Tuesday, February 12, 2013

NASI AYAM HAINAN DAN TAUGE STIR FRY


Kjee plan nak masak Nasi Ayam sejak minggu lepas tapi setiap kali UnclePali ke tempat sembelih ayam kat Kuang, ayam habis. Nak beli ayam di supermarket dah tak lalu sejak beli ayam baru sembelih.

Pagi tadi, selepas breakfast, kami terus singgah di kedai jual ayam baru sembelih di Kundang. Nasib baik ada lagi. Pagi ni ayam mahal sikit. Seekor RM16. Kecik jer. Biasanya dalam lingkungan RM10-12 jer. Musim perayaan. Peniaga amik kesempatan kot. Wallahualam.

Ayam yang sudah dibuang kulit oleh pekedai, Nadia perap kira-kira setengah jam dengan black pepper, garam dan madu. Kemudian dia bungkus dalam foil dan bakar dalam oven suhu 190 darjah selama 1 jam. Selepas itu, Nadia keluarkan dari foil, sapu dengan butter dan bakar lagi selama 20 minit.

Untuk nasi nya Kjee guna beras Faizah Herba Ponni. Sukatan airnya 1 pot beras dan 3 pot air. Beras lain ikut sukatan air yang biasa korang buat.

Untuk resipi Nasi Ayam Hainan ni, sila klik sini. Ini resipi arwah bonda.





Kjee jugak buat stir fry tauge dengan hirisan carrot. Simple jer resipinya. Ketuk bawang putih dan tumis hingga garing. Kemudian masukkan hirisan carrot. Goreng hingga separuh masak. Kemudian masukkan tauge dan gaul hingga rata. Titiskan sedikit minyak bijan dan kicap cair atau nampla sehingga cukup rasa. Padam api. Tidak perlu masak terlalu lama. Cukuplah separuh masak jer tauge tu.




Related Posts:

  • AYAM VARUVAL DIRENDANG TANPA SANTAN Dalam banyak-banyak Indian Foods, ini yang paling kerap Kjee order kalau makan Nasi Daun Pisang. Memang kena dengan selera sebab ia seakan Rendang kita tapi terasa rempah dan bukan santan yang berlebihan. Mal… Read More
  • CHICKEN POT PIE YANG MUDAH Kjee suka makan bende-bende camni. Malangnya, housemates Kjee yang lain tak berapa suka. So, tiap kali buat, kena bedal sowang-sowang. What to do. Huhuhu. Heran camner dia orang boleh tak suka. Actually bukanlah tak… Read More
  • TAUFOO LEMBUT KUKUS BERINTI AYAM DAN CENDAWAN Ini kali pertama Kjee buat Taufoo lembut yang dalam kotak tu, kukus kemudian dibubuh inti. Idea datang masa Kjee bukak pantry dan jumpa cendawan shitake kering. Bukak freezer pulak nampak isi ayam yang telah dicinc… Read More
  • UBAH SELERA BERBUKA DENGAN SUP KWAY TEOW Kjee memang susah nak makan nasi, di hari biasa. Selalunya, ratah lauk sahaja. Kalau makan nasi pun, hanya satu seduk atau dua tiga suap sahaja. Tetapi apabila tiba bulan Ramadhan, macam dah tak boleh elak… Read More
  • AYAM SICHUAN MUDAH DAN PANTAS DISEDIAKAN Seringkali di bulan Puasa, ibu-ibu yang bekerja di pejabat akan risau tidak cukup masa untuk sediakan juadah berbuka puasa. Maklumlah, pejabat Kerajaan benarkan pekerja balik kul 4 petang. Eh sekarang masih 4 … Read More

4 comments:

  1. mahalnya ayam seekor RM 16...tapi demi resepi nasi ayam hainan nie memang nampak sedap kak Jee buat...marveles...

    ReplyDelete
  2. kakG sedapnya, meleleh dh ayaq liuq cek ni. nasib baik jauh kalau dekat cek dh terjah umah kakG tak kira la walaupun tak diundang. Saya memang penggemar nasi ayam... tengok nasi ayam kakG plak kan.....ketaq lutut dh pagi2 ni..... mana nak cari nasi ayam cam ni la ni...waaaaaaa

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nampak nasi ayam kjee.. saya pun sama gak kjee.. ayam kt pasaraya tu mmg dah tak lalu.. ayam baru sembelih jugak sedap dan fresh.. tiada bau bauan yg kurang enak.

    ReplyDelete
  4. alamak...seksinya nasi ayam tu Kak Jee

    ReplyDelete