Thursday, March 1, 2012

TERUNG BERLADO UDANG KERING





Dah nak dekat Maghrib tadi baru sampai rumah. Tadi Unclepali teringin nak makan JCo donuts. So kami pergilah ke Giant, Kota Damansara. Dalam kereta dah ngappp tiga biji. Bukan Kjee tapi Unclepali. Lepas itu, kami ke Kpg Melayu Sungai Buloh. Dah dekat pukul 6.30 ptg. Beli jerlah apa yang ada.




Unclepali pilih 5 ekor ikan selar kuning yang besar2. Dari jauh (biasalah Kjee duduk dalam kereta), Kjee ingatkan ikan Mabung. Balik rumah terus siang dan goreng garing.

Kjee ni cerewet kalau makan tak ada sayur. Nasib baik dalam fridge ada terung pendek yang beli kat Hero, minggu lepas. Masih elok. So Kjee buatlah Terung Goreng Berlado stail Kjee yang udang keringnya digoreng garing2. Hari ni Kjee guna cili api yang hijau jer sebab tu kalernya tak lawa.

Tengah masak, dengar azan bergema dari mesjid di jalan besar. Apa lagi lintang pukanglah masak. Nyamuk pun kenyang jugak lah kenduri darah Jawa dan Melayu tadi.

Menu ini pembuka selera. Belum makan lagi. Nak tunggu Nadia balik makan sama2.

Nak resipi sila klik sini. Udang keringnya mesti digoreng garing diasingkan. Pastu lepas tumis lada dan bawang, masukkan terung goreng. Bila nak hidang baru tabur udang kering garing. Sodap sangat! Kena pulak dengan ikan sepat pekasam, ikan goreng selar kuning dan budu. Adoiii...mak mertua tolong jangan lalu. Hehehe




Related Posts:

  • Kuruskan Badan Tanpa Ubat? gambar ehsan google. Hiasan Yg paling kiri dlm botol tu, harammmmm Teruja Kjee apabila surf internet dan jumpa blog tip untuk semua awal pagi semalam. Ada cara kuruskan badan tanapa ubat. Tip ini untuk orang yang kuat ment… Read More
  • Jozan Bakal Kecewakan Ramai Penyokongnya?Kjee berasakan kenyataan Jozan bahawa keadaan mereka yang sibuk dengan tugas masing2 sebagai seorang individu menyebabkan kemungkinan besar peminat akan kecewa dengan persembahan mereka dalam rancangan Maharaja Lawak. Ramai… Read More
  • Malam Jumaat Hermantino Read More
  • William & Kate Bercerai? Lima minggu sahaja. Itulah tempoh 'Marriage Made In Heaven' Putera Williams dan Kate Middleton! Kalaulah benar berita ini, Britain sudah kehilangan Putera Williams untuk mengambilalih takhta. Apapun, Kjee copy paste berita … Read More
  • Gerai Kuih Favorite Kjee - Warung Cik Ani AU5D/1 Cik Ani Kuih Getas Gendang Kasturi - Favorite Kjee kaswi Kjee ada banyak tempat makan yang menjadi favorite. Kalau breakfast, nak makan tosei kami ke Restoren daun Pisang Thurkah di Taman Melawati. nak makan Lont… Read More

9 comments:

  1. Sedapnya terung goreng berlado ... Masakan minang ni .. =)

    -che nad

    ReplyDelete
  2. Trung kalo goreng mmg besh lmbut silky jek isi nyer

    ReplyDelete
  3. waduh..enaknya terong balado itew..

    ReplyDelete
  4. halahhh, tiba-tiba lapar pulak. Nak try ah...

    ReplyDelete
  5. Esok saya buat!!....tengok lahh nanti... ^__*

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum akak...
    sedaaapnya tgk terung tu akak... terliur diana tgk.. mmg fav kalau terung nie

    ReplyDelete
  7. menariknye terung nihh..hehe mesti cube ni :)

    ReplyDelete
  8. sedappppnye terung goreng cenggini......tengok je pon blh buat rs lapo.......=D

    ReplyDelete