Thursday, November 10, 2011

SELEPAS SELESAI KES ANA DAHLIA, TUNANG DIA BUAT HAL PULAK!!

Ini masa jadi Ketua Chef  ke pelatih?  Bezanya macam langit dengan bumi tau!



Datuk Chef Wan dimalukan anak sendiri


Wow panas panas panas. Tak habis2 budak ni bikin panas. Hari tu, awek dia (sekarang tunang), Ana Dahlia bikin panas tak mengaku janda. Tapi alih2 mengaku pulak dah dua kali kahwin. Sekarang Nadzri pulak buat hal. Mengaku dalam resumenya ketika menjadi Juri MasterChef Edisi Malaysia yang dia pernah bertugas sebagai Ketua Chef dan Sous Chef di dua buah restoran terkemuka di Amerika!

Perbuatan Nadzri ini pasti tidak terbongkar jika tiada pihak yang menyiasat di kedua2 restoran itu. Pihak atasan Restoran itu menafikan wujudnya pekerja mereka bernama Nadzri Redzuawan. Kantoi kantoi kantoi. 

Kemudian Nadzri keluarkan statement kononnya dia hanya pernah menjadi pelatih di dua2 restoran itu. Tak tahulah samada dia tuduh media yang salah lapor dalam hal itu walhal dia sendiri tulis dalam resume dia. Pelatih? Ketua Chef? Cam langit dan bumi jauhnya. Macam mana boleh tersilap!!!! Ibarat cam guru besar dengan murid tu beb!!!

Well, maaflah. Kjee memang kenal Chef Wan. Last berjumpa beliau ketika beliau diundang berlakon dalam filem Aku Kaya (dalam bentuk DVD). Kjee ketika itu Pengurus Produksi filem/drama tersebut.

Kemudian satu hari Kjee ternganga apabila anak Chef Wan tetiba muncul entah dari mana dan menggelarkan dirinya Chef Riz. Nadia pernah mengambil diploma dalam bidang pengurusan hotel (hotel management bukan culinary art). Kata Nadia, bukan senang nak jadi chef. Harus ada bertahun2 pengalaman baru boleh sarung topi tinggi putih tu!!

Sekarang ni ramai sangat yang bubuh title chef di depan nama mereka. Ada seorang selebriti itu, hanya jual Char Kway Teow tetapi guna gelaran Chef di depan namanya apabila dipanggil muncul dalam rancangan TV. 

Begitu jugak dengan Jaafar Onn. Entah bila dia belajar jadi Chef, tetiba sekarang orang panggil dia Chef Jaafar. I have nothing against JO. Tetapi ini hanyalah sebagai contoh! So apakah betul Nadzri benar2 seorang Chef yang bertauliah?

Ada yang kerja kitchen helper sahaja di hotel. Tetapi kerana dia pandai jugak memasak, dia tinggalkan bidang perhotelan, meniaga di gerai dan kata dia chef hotel sekian sekian. Kjee pernah berjiran dengan manusia species ini ketika meniaga di Anjung Melawati dulu. Bagai nak rak dia kata dia chef hotel. Rupa2nya hanya kitchen helper! Ya ampun!!

Sekarang Nadzri sudah menconteng arang di muka ayahndanya seorang chef yang terkemuka bukan sahaja di Malaysia tetapi seantero dunia. Datuk Chef Wan adalah DUTA MASAKAN NEGARA. Tidakkah Nadzri terfikir perbuatannya itu akan memalukan ayahndanya?

Sekarang segala infomasi boleh diperolehi hanya dihujung jari, waimah di mana sahaja di seluruh dunia kerana kecanggihan teknologi. So kalau ada sesiapa cuba nak menipu, fikirlah 1,000 kali ya.

