Sunday, November 13, 2011

DAGING KORBAN MASAK REMPAH KURMA



 Selalunya masak kurma ayam sebab it's Nadia's favorite. Tapi oleh kerana Kjee dah tak nak masak  ayam lagi dalam rumah ni, maka Kjee guna daging korban yang diberikan oleh Sharifah Roshidah hari tu untuk buat kurma. Tapi kat luar, macam masa dinner kat One World Hotel kelmarin, Kjee belasah jugak sekeping jer ayam. Hehehe.




Hari ini untuk masak kurma, Kjee buat lain macam sikit. Kjee tak bubuh santan macam biasa. Fresh milk pun Kjee tak bubuh. Cuma Kjee bubuh setengah mangkuk tairu (susu masam/yoghurt) buatan sendiri. So tak tahulah kalau ini masak kurma sebenarnya atau masak gulai rempah kurma. Tetapi rasanya memang best sangat untuk tekak kami sekeluargalah.

Kjee rebus daging guna pressure cooker sebab daging korban yang Kjee dapat tu bercampur. Ada daging dan ada urat2. Bestnya. Kjee masuk dalam pressure cooker selama hampir 30 minit. Kjee suka kalau daging masak kurma yang Kjee makan lembut dan boleh disiatkan dengan jari. Samalah macam daging kurma yang kita makan di majlis kenduri kahwin.

Kjee blend bawang besar, bawang putih serta halia dan tumis sampai wangi. Kemudian Kjee campakkan kulit kayu manis, bunga lawang dan pelaga. Apabila dah naik bau, Kjee masukkan rempah kurma kering, kacau seketika dan bubuh air. Bagi masak betul2. Kalau suka boleh bubuh 1 sudu lada hitam kisar/tumbuk.  Apabila dah wangi, masukkan air rebusan daging dan biarlah mendidih. Masukkan jugak bawang besar yang telah dikerat empat dan kentang.

Kemudian masukkan daging rebus dan didihkan lagi. Sementara itu, Kjee bubuh setengah cawan susu cair (eveporated milk) ke dalam mangkuk. Perahkan jus 1½ biji limau nipis. Dah jadi tairu atau susu masam. Pastu Kjee masukkan ke dalam periuk bersama daging dan rempah.

Bubuhlah garam dan pak aji kalau suka. Tunggu sampai lauk agak kering sikit dan daging sudah sebati dengan rempah kurma. Kemudian campakkan dua tiga biji cili hijau yang telah dibelah jangan sampai putus.

Kjee rasa Kjee lebih suka masak kurma macam ini daripada bubuh santan atau fresh milk. Tak muak sangat tau. Tapi kalau korang nak masak kurma macam biasa, resipinya ada di sini.



Related Posts:

  • STEW DAGING, KENTANG LENYEK DAN GARLIC BREAD Orang mengantuk sorong bantal. Dua hari lepas, Kjee bagitau Nadia ada baki daging batang pinang lepas buat Daging Goreng hari tu. Mintak idea nak masak apa. "Buat Beef Stew jer mama. Kan mama suka makan kat Fis… Read More
  • KARIPAP DAGING Kjee rasa semua orang suka makan karipap. Dari kecik, itulah kuih yang awal2 sekali diperkenalkan kepada kita. Masa Kjee kecik2 dulu, arwah mak selalu buat guna keledek. Tapi kini pengunaan kele… Read More
  • STEW DAGING LEMBU Hari tu Kjee buat Bifstik Daging. Hari ni buat Stew Daging pulak. Pi mai pi mai tang tu jugak lah. Sama tapi tak serupa? Hehehe nama jer lain kot. Kan Kjee dah kata, kalau tak puas makan satu-satu makanan tu, Kje… Read More
  • BEEF AND SHITAKE MUSHROOM PIE Kjee tak pernah buat sendiri Beef Pie. Selalu makan kat Cafe atau Deli sahaja. Tapi Kjee rajin buat Chicken Pies. Pernah jugak niaga dulu. Tapi a few days ago, kami singgah di Dave's Deli, IOI City Mall. Dahlia, office… Read More
  • DAGING GORENG PEMBUKA SELERA Sebenarnya, apabila beli daging batang pinang Sabtu lepas, Kjee teringin nak buat Daging Masak Merah Ala Thai. Search kat internet dan jumpa resipi dalam blog AZIE KITCHEN. Bukan main berkobar-kabar nak buat. L… Read More

9 comments:

  1. wow! enaknya buk...tumpang semangkuk yer...

    ReplyDelete
  2. nampak sedap...tp pasti memang sedap ni..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kakjee...disini mama ingin menjemput kakjee sekeluarga hadir ke majlis persandingan anak perempuan kami di Dewan Serbaguna Majidee Johor...diharap dgn kedtgan kakjee akan menyerikan majlis itu nanti...terimakasih...:)

    http://maszull.blogspot.com/2011/11/jemputan-kawen-buat-semua-kengkawan.html

    ReplyDelete
  4. tuu diaaa kak jee...hulurkan sepinggan leh??nampak empuk daging korban tu.hehe

    ReplyDelete
  5. Jee sedap nya, aku dah tak masak seminggu sebab sangat2 sibuk sampai tak cukup nafas ni sibuk sampai hujung tahun dah lah hati tengah risau sebab Afiq tengah periksa SPM ni.

    ReplyDelete
  6. K.Jee forwardlh resipi msk lagi mcm dulu2.dh jarang dpt resipi k.jee.mmg faham k.jee sibuk skrg tp rindu ngan resipi2 k.jee sbb senang nk buat.tak renyah..dilah

    ReplyDelete
  7. msk kurma pakai tairu mmg sebijik kurma kelate la,sama mcm resepi nenek saya..tabikk kak jee..

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Jee...
    Blogwalking cari resepi kurma daging yang seketu-seketul besar macam akak buat ni...
    macam nostalgia kenduri pula...
    Saya salin resepi ye kak...
    Terima kasih,
    http://cupcakeskembang3bulan.blogspot.com/

    ReplyDelete