Wednesday, October 24, 2012

AMY TUTUP CHENG HO











Sedih mendapat tahu restoran artis yang menjadi kebanggaan semua sejak 4 tahun yang lalu, kini sudah ditutup. Amy Search pemilik Restoran Chinese Muslim Cheng Ho di Wangsa Maju Kuala Lumpur membuat pengumuman tersebut melalui akaun twitternya. Sila baca sini.

Walaupun sudah lama dibuka, namun Kjee tidak pernah terlintas di fikiran untuk menjamu selera di Restoran itu. Tak tahulah kenapa. Tetapi sebaik sahaja Cheng Ho dibuka, ada sebuah Restoran Cina Islam turut dibuka berhampiran restoran Amy itu. Pelik bin ajaib, restoran itu tidak mempunyai nama.

Restoran tersebut dimiliki oleh satu keluarga Cina Islam yang berasal dari Negeri China. Khabarnya, salah seorang anak pemilik restoran itu belajar di Universiti Islam Antarabangsa. Dia berkahwin dengan orang Malaysia dan keluarganya membuka restoran itu. Malah tukang masaknya pun dibawa masuk dari China.

Bagaimanapun restoran itu ditutup tidak sampai setahun operasinya kerana khabarnya, tukang masak itu terpaksa kembali ke China kerana tidak dapat menyesuaikan diri hidup di rantauan. Wallahualam. 

Kjee sudah banyak makan masakan Cina di hotel2 dan juga restoran tetapi makanan yang dihidangkan restoran itu banyak bezanya. Cara mereka menggoreng sayur pun sukar didapati di restoran lain di Malaysia.  Restoran itu turut menyediakan bilik khas untuk solat. 

Mungkin kerana makanan yang dihidangkan di restoran berkenaan lebih authentic dan ori menyebabkan Kjee tidak berminat makan di Restoran Cheng Ho, dimana tukang masaknya adalah rakyat tempatan.

Tiada ribut tiada angin, Restoran Cheng Ho ditutup. Pasti pengunjung regular restoran itu akan merindui makanan di restoran itu yang khabarnya sedap2 belaka. Mungkin Amy akan mengubah fikiran untuk membukanya semula apabila dipujuk oleh pelanggan setianya? Kita tunggu sahajalah.

Related Posts:

  • SUPER SPONTAN SEIRAS WHO'S LINE IS IT ANYWAY? Dah banyak minggu dah rancangan Super Spontan muncul di Astro Warna. Tapi macam biasalah, malam tadi baru kali kedua Kjee tengok. Sibuk memanjang opppss lebih menyibuk dari sibuk, sebenarnya. innity_pub = "d1dc3a8270a… Read More
  • TIADA ANGIN TIADA RIBUTBaru sebentar tadi Kjee baca Utusan Malaysia, pemain bolasepak fofular, ntah apa nama, dia nak rujuk kembali dengan isterinya aktres Rita Rudani. Kemudian muncul pulak kisah aktor seorang ni. innity_pub = "d1dc3a8270a6f939… Read More
  • TELITI DULU SYARAT DAN TERMA UNTUK CALON2 ABPBH SEBELUM BISING! Kalau dah pernah jadi wartawan, apabila sudah pencen pun pasti nak menyibuk. Justru Kjee yang tidak puas hati dengan pihak yang mempertikaikan mengapa dan kenapa 'orang luar' dibenarkan dicalonkan dalam Anugerah Bintang P… Read More
  • KEMELUT RUMAHTANGGA ADI PUTRA MACAM DALAM DRAMA? Adi dan isteri - foto mstar Baru hari tu Kjee dah nak tulis. kenapalah si Adi Putra ni buat institusi rumahtangganya macam dalam drama yang dilakonkan? Kejap failkan cerai, kejap tarik balik. Samalah juga macam si pemain… Read More
  • ADA KE TAK ADA LAGI, FIZZ? Masih ON ke dah OFF - google Beberapa hari lalu Kjee baca berita kononnya aktor Fizz Fairuz buat kenyataan dia akan mengakhiri zaman bujangnya bersama kekasihnya tidak lama lagi. Siapa tak tahu kekasih Fizz kan kalau bu… Read More

7 comments:

  1. tq kak jee.. sbb pick up cerita dari blog saya. salam perjuangan.

    ReplyDelete

  2. Khabar jer sedap tapi honestly, TAK SEDAP LANGSUNG!!
    Tak pelik ianya ditutup

    ReplyDelete
  3. Ralat gak sebab restoren ni dekat je ngan umah tapi taknah gi. Alih2 dah tutup? Huuu... Tp kite susah nak pegi pun sbb tak berapa ske makan makanan cina hehee...
    My latest Entry :)
    WW: Excited Dah Cuci Umah Baru!

    ReplyDelete
  4. #OHMYENGLISH Amy ... Announce je in BM we malaysian understand ...

    ReplyDelete