Saturday, December 29, 2012
Home »
isu semasa
» PENGHUNI RUMAH KAWASAN BUKIT DILANDA MUSIBAH
PENGHUNI RUMAH KAWASAN BUKIT DILANDA MUSIBAH
Penduduk Bukit Antarabangsa yang kecut perut apabila hujan turun dengan lebatnya sejak beberapa minggu lalu, penduduk Bukit Setiawangsa pulak yang ditimpa musibah.
Mohon pada Allah swt mereka semua selamat. Ada juga sedara mara dan kengakwan Kjee yang tinggal di kawasan itu.
Berita dibawah ini Kjee share dengan mStar Online.
KUALA LUMPUR: Penghuni 46 buah rumah di kawasan Bukit Setiawangsa dipindahkan bagi mengelak berlakunya gelongsoran tanah yang aktif berikutan benteng konkrit di kawasan itu runtuh, malam Jumaat.
Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaluddin berkata, hanya rumah dan lot kedai berhadapan kawasan runtuhan itu terlibat.
"Beberapa rumah lain di kawasan tersebut tidak terjejas, penghuni boleh balik ke rumah masing-masing dan bergerak bebas," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Fauziah berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membina laluan alternatif untuk memudahkan proses keluar masuk penduduk selain mengurangkan kesesakan memandangkan laluan utama perlu ditutup.
DBKL turut menyediakan makanan dan pusat komuniti untuk menempatkan penduduk yang terjejas.
Bagaimanapun, Jabatan Kerja Raya (JKR) masih memantau situasi tersebut dan membawa masuk jentera berat ke kawasan runtuhan akan menjadi sukar.
Pada masa ini, kira-kira 40 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), DBKL, Rela dan JKR berada di kawasan terbabit.
Menurut pihak berkuasa di kawasan runtuhan, penghuni yang diarahkan berpindah tinggal dengan ahli keluarga mereka yang lain.
Related Posts:
SIAP SEDIA SEMUA. KITA UNDI 5 MEI 2013!! PUTRAJAYA: Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 ditetapkan pada Ahad 5 Mei,manakala tarikh penamaan calon pada 20 April,Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pada Rabu.Pengundian awal ditetapkan pada 30 April.T… Read More
BAGUIH BAGUIH BAGUIH … Read More
TERIMA KASIH PERWIRA NEGARA! Penduduk Kampung Tanjung Labian melambai tangan sambil memegang kain rentang "Terima Kasih Perwira Negara" kepada pasukan pertama Rejimen Renjer Diraja yang berangkat pulang setelah hampir tiga bulan terbabit dalam Ops D… Read More
SELAMAT ULANGTAHUN KE 206 … Read More
BALIK KAMPUNG GUNA AIR ASIA, UNDI BN KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, menawarkan harga tambang rendah istimewa kepada rakyat Malaysia yang mahu pulang ke kampung halaman untuk membuang undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.Ketua Pega… Read More
seram tengok.. semoga mereka dijauhkan dari perkara yg tidak diingini..
ReplyDeleteSalam kak jee.sy jgk tinggal d kwsan puncak setiawangsa. Utk pengetahuan semua, rmh yg runtuh ialah rmh Maulana.Rumah beliau di jdkan tmpt utk mnuntut ilmu agama. Tp yg sedihnya, ramai yg ckp padan muka la, myombong la mcm2 yg diorg kutuk hanya sb rmh vvip parti kerajaan terlibat. Helllloooo..situ bkn rmh parti kerajaan sj, ada jgk dr parti pmbangkang malah bekas pengerusi msjid pn ada. Masyaallah...zaman skrg org lebih suka /happy mlihat org di timpa musibah .
ReplyDeletesubhanallah..... setiap satu kejadian hanya Allah Yang Mengetahui, Allah yang menentukan setiap kejadian dan rahmat di sebaliknya..... semuga kita mendapat perlindungannYA...
ReplyDelete