Wednesday, June 15, 2011

KARI IKAN BAWAL HITAM STAIL INDIA


 Kalau ke kedai mamak atau restoren India, kebanyakkan kari mereka menggunakan ikan bawal hitam. Nak tahu kenapa? Sebab ikan bawal hitam bukan sahaja sedap buat kari tetapi ia ikan yang lasak. Lasak bermakna tak mudah hancur bila dimasak.

Faham2 je lah kan. Mamak atau tukang masak India ni ganas sikit. Hehehe. Pelayan dia orang pun brutal. Masa mengacau atau  menceduk ikan, tak hengat dunia. Sebab itulah mereka gunakan ikan bawal hitam yang kuat perkasa. Isyhh gurau je. Tapi mungkin ada logiknya kan?

Kjee pulak guna ikan bawal hitam sebab dah biasa makan di restoren mamak ataupun India. Bawal hitam memang versatile. Buatlah apa je lauk, mesti sedap punya. Nadia suka buat sweet sour fish. Masak lemak sedap, goreng pun sodap.

Okay kita tengok resipi buat kari bawal hitam ala India.

BAHAN2:

1 ekor ikan bawal hitam (dibersihkan dan rendam seketika dalam air asam jawa)
½ cawan rempah kari Babas
2 sudu besar serbuk cili babas (atau cili kering kisar pun boleh)
1 sudu kecik rempah menumis
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
½ cawan santan
bendi (ikut suka banyak mana)
1 tangkai daun kari (kalau ada)
½ cawan air asam jawa

CARA:

Bersih ikan, potong ikut suka. Panaskan minyak, masukkan bawang, daun kari dan rempah tumis hingga wangi. Masukkun rempah kari ikan dan serbuk cili dan kacau2 seketika hingga terbit minyak. Guna api perlahan. Pastu masukkan kira-kira 1 cawan air. Kacau pantas dan  biarkan rempah hingga betul2 masak. Kalau terlalu kering, tambah air lagi. Rempah hendaklah betul2 masak dan berbau harum kalau nak hasil kari yang sedap. Kemudian masukkan santan. Tambah air lagi untuk mendapat kuah yang cukup. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan dan tunggu hingga mendidih lagi lepas itu masukkan bendi. Hujung bendi (tip) jangan dipotong nanti keluar lendirnya. Bahagian pangkalnya pun Kjee potong sedikit sahaja dan tidak kena pada badannya. Masak lagi hingga bendi agak lembut baru masukkan air asam jawa (kira-kira ½ cawan). Rasa, dan biarkan mendidih sepenuhnya, periksa samada ikan sudah cukup masak, kemudian padam api. Boleh diganti santan dengan susu segar/cair.

Related Posts:

  • SUP IKAN JENAHAK DENGAN KENTANG Pagi tadi teringat macam ada dua potong Ikan Merah dalam freezer. Teringin pulak nak makan sup Ikan Merah. Kali ini sure semua bahan-bahan ada. Bahan-bahan basic jer. Tak perlu keluar masuk hutan pergi cari kan? He… Read More
  • KERABU MANGGA THAI IKAN DORY Nama jer nampak gah tapi sebenarnya Kerabu Mangga Thai jer. Hehehe. Kjee ternampak aritu ada chef kat AFC buat Thai Mango Salad ni makan dengan ikan goreng. Tapi dia orang guna ikan Talapia. Kjee selalu konfius s… Read More
  • ACAR IKAN TALANG MASIN Kali pertama Kjee buat Acar Ikan Masin ini menggunakan Ikan Kurau Masin bertahun-tahun yang lalu. Kalau tak silap, Kjee guna resipi Amy Beh. Buku tu entah hilang kemana. Sedap sangat. Kjee sudah hampir terlupa kewuj… Read More
  • GULAI IKAN TONGKOL VERSI WONG JOWO KOLUMPO Masa kecik-kecik, Ikan Tongkol tak pernah masuk rumah kami. Mungkin sebab tiada pengaruh Pantai Timur dalam keluarga kami. Maklumlah mak asal orang Melaka tapi lahir di Kolumpo. Dan bapak orang Melaka piau. Bila dah b… Read More
  • IKAN SALMON PANGGANG Ada merasa pelik apabila Kjee seringkali tayang apa yang Kjee masak. Dan Kjee kata, buat ratah aje. Serius... Kjee memang dah lama tak masak nasi dalam rumah Kjee. Hanya masak nasi untuk anak-anak bulus Kjee. Tetapi in… Read More

9 comments:

  1. wah nampak menyelerakan, bau mesti mengancam

    ReplyDelete
  2. phewwwwwwwww! sy slalu msk stail cam kak gee ni, ank mnantu mamaklah katakan, hehe

    ReplyDelete
  3. - wahhh...dah bau kari satu umah ni...

    - nak bendi tu...

    ReplyDelete
  4. perrhhhhhh....memang pekat melekat kari ikan tu....
    sedappnya tengokk...

    ReplyDelete
  5. oh kari kegemaran si Afiq tapindia suka kar ikan tenggiri, ikan bawal dia suka masak sweet and sour je, aku ikut kan je selera dia.

    ReplyDelete
  6. kak G rmpah dgn sbuk cili tu xyah jdkan pes dlu ke

    ReplyDelete
  7. Wah....bestnyer nmpak kari tu...
    Nak masak tpi xde kaun kari xpe ke

    ReplyDelete