Saturday, December 29, 2012

PENGHUNI RUMAH KAWASAN BUKIT DILANDA MUSIBAH






Penduduk Bukit Antarabangsa yang kecut perut apabila hujan turun dengan lebatnya sejak beberapa minggu lalu, penduduk Bukit Setiawangsa pulak yang ditimpa musibah.

Mohon pada Allah swt mereka semua selamat. Ada juga sedara mara dan kengakwan Kjee yang tinggal di kawasan itu.

Berita dibawah ini Kjee share dengan mStar Online.


KUALA LUMPUR: Penghuni 46 buah rumah di kawasan Bukit Setiawangsa dipindahkan bagi mengelak berlakunya gelongsoran tanah yang aktif berikutan benteng konkrit di kawasan itu runtuh, malam Jumaat.

Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaluddin berkata, hanya rumah dan lot kedai berhadapan kawasan runtuhan itu terlibat.

"Beberapa rumah lain di kawasan tersebut tidak terjejas, penghuni boleh balik ke rumah masing-masing dan bergerak bebas," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Fauziah berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membina laluan alternatif untuk memudahkan proses keluar masuk penduduk selain mengurangkan kesesakan memandangkan laluan utama perlu ditutup.

DBKL turut menyediakan makanan dan pusat komuniti untuk menempatkan penduduk yang terjejas.

Bagaimanapun, Jabatan Kerja Raya (JKR) masih memantau situasi tersebut dan membawa masuk jentera berat ke kawasan runtuhan akan menjadi sukar.

Pada masa ini, kira-kira 40 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), DBKL, Rela dan JKR berada di kawasan terbabit.

Menurut pihak berkuasa di kawasan runtuhan, penghuni yang diarahkan berpindah tinggal dengan ahli keluarga mereka yang lain.

Related Posts:

  • OUR CHAMPIONS... KEBANGGAAN NEGARA!HARIMAU MUDA A … Read More
  • SEJAK PETROL MAHAL, KJEE JIMAT DUIT HINGGA 50% Apabila minyak naik harga.. oppps pembetulan... apabila Kerajaan kurangkan sabsidi minyak petrol, semua orang bising. Kjee pun sama. Tapi taklah bising sangat, cuma bebel sikit dan mula cari jalan tidak mahu kekurangan… Read More
  • SELEPAS PETROL, KJEE JIMAT GUNA ELEKTRIK PULAK!!! Semalam Kjee beritahu korang cara Kjee jimat duit untuk petrol walaupun sabsidi minyak telah diturunkan. Kjee sebenarnya tidak menyangka dapat berjimat sebanyak itu. Rupa-rupanya selama ini, Kjee telah membazir tanpa… Read More
  • CREATIVITY YANG NAKAL Akhir-akhir ini, ramai sangat budak-budak muda yang kreatif. Buat macam-macam video pastu upload kat You Tube dan jadi tontonan ratusan ribu orang. Video dalam bentuk parodi. Benda ni dah lama berlaku. Cuma Kjee tak … Read More
  • CARA MENGELAK ZINA? PETALING JAYA: Di Malaysia, dari segi undang-undang, kanak-kanak perempuan di bawah umur 16 tahun tidak boleh memandu atau membeli rokok.Mereka juga tidak boleh menonton filem tertentu atau pergi ke kelab malam. Te… Read More

3 comments:

  1. seram tengok.. semoga mereka dijauhkan dari perkara yg tidak diingini..

    ReplyDelete
  2. Salam kak jee.sy jgk tinggal d kwsan puncak setiawangsa. Utk pengetahuan semua, rmh yg runtuh ialah rmh Maulana.Rumah beliau di jdkan tmpt utk mnuntut ilmu agama. Tp yg sedihnya, ramai yg ckp padan muka la, myombong la mcm2 yg diorg kutuk hanya sb rmh vvip parti kerajaan terlibat. Helllloooo..situ bkn rmh parti kerajaan sj, ada jgk dr parti pmbangkang malah bekas pengerusi msjid pn ada. Masyaallah...zaman skrg org lebih suka /happy mlihat org di timpa musibah .

    ReplyDelete
  3. subhanallah..... setiap satu kejadian hanya Allah Yang Mengetahui, Allah yang menentukan setiap kejadian dan rahmat di sebaliknya..... semuga kita mendapat perlindungannYA...

    ReplyDelete