Thursday, February 9, 2012

GUNTING DAH TUMPUL? JOM IKUT CARA KJEE


Langkah 1: Gunting Yang Hampir Tumpul


Tadi masa rebus daging kat dapur basah Kjee yang baru 60% siap, Kjee terpandang pohon2 tebu yang bersandar pada pagar belakang rumah Kjee. Pohon2 tu bukan tumbuh meliar tetapi jiran belakang yang tanam kot. Tapi heran batang hidung jiran belakang rumah pun tak pernah nampak.


Tengok jer daun2 tebu tu Kjee teringat yang gunting dapur Kjee (kitchen shears) dah dekat2 nak tumpul. Malam tadi Kjee cuba nak siang ikan patin guna gunting tu tapi susah sebab tak berapa tajam. Kjee beli gunting ni kira-kira 4 tahun lalu dari seorang teman. Jenama Amway. Boleh tahan mahal tetapi alah membeli menang memakai.

So apa lagi. Kjee pun mulalah projek nak tajamkan gunting yang Kjee belajar kira 15 tahun lalu dari seorang jiran di Kpg Kemensah.

Langkah 2: Daun Tebu atau lalang. Itu pokok betik kami. Handsome kan? 



Kjee ambil gunting dan tarik beberapa helai daun tebu tu. Kena hati2 nanti duri dia terkena tangan. Pastu guntinglah daun2 tebu tu sampai puas hati. Gunting kasar2 ke halus2 ikut suka hati. Pastu test lah ketajaman gunting tu. Kalau dah puas hati, tak payahlah gunting lagi daun tebu tu.

Kalau tak ada pohon tebu, korang gunting jer lalang2 tepi rumah. Serius ni...kenapa ketawa. Dulu Kjee gunting lalang. Sama jer methodnya. Ada orang kata guna botol. Ahhh tak best lah macam gunting lalang atau daun tebu.

Langkah 3: Daun Tebu dan gunting


Tak caya cubalah. Kalau sekitar rumah korang tak ada daun tebu atau lalang, tak dapek den nak nolong. Tapi kat Chow Kit ada servis tajam pisau dan gunting. RM5 jer.

Langkah 4: Gunting dah tajam.

Related Posts:

  • GOLDEN CHURN HARAM!!!! Jakim Sahkan Mentega 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' Tidak HalalKUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Isnin mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Mala… Read More
  • TEKA TEKI BUTTER TAK HALAL TERJAWAB Apabila Kjee menulis mengenai kesangsian banyak pihak apabila tercetus isu butter Golden Churn tidak halal pada 9 Jun lalu, Kjee menerima info dan email dari 'beberapa pihak yang mendakwa' diri mereka boleh sahkan produk itu… Read More
  • TNB DAH MAI DAH! Asalamualaikum...assalamualaikum...asssalamualaikum. Tiga kali. Ingatkan ditujukan kepada rumah sebelah. Tapi apabila berterusan, Kjee terus jawab Walaikumsalam dari dalam rumah.  Isyhh sapa pulak  tu yang datang … Read More
  • BUJANG KAHWIN JANDA...PETANDA BERTAMBAH JUMLAH BOMOH? album cik google Pendek je entry ni. Kjee dah mengantuk sangat. Sepanjang malam tak tidur. Dah tiga malam dah, jam 4 pagi jer terjaga. Macam ada 'bende' tarik selimut, tolak2 kaki...oppsss. Serius ni. Malam tadi Kjee sangg… Read More
  • AWAS PEMILIK KERETA MYVIKjee baru jer guna kereta Perodua Alza. Tup2 Kjee ternampak entry ni dalam blog Media Permatang Pauh  Aduh! Takkan nak kena tukar kereta lain. Baru lapan bulan Kjee guna kereta Alza ni. Bagi Kjee,  Alza dan MYV… Read More

15 comments:

  1. Waahhh petua bagus ni, kak jee, nanti saya share kat blog DTS boleh?...

    ReplyDelete
  2. Jee, kdee gunting daun serai atau asah dengan menggunting botol kaca. Cuba lah!

    ReplyDelete
  3. oow gitew caranya,cuma tau buat kat botol je..hehe nantileh la try,,lalang banyak kat umah tu hihi

    ReplyDelete
  4. Sambil tajamkan gunting boleh bersihkan lalang skali kan.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. petua yang sangat bagus. mekasih kak jee. seb baek duk paya jaras ni mudah cari daun tebu hehehe

    ReplyDelete
  6. oooo tips yg berguna, biasa kalau gunting dah tumpul, baling ke tong sampah jer, sbb beli pun mrah je kat kedai 2 hengget je,.. tapi masa baru tajam jer,..

    ReplyDelete
  7. Satu lagi daun sirih pun okey (tapi tak pnah terbuat pun, hehehe)

    ReplyDelete
  8. hehehe kita dulu salu guna botol jek, xpe pas ni kalo tumpul nak carik lalang...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kakjee..selama ni asal tumpul jer saya beli baru..dah tau petua nya sonang laa...

    ReplyDelete
  10. Make sense jugak petua kak jee ni. Sebab setau saya, daun tebu dgn lalang memang tajam2. So, mcm dpt asah gunting tu. Kalo camtu, nak asah pisau guna daun tebu pun bleh la kot. Cuma mungkin caranya agak 'kederat' la skit.

    ReplyDelete
  11. oh gitu ker?baru tahu ..tq kak jee
    balik nak try kat lalang atau dauns erai je pun boleh ker?lebih kurang je ngan lalang

    ReplyDelete
  12. Buah betik tu SEXY la kjee...Nnti nk test..ad dua bilah gunting yg msk store sbb dh tk tajam..TQ kjee

    ReplyDelete
  13. salam kakjeeboleh lacuba nanti,selamani mak teh gunting kertaspasir utktajamkan gunting.ni petua aruah mak .salam

    ReplyDelete
  14. satu lagi kalau ade tin foil yang buat balut ayam panggang tu pun boleh digunting2 bagi tajam gunting tumpul~~~

    ReplyDelete