Wednesday, February 8, 2012

HAH DAH TAHU LIYANA JASMAY ADA SOMETHING SOMETHING DENGAN....



Ayunya...foto semua Kjee google


Dua minggu sebelum Kjee berpindah ke Sungai Pelong, Kjee terserempak (actually ternampak sebab Kjee duduk dalam kereta) dengan pelakon Liyana Jasmay di Choice Supermarket Taman Melawati.

Tak heranlah orang sekitar Taman Melawati selalu terserampak dengan Liyana sebab famili dia memang tinggal kawasan itu. Dan Liyana masih tinggal bersama ibu dan ayahnya. Contoh anak yang baik kan? 

Selain Liyana, ramai lagi selebriti tinggal kawasan Taman Melawati ni. Antaranya Erma Fatima bersama suaminya Bade dan anak2 (isyhh mestilah dengan anak2 kan?), Dato Yusof Haslam dan juga anak bujang femesnya Shamsul. Tapi Kjee tak pasti samada Shamsul tinggal bersama papa dan mama dia walaupun rumah mereka alahai macam Istana besarnya!


Yang lain Kjee tak pasti. Dulu Ogy Ahmad Daud tinggal situ jugak. Tapi rumah arwah ibu dan ayahnya di Jalan B masih ada. Khabarnya adiknya Faizal (dulu jugak pernah berlakon), tinggal situ. 

Bersama bonda 
Taman Melawati satu ketika dulu memanglah terkenal sebagai tempat tinggal kaum selebriti. Malah dulu2 dia orang kata  Melawati ni ala2 Hollywood. Maklumlah Finas sepelaung je kan?

Isyhhh nak tulis pasal Liyana Jasmay, melalut lak kisah lain. Anyway, malam yang Kjee nampak Liyana tu, itulah pertama kali sebenarnya Kjee nampak dia up close. Selalu kat TV atau majalah jer. Kecik molek orangnya. Boleh dikategorikan sebagai cukup slim. Jalan pun lemah gemalai je ke kereta Mini Cooper miliknya. (Actually ntah ya ke tidak milik dia. Main hentam jer kata. Tapi kalau bukan milik dia takkan dia nak drive kan? Yang pasti bukan sugar daddy sponsor sebab ayah dia jutawan beb. Kalau dia punya pun apa salahnya. Banyak berlakon, masyukkk mesti banyak)

Malam tadi Kjee baca di mStar yang Liyana dah bersedia untuk membawa watak baru dalam hidupnya. Ini dalam kehidupan realitinya bukan berlakon. Watak yang seringkali dinanti2kan semua anak gadis iaitu menjadi isteri orang!!! Kjee terus bangun dan bersorak (ewahhh overrr nya).  

Kjee suka sebab baru beberapa hari lepas Kjee baca cerita yang dia dan anak produser jutawan Yusof Haslam dah berbaik semula! So, Kjee put two and two together gether, maknanya apakah Liyana akan umumkan yang dia dan Shamsul ada something something? Hehehe.

Wah kalau Liyana dan Shamsul kahwin lah, meletuplah Taman Melawati. Dua anak jutawan dari kawasan sama kahwin!! Taman Melawati masuk map dunia lah nampaknya. Ewah..emonya Kjee.

Oppsss Kjee ni memandai jer kan? Buatnya Liyana nak kahwin dengan orang lain, marah pulak Chenta Hati dia nanti kan?

Apa2pun, Kjee doakan agar cepat2lah Liyana kahwin walaupun usia masih muda. Liyana baru 23 tahun. Elok kahwin muda2. Cepat dapat anak. Orang kata kalau kahwin di usia muda, dapat anak2 yang sihat walafiat dan cerdik.  Wallahualam.

Seperkara lagi.. kalau buat majlis kat padang Taman Melawati, janganlah lupa jemput orang ex-Melawati yer. Siapa lagi kalau bukan kita hehehehe.

Isyhhh anak kita esok lusa sambut birthday yang ke-24. Bilalah agaknya dia nak buat announcement macam Liyana ni kan? Alamak...diam2 jangan bagitau dengan dia. nanti dia marah sebab dia kata nak habiskan belajar dulu. Esok masuk sem 5. Ada dua sem lagi pastu...MERDEKA!!!

Inikah Chenta Hati Liyana?...Shamsul Dato Yusof..gambar ni satu adegan dalm filem tau



Related Posts:

  • BINTANG FAROUK KEMBALI BERSINAR! Ketika Farouk Hussain tersingkir di level top 5 Masterchef Selebriti Malaysia hari tu, Kjee pun sms kat dia untuk menyatakan kesedihan kami. Kjee hubungi dia sorang bukan kerana Kjee hanya menyokong dia tetapi nombor tele… Read More
  • KALAU NAK CIPTA LAGU SEDAP, AHMAD NAWAB BERKHALWAT DULU! Malam tadi, dah tak ada kerja nak buat, Kjee pun layanlah TV. Semua rancangan tak best. Kemudian tertekan channel ntah apa bende kat Astro dan tertengok final Kilauan Emas (ulangan). Hari tu, Kjee tengok dah dekat nak hab… Read More
  • MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA...RUMAH DAH SIAP TAPI.... Biasalah kan. Apa jua majlis pun, se gah mana dan sehebat mana persiapannya, di penghujungnya pasti ada mahu melemparkan sedikit pendapat. Dan ini pandangan Kjee setelah menunggu hingga ke Grand Finale rancangan Master C… Read More
  • SIAPA THE LATEST LELAKI IDAMAN MALAYA? Tetiba sahaja semua wanita ingin memiliki lelaki sehebatnya. Kalau wajah tak se handsome pun tak apalah. Janji cool dan pandai masak!!!! innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY… Read More
  • ARTIS2 NAK BERCERAI, IKUTLAH CARA SHASHA SAIDIN Shasha Saidin - ehsan mStar online Seorang lagi peserta Sehati Berdansa, berpisah. Tak tahu lak pulak Shasha Saidin ni pasangan ke berapa yang berpisah selepas tamat rancangan itu. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d… Read More

9 comments:

  1. ehmmmmm... memang elokler sesangattu...

    ReplyDelete
  2. suka gak tngk liyana sweet & manja

    ReplyDelete
  3. salam k jee, janji dia org nikah..halal..bina masjid..ikut sunnah..alhamdulillah... suzi

    ReplyDelete
  4. salam kak jee,

    mala ke sg pelong semlm. ke rumah atok si daniel (bdk yg mala babysit) sambut birthday daniel. next week pergi lagi sebab pakcik daniel kahwin ... rmh baru kak jee dekat dgn area tu ke, yg ada sekolah rendah? simpang opposite honda.

    ReplyDelete
  5. yes mala. behind the school. dekat sangat2 dah. nanti kalaua u ke sana, koling2 lah. boleh singgah teratak kita. hehehe

    ReplyDelete
  6. iyea ke....alhamdulillah..baru jer g melawati isnin tghari cuti kelmarin...pekena nasi ayam singapore yg maveles tu

    ReplyDelete
  7. nak juga saya ke sana. ade orang sudi nk bawa saya kesana. saya orang Singapura.terimakasih

    ReplyDelete
  8. kak gee ni kelakor lar.....saya baca posting kak gee ni mcm baca email kawan saya je.....saya bukannye nak tau sgt cite2 ni seme....tapi suka baca cara kak gee ni bercerite...keep it up!! you'll always be the highlight after a tiring working day...:)

    ReplyDelete