Monday, July 11, 2011

TERUNG BERLADA DENGAN UDANG KERING






Dengar jer nama terung goreng berlada dengan udang kering, rasa macam tak heran. Tapi kalau makan dengan nasi panas, mesti tak layan lauk lain. Kjee buat tengah hari tadi bersama kari ayam. Hmm lagi laku terung berlada ni tau!

Sebenarnya, lauk pauk biasa kalau kena dengan cara masaknya, jadi sedap. Lauk terung ni misalnya. Biasa2 jer kita boleh makan kat gerai2 ataupun warung yang jual lauk pauk. Tapi cara dia orang buat sama ke? 
Tak percaya korang cuba cara Kjee ni. Kjee goreng dulu undang kering garing2 sampai ranggup. Ketepikan. Pastu barulah Kjee letakkan terung yang telah dibelah memanjang dalm kuali non stick dengan minyak yang sikit sangat. Untuk resipi hari ni, Kjee guna minyak zaiton. Kalau tak bubuh minyak pun tak apa. Hah sangai sampai terung tu layu dan masak. Tepikan.

Pastu buatlah sambalnya macam biasa. Hari ni Kjee guna cili hidup dengan sedikit cili api. Biasanya Kjee guna sepenuhnya cili api jadi kalernya taklah cantik sangat. Cili tu Kjee blend kasar2 dengan bawang. Actually kalau tumbuk lagi sedap tapi malas.

Tumis bahan kisar tadi sampai masak, bubuh garam, aji dan asam keping. Kalau tak bubuh aji, bubuhlah gula sikit. Bila dah masak elok ladanya, masukkan terung bersama undang kering garing tadi. Hah golek2 sekejap, padam api.
Hah baru korang tahu sedap ke tidak. Masa makan terung tu, cubit sekali sambal yang ada udang kering. Hmmm lain rasanya. tak percaya? Esok korang baik cuba. Kalau tak selera makan pun, boleh terbuka selera tau! 

Cubalah untuk sahur. Nanti seperiuk nasi, tak cukup. Hehehe.

Resipinya kalau nak yang penuh, klik sini. 

7 comments:

Anonymous said...

menyelerakan,kecur airliur dibuatnya...

Anonymous said...

terung mcm ni mmg my fav,tapi kali ni saya nak buat sebijik style kjee. sure terangkat punya. saya berani jamin sebab lunch yadi saya try daging kaprau, memang sedappppp. anak siap tanya, saya cakap dari dapur kjee,blog yg ma astyk mengadao 3,4 hari ni. dah jadi fav dah,sekarang ni....pj,lizabassam.

Anonymous said...

salam
boleh guna ikan bilis instead of udang kering?
goreng garing jgak ke?
tq

kc

Kjee said...

w'salam. tak pernah cuba. mungkin boleh. ala kita yang buat dia kan? hehehe

MamaFaMi said...

Salaam Kjee. Kita suka masak terung cam ni. Cuma nya, kalau kita masak, selalu je sambal tu terkurang... :D Walau apa pun, lauk tetaaaapp licin kita kerjakan! Hehehe

Mylady said...

ooo..udang kering tu kena goreng garing ek kak jee..hari tu mylady buat, tak goreng garing, then, gi goreng terung tu plak, dengan minyak yang banyak..bila siap..humang aiiii..kembang tekak nak makan sebab banyak minyak...anyway, resepi kak jee ni betul2 nampak menyelerakan..nanti mylady try, mylady hantar report kat kak jee ek...:-)

Kjee said...

MF: Sebenarnya buka sambal yang terkurang, tapi kita fokus kat sambal jer. sedar2 sambal dah habis. betul tak? hehehe

MyLady: Cuba ikut cara Kjee.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...