Wednesday, November 16, 2011

JJCM - UNCLE CHILI'S AT AMCORP MALL


Terung Goreng Berlado - best sangat2



Banyak betul restoran di Amcorp Mall. Oleh kerana Kjee asyik menunggu tangga kat office 4Life kat sana, maka terpaksalah pergi cuba dari satu restoran ke restoran yang lain yang ada di situ.


Semalam kali kedua Kjee singgah di Uncle Chilli's. Kali pertama hari tu waktu first time pergi ke sana sejak jadi ahli 4Life. Pergi dengan Shila dan suaminya Nan.

Dan kali kedua pergi dengan Unclepali semalam. Dah hampir pukul 6 dan Kjee kelaparan sebab belum lunch. Tapi bekfas lambat so okaylah kan. Kali ni kami pergi orang tak ramai sebab dah petang. Biasanya kalau waktu pejabat yang sarat barat.

Nasi Goreng Ikan Masih - I love It!
Kjee selak2 menu. Tak tau nak makan apa. Kebanyakkan makanan berasaskan ayam. Akhirnya Kjee pilih Nasi Goreng Ikan Masin. Kemudian jenguk bahagian sayur dan nampak terung goreng sambal. Gambarnya dah buat Kjee kecur. So Kjee order satu pinggan. Kemudian Unclepali order Vietnamese Barbeque Chicken Rice.

Sambil tunggu makanan tiba, Unclepali belek2 menu atas meja dan tunjuk Kjee Durian Tempura. Masa makan dengan Shila hari tu, dia yang order dan ajar kami makan. Durian Tempura tu, durian goreng celup tepung. Rasanya? Ala korang ambik je isi durian dan celup dalam tepung macam nak goreng cempedak.

Vietnamese Barbeque Chicken Rice
Order kami sampai. Kjee suka sangat2 Nasi Goreng Ikan Masin!! So very the sedap!! Kena sangat dengan tekak Kjee! Kjee tak rasa makanan Unclepali sebab terlalu concentrate makan nasi goreng Kjee. 

Pastu sampai terung goreng berlada! Hmmm lain kali kalau pergi sana lagi, Kjee nak order terung goreng berlada ni jer. Nak ratah sebab sedap sangat2!! Walaupun harganya RM10 sepinggan tetapi berbaloi2! Percayalah. Dahlah portionnya banyak (boleh makan 3 orang), sedap pulak!

Durian Tempura dia biasa2 jer. Macam makan cempedak goreng cuma kali ini durian. Harga durian goreng ut, RM6 satu set dua biji. Shila yang suka sangat.

Lepas ni, kalau ke Amcorp Mall mesti nak singgah Uncle Chilli's lagi.

Durian Tempura


Related Posts:

  • 246. Jom makan durian Nadia minum guna pangsa durian gambar gelap yang longgok ni elok buat tempoyak Hmm dalam masa dua minggu dah tiga kali makan durian. Nasib baik lah dua tiga hari hujan memanjang. Sejuklah sikit badan kan. Tadi lepas… Read More
  • 237. Japanese Food lah pulak suasana kerja bersih tu dia 'tukang buat' sushi pandanglah sikit sini kata unclepali...tak sempat dia dah klik set yg lengkap tamaki wasabi...rasanya pedas mengigit!  Apalah korang dah mandrem Kjee. Ten… Read More
  • 238. Jalan Jalan Cari Makan - Jawa punya lah Hehehe entry Jalan Jalan Cari Makan Lagi. Kali ni Mi Jawa yang femes kat Pasar Minggu, Kpg Baru. Kalau korang anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur, mesti kenal gerai Mi Jawa Suwarno kat Pasar Minggu. Other wise, jangan … Read More
  • 239. Makanan Cina Islam Sekarang ini banyak sekali restoren Chinese Muslim tumbuh sekitar Kuala Lumpur dan kawasan berhampirannya seperti Shah Alam. Dulu, bukan main susah lagi nak makanan makanan Cina yang halal. Yang mula2 bukak kalau tak si… Read More
  • 241. Jalan2 Cari Makan - kopitiam laa pulak...  Sejak muncul banyak kopitiam kat Kuala Lumpur ni, Kjee pasti ramai dah ada pilihan mana nak pilih. Kopitiam maknanya kedai kopi tapi kenapa harganya tak sama macam harga kedai kopi apek? Apakah kerana ambience (sua… Read More

3 comments:

  1. Kecur air liur aku semua nampak sedap jer tapi nak pergi armcorp mall tu entah bila, sb tak suka pergi situ.

    ReplyDelete
  2. saya suka air kat sini tapi dah tak ingat air apa...memang sedap...

    ReplyDelete
  3. Kak jee try la mee kari & buttrt prawn dia. Mmg sedap

    ReplyDelete