Tuesday, August 7, 2012

AIDIL ZAFUAN PENTINGKAN BOLA DARI RUMAHTANGGA?


Rita





Tak mau komen apa2. Cuma semak perut baca berita cam ni. 


Hakim Tegur Aidil Zafuan Tidak Pentingkan Rumah Tangga

SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini mempersoalkan sikap pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abdul Radzak yang sentiasa gagal menghadirkan diri ke mahkamah bagi sebutan kes permohonan plaintif berhubung tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) terhadap isterinya pelakon Rita Rudaini.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad berkata, Aidil tidak sepatutnya terlalu mementingkan bola sepak dan memintanya membuat pertimbangan tentang perkara yang lebih penting dalam hidupnya iaitu rumah tangga dan anak-anak.

"Tidak berdosa kalau tak main bola sepak tetapi soal yang dibincangkan dalam mahkamah ini adalah berkaitan dengan hidup dan mati.

"Perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat seperti mainan. Plaintif (Aidil) perlu buat pengorbanan dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kes ini," katanya.

Sebelum itu, peguam plaintif iaitu Noor Hazlina Che Hasan memberitahu mahkamah anak guamnya tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah atas alasan sedang menjalani latihan bola sepak di Austria selama dua minggu.

Noor Hazlina secara lisan memaklumkan kepada makhamah Aidil telah berlepas ke negara tersebut pada 4 Ogos lalu dan hanya akan kembali ke tanah air sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti. - mStar Online

Related Posts:

  • SELAMAT PENGANTIN BARU FAUZIAH Foto ehsan mStar Pelakon Fauziah Gous selamat bergelar isteri kepada Md Zhafran Md Yusof. Mudah-mudahan kekal hingga ke nafas akhir. Dah jadi isteri, jagalah tertib dan maruah diri, serta suami. … Read More
  • SELAMAT PENGANTIN BARU ADAM DAN FIZA Syukur alhamdullilah. Hari ini nasib seorang ibu tunggal terbela. Penyanyi Adam AF kini menjadi suami dan payung untuk melindungi pelakon dan penyanyi Fiza Elite dan dua anak-anaknya. Tiada gosip, … Read More
  • FIZO OMAR PILIH MAWAR, ANAK TOKE TUDUNG FAREEDA Terjawablah sudah teka teki kononnya pelakon Fizo Omar gitu-gitu dengan Shila Amzah. Fizo pilih anak toke tudang rupa-rupanya. Fizo akan membuat sidang media untuk umumkan majlis pertunangannya dengan Mawar, anak Farid… Read More
  • CREATIVITY YANG NAKAL Akhir-akhir ini, ramai sangat budak-budak muda yang kreatif. Buat macam-macam video pastu upload kat You Tube dan jadi tontonan ratusan ribu orang. Video dalam bentuk parodi. Benda ni dah lama berlaku. Cuma Kjee tak … Read More
  • DEMI ALLAH FIZZ FAIRUZ SUMPAH NAK KAHWIN ALMY Sudahlah tu Fizz Fairuz. Tak payah bising-bising lagi. Nikah cepat-cepat dan senyap-senyap macam Adam dan Fiza hari tu. Lagi banyak cerita nanti lagi banyak masalah. Bukan senang Almy Nadia nak maafkan awak setela… Read More

4 comments:

  1. memang betul kekdahnya AZ tu belum sampai tahap kematangan sebenar kot

    ReplyDelete
  2. ntah apa la nk jadi...moga2 di permudahkan lah urusan diorang...

    ReplyDelete
  3. kan dah kena tegur dengan hakim..ni bukan benda main2..melibatkan dosa pahala..

    ReplyDelete
  4. kedua2nya berdendam kesumat...itu pasal sukar nak habis kes mereka...

    ReplyDelete