Saturday, February 11, 2012

'SUMPAH...SAYA TAK TAKUT ISTERI SAYA TETAPI...'

Ehsan Google

Semalam masa tengok berita di TV3, Kjee ternampak wajah Menteri ini. Tak payahlah sebut nama. Cukup kanan dalam kabinet Dato Seri Najib.  Dia kawan lama Kjee. Kami berkawan sejak zaman Kjee anak dara lagi dan dia masih student di Universiti Malaya. Dia duduk belakang rumah sewa Kjee di Bangsar dan teman serumah teman sepejabat Kjee.



Kira-kira 15 tahun lalu, dia dah jadi Timbalan Menteri. So Kjee ke rumah beliau di sebuah kawasan perumahan elit di pinggir KL. Dalam bual2, dia kata ramai orang kata dia takut bini.

"Mana ada...sumpah saya tak takut isteri saya. Cuma....dia tak takutkan saya," katanya dalam nada berseloroh! Kjee senyum jer dengar. Pandai dia belitkan kata2.

So entry Kjee hari ini Kjee tujukan kepada mereka yang suka sangat kata si polan si polan tu takut isteri. Betul ke ada suami yang takut isteri?

Jawapan Kjee tak sama dengan Menteri tadi kalau ada orang tanya samada suami Kjee takut pada Kjee. Dalam sesebuah rumahtangga sebenarnya, istilah takut isteri atau takut suami tidak timbul. Ia harus menjurus lebih kepada menghormati suami ataupun isteri.

Kalau kita hormat pasangan kita, pasti kita akan tahu batas2 kita. Kita pasti akan memikir 10 atau 20 kali sebelum kita melakukan sesuatu yang tidak disukai pasangan kita. Kalau kita sama2 ada sikap saling hormat menghormati, Kjee rasa tak perlu ada istilah takut bini atau takut suami.

Terkenang satu ayat seorang kawan: "Aku ni kalau nak kahwin satu lagi, no hal. Aku tak takut bini aku...tapi aku takut perang meletus.." hehehe. Macam tu punya takut okay kot.

Beberapa hari lepas ada pasangan madu bertumbuk di Taman Melawati. Rasa2nya dekat sangat dengan rumah lama Kjee (Kenapalah masa tu jugak aku dah pindah?). Niat suami baik. Nak eratkan silaturrahim antara isteri tua dan isteri muda. Dipertemukan mereka tapi dia duduk jauh2 dan intai dari dalam kereta. 

Entah mana silapnya, tiba2 isteri tua naik angin dan dushhhh sebiji buku lima ke muka isteri muda. Korang rasa suami tu beranai dekat tak? Macam mana dia nak leraikan? Nak memihak kepada siapa?

So yang berani nak tambah cawangan tu, fikir2kanlah. Awak tak takutkan bini sebab tu awak tambah bini tetapi apakah bini awak takutkan awak? Hehehe.

Korang tak nak tanya ke samada Kjee takut suami Kjee? Kjee taklah takut... tapi  malas  nak berdepan dengan dia kalau dia tarik muka 14 sekiranya apa yang Kjee buat tak kena dengan kehendak dia. Macam mana tu? Hehehe




8 comments:

  1. Kadang2 tak perlu takut kot, tapi hormat. Dan suami plak biasanya bukan takut isteri marah, tpi MALAS nak jalani proses soal siasat oleh isteri. Nnt lagi parah. Hee.

    ReplyDelete
  2. Hehe...mcm mana plak boleh timbul kesah ni kak jee...susah mau cakaap wooo....apa2 pun suami yang mendidik isteri dari awal, kalau sejak mula kawin dah tak kesah..lantaklah..bila dah senja, tak boleh nak tegur dah..

    ReplyDelete
  3. Salam kjee..hehe betul tu kak ramai org suka guna ayat macam tu tapi sy tak setuju kalau kata takut bini atau suami...bagi sy suami atau isteri lebih menghormati perasaan pasangan mereka bukan sebab takut dan tak berani buat tapi mereka fikir apa perasaan pasangan dan bagaimana pula jika pasangan buat perkara yg sama pada diri mereka...suami isteri yg dah hidup bertahun tahun tentu lebih memahami perasan pasangan kesayangan mereka...memang tak patut di tuduh takut bini ataupun laki!!

    ReplyDelete
  4. takut berpada-pada jangan sampai menyeksa diri
    berani pun berpada2 jangan sampai memalukan suami

    ReplyDelete
  5. Betul kata kak Jee, bukan takut tp malas nak mengadap muka 14 sekiranya dia marah. Org lelaki ni kalau marah tak bising2 mcm org p'puan tapi dia diam je. Tu yg buat kita sakit hati - Hanita, Kelang

    ReplyDelete
  6. betul tu kak jee...
    kekadng ada suami yg xnak bt sesuatu yg bt isteri marah bkn sbb diorg takut bini, tp sebb nk mnjg keharmonian rmh tgga..kan lebih bagus begitu, sebagaimana para isteri berusaha untuk menyenangkan hati suami, begitu jgk suami..kan...kan..kan..

    ReplyDelete
  7. Betul tu kak jee.. bahgia kena cari.. 😉

    ReplyDelete