Dalam hal Nadzri ini, Kjee tak tahu apa akan jadi kepada Nadzri selepas ini. Pasti sukar bagi dia hendak melangkah dengan bergaya di dalam bidang yang sedang diceburinya. Wallahualam.

semua gambar kjee google jer











Related Posts:

  • ZIZIE EZETTE DATIN SETELAH ASIDAH ALIMUDIN UNDUR DIRI innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9… Read More
  • SITI FAIRUZ PILIH MAHMUD SAMAD Mahmud Samad Korang ingat lagi tak Siti Fairuz yang popular satu ketika dulu dengan lagu "Bila Ku Rindu, Aku Tersebut Namamu"? Hah lagu tu meletup zaman lapan puluhan dulu. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050… Read More
  • ALL YOUR LOVE SITI DAH CAPAI 45-RIBU UNIT? BIAR BETUL!!! Ehsan google Terkejut beruk Kjee tadi apabila terbaca berita kononnya album Inggeris Siti Nurhaliza berjudul All Your Love, dah terjual sebanyak 45-ribu unit. Dalam hati, ini mesti kes kelentong! Mustahil boleh jual sebany… Read More
  • BOK KUMAN KAT HOSPITAL TAWAKKAL Bersama Johan Abdullah aka JP Jazzly, anak Johan dan Wan Noor Rizan Inilah wajah terbaru pelawak terkenal Bob Kuman. Gambar ini ehsan Wan Noor Rizan yang pergi menziarah Bob bersama suaminya pengarah muzik popular Joh… Read More
  • FAROUK HUSSEIN MAKIN TUA MAKIN ENSEM. HEHEHE Farouk dan Lina bahagia sekali Ingat tak lagi pada Farouk Hussein? Ala yang berlakon filem Anak mami dan juga pengacara Sinaran Pasport Kegemilangan! Juga yang jadi pengacara Warung Kita di Astro. innity_pub = "d1dc3a… Read More

7 comments:

  1. as salam KJ, siang tadi saya terbaca kisah Nazri ' tipu' profilenya. Siap dipaparkan resume asal dan resume yang telah di ubahsuai semula setelah pihak tertentu menghubungi hotel berkenaan untuk mendapat pengesahan . Ishkk .. memang memalukan betoi ni. Kesian Chef Wan. Reputasinya pasti tercalar kerana anak buat hal. Apalah ' ayat' Chef Wan nanti yer .. bila di temubual oleh pihak akhbar. Kes memalukan orang tua ni .. samalah macam kes NABILA HUDA .. ujung-ujung dengan muka TENANG si bapa cuba bersikap ADIL. Dalam hati ..wallahualam. Saya pun terfikir juga .. cepat dan mudah pula si NAZRI ni mencipta nama as CHEF popular. TUmpang nama bapa kerrr or .. ada cable besar.Sha ....

    ReplyDelete
  2. Hmmm..tatau nak komen apa kak...moga mereka punya tahap kesedaran yang lebih tinggi lepas nih, maklumlah mereka ni manusia terpelajar, jadi seharusnya punya lebih rasa tanggungjawab pada diri sendiri dan masyarakat....

    ReplyDelete
  3. Betul CMG. Kat dulang paku serpih...yang lain dia orang sambung lah hehehe

    ReplyDelete
  4. bru pulak tebaca pasal chef riz la konok...sy tak suka tgk masterchef malaysia sebb dia ni la..sombong sangat kelihatannya...harap2 lepas ni jgnlah ada org yg buat mcm ni, menconteng arang di muka org tua sendiri...chef wan baik...sy suka tp anak dia kurenglah pulak

    ReplyDelete
  5. as salam Kjee. Dari sejak mula kemunculan dia Nora dah tertanya2 juga..bila anak Chef Wan ni jd Chef..tak pernah dgr ayahnya bercerita ttg anak dia belajar memasak ( mungkin Nora tak dengar kut...) Dia bukak restoran "on the table" tu Nora taulah...Tup tup jd juri Masterchef. Nora ada jugak tanya sebelum ni pd hubby Nora, apa kelayakan Chef Riz ni utk jadi juri, sedangkan ramai lagi chef lain yg pro. mcm Chef Ismail, Chef Zam, Zaida, malah boleh panggil Florence atau DCW sendiri...untuk jadi juri. Alih2 timbul kes ini..hmmm..kesian DCW..mcm2 dugaan dia terima..

    ReplyDelete
  6. Betul betul marah chef wan kat dalam fb dia bantai anak dia.

    ReplyDelete
  7. tak braper suka tgk dia di Masterchef Malaysia...cara dia melihat org...cam sombong/hidung tinggi....cuba lihat gambar2 dia kannnn...ini pandangan saya...

    ReplyDelete