh keluarga disebabkan bencana tsunami pada pukul 4 petang, 24 DISEMBER 2004 dengan kekuatan 9 skala Ricther.
Salah satu adegan Cut Amirah

Cut Amirah hampir mati adalam kejadian Tsunami. Tetapi diselamatkan oleh Aminuddin, sukarelawan MERCURY dari Malaysia, yang mana turut terhutang nyawa kepada Cut Amirah ketika dihempap oleh sebuah rumah yang hampir roboh.

Itu sikit lebih kurang sinopsis drama ini. Shooting dibuat di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Acheh di Indonesia.

Mereka akan mula shooting di Acheh, Indonesia pada minggu pertama Julai. Akan ditayangkan di Malaysia dan juga Singapura.






Related Posts:

  • JULIE DHALAN SEKARANG Kak Julie, dan anaknya Hani. Yang belakang tu tak pasti siapa. Suami Hani?!! Malam tadi, kawan Kjee, Che Din, tunjuk gambar-gambar diatas semasa dia lawat Julie Dahlan baru-baru ini. Terkedu Kjee. Rasa nak menangis. Ka… Read More
  • 29. aku, kit dan ramlah ramramlah ram...kjee selalu konfius bila nak panggil dia. kalau artis lain misalnya kalau nama dia fauziah, kita panggil jee atau ogy. ramlah ni kalau nak panggil dia ram tak boleh sebab nama bapak dia ram. akhirnya kita orang t… Read More
  • HUMBANKAN YANG KERUH, RAJA AZMI... Malam tadi, sebelum masuk tidur, Kjee bukak mStar Online. Memang itulah routine Kjee tiap malam. Sebelum tidur, intai dulu semua akhbar online. Manalah tau ada berita menarik dan terkini. Tetapi apabila intai mStar Onl… Read More
  • AL FATIHAH JANTAN BIN OSMAN AKA ALI MAMAK Semoga roh beliau diletakkan di sisi para solihin. Insya Allah. Amin. Arwah dipanggil mengadap Penciptanya lebih kurang jam 4 pagi Khamis kerana mengidap kanser tahap 2. Sepanjang hari Kjee sibuk. Ini baru ada masa nak… Read More
  • HI IFA RAZIAH...MISS AWAK YANG DULU First time Kjee jumpa Ifa in person, adalah kira-kira 15 atau 16 tahun lalu. Masa tu kalau tak silap Kjee, Nadia darjah 4 atau 5. Kami menyewa di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Melawati. Kjee ibu tunggal, b… Read More

6 comments:

  1. Salam kak Gee
    Tsunami acheh tu bukan 26hb decenber ker?

    ReplyDelete
  2. skrip CUT AMIRAH ni kau buat ke jee?

    ReplyDelete
  3. salam.

    kjee. thanks for all the picture. luv u ya....

    ReplyDelete
  4. shooting dah habis ker? kalau nak tayang tv, please update ya. boleh kjee tulis lagi.

    ReplyDelete