Friday, February 3, 2012

PERANGAI TAK SENONOH ARTIS EURASIAN TERSERLAH

gambar yg disiarkan dalam mstar



Unclepali memang tak gemor mamat ni dan geng2 dia. Unclepali panggil geng artis Eurasian. Maksud Eurasian bagi Unclepali  ialah mereka yang keturuanan campur2. Mat Salleh kahwin Melayu ataupun Portugis. Itu kata asben kita walaupun terjemahan Eurasian dia tak lah tepat sangat.

Ada sorang dua lagi yang Unclepali sebut nama mereka yang tergolong dalam list yang dia tak gemor tu. Tapi Kjee tak sukalah nak cakap banyak. Kjee nilai seseorang itu dari bakat mereka bukan perangai mereka yang Unclepali kata tak senonoh.





Pagi ini, perangai tak senonoh mamat Eurasian ni terserlah.  Orang lain pun kahwin...pun isteri pernah mengandung tetapi pernahkah korang tengok dia orang bergambar macam ini? Ini cara omputih. Kita orang Melayu, orang Islam. Respectlah sikit kan, peminat kau yang beragama Islam.

Kjee baca ni dalam mstar pagi tadi. Tapi mamat ni mintak maaf lah. Kenapa nak mintak maaf setelah gambar tersebar luas? Korang bacalahlah sendiri.



Harith Iskander Mohon Maaf Tayang Perut Isteri



KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular, Harith Iskander tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murah dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan.

Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun 'Twitter' miliknya.

Kata Harith, dia sebenarnya sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.

"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.

"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.

Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.

"Saya dan isteri memang cukup teruja untuk menunggu saat kelahirannya dan kalau nak diikutkan hati, masuk kedai barangan bayi, rasa macam nak beli semua.

"Namun, kami cuba kawal perasaan itu dan mengamalkan konsep bersederhana. Tambah pula Jezamine tidak suka membazir, dia lebih suka mencari jualan barangan bayi yang murah di Internet kerana ia lebih berbaloi," ujarnya.

Sudah dapat restu keluarga

Sementara itu, pelawak yang bakal muncul dengan persembahan 'stand-up comedy' di Istana Budaya selama enam hari bermula Sabtu ini berkata, dia bersyukur kerana ibu dan bapa Jezamine yang sebelum ini tidak merestui perkahwinan sudah terbuka hati untuk menerimanya.

"Alhamdulillah, sudah setahun kami berdamai. Lagipun, sebelum ini saya tetap menganggap keluarga isteri macam keluarga sendiri.

"Saya faham perasaan mereka sebagai ibu bapa yang pastinya resah dan risau andai kata anak perempuan mereka tersalah pilih jodoh. Bagaimanapun, saya percaya, kehadiran cahaya mata kami nanti akan lebih mengeratkan lagi keakraban kami," ujarnya.

Harith telah mendirikan rumah tangga dengan Jezamine yang juga seorang doktor perubatan pada Julai 2010.

14 comments:

  1. Lagi comey kalau Harith pun sama2 tunjuk perut...baru ada balance and harmony har har har...gurau je.

    ReplyDelete
  2. sib baik org bising kata benda ni tak patut k jee, kalau x anu wife dia tgh kuar baby pun dia nk tunjuk sbb x biasa tgk n terlebih excited...adoiiiii...maaf terlebih emo plak gan org islamm yang lebih pada org bkn islam nih..suzi

    ReplyDelete
  3. last time i jumpa harith dgn wifenya kat RnR Machap, selamba jer bini dia pakai short pants..
    entahlah... nak kata eurasian mcm tu, yang tak eurasian pun sama je perangainya...

    ReplyDelete
  4. pic yg k.jee tunjuk nie ala2 sopan sikit..ada yg sy tgk kt blog lain tu pakai sepentot,ikat kaftan jarang kt luar & bra jer..mmg bkn pakaian utk manusia yg mengaku Islam..tp siapa la kita nk menasihatkan org bijak pandai nie..

    ReplyDelete
  5. sebijik lagak mat salleh.. dulu isteri dia berbikini..lagi dasyat..

    ReplyDelete
  6. subhanallah...nak kena tarbiyah ni..

    ReplyDelete
  7. suami tu satu hal, isteri tu pun tak kurang hebat, 2 x 5 je. nak salahkan siapa? esok-esok anak tak tahulah macam mana. Nauzubillah,jauhilah kita anak beranak cucu cicit drp berkelakuan begini. Pre wedding, pre delivary ni dah jadi amalan sesetengah org sekarang.

    ReplyDelete
  8. Saya berdoa agar kehidupan islamnya bukan setakat Bersunat, Berkahwin (akad nikah) dan Mati (Kebumi secara islam)..insyaAllah

    ReplyDelete
  9. dah tau benda tu tak elok,nak dibuat juga...pastu kalut nak minta maaf...hmmm....
    benda2 mcm ni,dalam budaya pun tak sopan...agama apatah lagi.

    ReplyDelete
  10. Sebelum buat,harus berfikir orang lain.....Jangan hanya fikir diri sendiri sahaja.

    ReplyDelete
  11. banyak cara kita bole kongsi kegembiraan kita..
    beraninya dia..dia kan artis, kurang ok lah...

    ReplyDelete
  12. Kalau bini dia tu silap, blh gak la dimaafkan sbb bini dia mualaf. Tp si laki tu as suami yg beragama islam, tak bimbing pun bini dia. Hmmm....

    ReplyDelete
  13. Ntah ler....nak kongsi gembira sampai gitu sekali? Awak tu suami, dosa bini awak tanggung. Harap2 lps bersalin, berubah la demi anak.

    ReplyDelete
  14. aunty i was thinking about the same thing bila terbace n tengok gambar ni kat satu blog... anyway bagus bile kene macam ni.. dia akan sentiase "terasa"...lain kali dia lebih beringat. moga jadi pengajaran

    ReplyDelete