Monday, November 21, 2011

TERSEREMPAK BADE HJ AZMI DI AMCORP MALL





Bersama Bade dan anak2 buah dia tengah shooting drama di Amcorp Mall



Hari ini hari jumpa anak seni. Pagi jumpa Farouk dan tengah hari terserempak pulak dengan pengarah terkenal Bade, suami kepada Erma Fatima yang tengah shooting di Amcorp Mall.

Dulu Bade dan Erma adalah pelanggan setia di gerai Kjee di Medan Selera Anjung Melawati. Anak2 mereka juga turut sama jamu selera setiap hari. Rindu sangat kat Ain dan Citra. Erma suka Kway Teow Beef Ginger sementara Badar dan Ain suka sangat nasi lemak dan teh tarik Unclepali.

Dan tiga tahun Kjee tak meniaga. So taklah jumpa Bade dan keluarganya walaupun rumah mereka sepelaung jer dari rumah Kjee. Tetapi kerana masing2 sibuk dengan tugasan sendiri, maka kami jarang sekali bertembung.

So hari ini, dapatlah Kjee jumpa Bade yang sangat2 hormat orang tua cam Kjee. Kjee dulu masa muda remaja (dan of course slim giler) kerja bersama arwah ayah Bade, Hj Azmi di RTM. Ini RTM betul2 bukan Rehat Tunggu Mati. Hehehe.  Arwah ayah Bade, handsome giler masa tu dan sangat2 suka mengusik Kjee. Maklumlah masa tu Kjee baru berusia belasan tahun tapi dah kerja.

Tak sangka apabila sudah tua, dapat pulak berkenalan dengan Bade, seorang jurukamera filem yang cukup handal! Sekarang dah lama naik pangkat jadi pengarah. Walaupun Bade ni nampak pendiam tetapi dia cukup peramah. Kalau datang gerai Kjee dulu, boleh berbual panjang lebar pasal pengalaman dia menjadi petugas di belakang tabir filem.





Related Posts:

  • SUATU KETIKA DULU Kenangan yang tak mungkin  kulupakan. Bersama Dato Sharifah Aini, Juwie aka Haji Abdul Jalil Salleh, Norbaya Musa dan dua lagi sahabat wartawan. Lewat 70-an atau awal 80an.… Read More
  • APA KAITAN ENTRI ITU DENGAN ERRA FAZIRA Foto-foto ehsan google Another beauty queen in the making? Bukan main ramai lagi yang membaca entri NOTA BUAT ERRA yang kjee buat kelmarin. Hampir 50,000 page views! Mungkin ada yang fikirkan Kjee akan m… Read More
  • ERMA FATIMA AJAK ERRA-AWIE KEMBALI BERCINTA... Dah dekat 12 tahun tinggalkan bidang kewartawan. Last Kjee menulis dulu untuk portal hiburan Octopus.com. Satu-satunya portal hiburan sepenuhnya, yang terawal di Malaysia. UnclePali turut kerja di Octopus.com sebaga… Read More
  • NAK KAHWIN ANAK IKAN ATAU LAKI ORANG?!! Jodohnya dengan anak muda Apabila artis-artis memilih anak-anak bujang atau istilah mereka anak ikan, pucuk muda dan yang sewaktu dengannya, Kjee yakin ramai yang mencemuh. Kononnya sedarlah sikit diri awak dah tua… Read More
  • RAMAI MENANGIS AGAKNYA TADI... Kjee pasti ramai wanita sebak tengok wanita ini di Melodi tadi. Nama beliau Liyana Manan. Usianya barangkali awal 30-an dan mempunyai dua anak lelaki yang rasanya belum cukup usia untuk ke sekolah. Sedang bergelut perta… Read More

5 comments:

  1. Xsekius yea...sapa kata kak jee tuaa...cer tgk muka, tegang kan, tak cucuk kan, haa yg ni baru tegang ori, bukan tegang tiruan's..maaf yang sapa2 tegang tiruan tu..cuma kata yang betul, kalau yea pun itu hak anda kan, jangan kesah okeh apa orang nak kata....sekian, wassalam...makan pelam...duduk tepi kolam...jatuh dalam...terus tenggelam...pitammmm..... >__<

    ReplyDelete
  2. ehem ehem CMG. Kjee sayangnya kat awak!!! hehehe

    ReplyDelete
  3. terbaekkkkkkkk CMG....yg pnting kejelitaan asli...:-)

    ReplyDelete
  4. kak jee...
    norma dan suami pernah juga terserempak Bade...dalam lif di Suria KLCC...tapi nak cite sikit...bukan saya yg tenung dia...dia yang tenung saya...sebab saya pakai abaya hitam (gaya perempuan Saudi) tetapi hidung kemek dan mata sepet...mesti dia heran...'minah Arab' ala Jawa mana yg sesat nih?...kikikkkikkkk...

    ReplyDelete
  5. Dulu masa muda Bade duduk dengan keluarga di shah alam lat dua tiga rumah dari mak sedara SB yang suaminya bernama Amran Hamid bekas pekerja RTM juga.

    ReplyDelete