Tuesday, May 13, 2014

SAJIAN PETANG KARIPAP SARDIN






Inilah kerja Kjee apabila kebosanan melanda. Bukan Kjee makan tapi buat stok untuk minum petang. Buat banyak-banyak dan simpan dalam peti ais. Senang kalau ada tetamu datang mengejut.

Mujur beberapa hari lepas Kjee buat stok karipap sardin. Pagi tadi Kjee goreng banyak-banyak buat bekal MIL dan konvoi yang menghantar beliau ke airport untuk ke Tanah Suci.

Karipap adalah antara kuih muih tradisional Melayu yang sangat digemari keluarga Kjee. Biasanya arwah bonda buat karipap daging atau ayam. She makes the best currypuffs in the world. Suka sangat inti karipap dia yang sampai sekarang Kjee tak pernah rasa orang lain buat!

Malangnya, Kjee tak sempat nak belajar buat karipap dari arwah mak. Semuanya kerana tiap kali beritahu dia nak makan karipap, ianya pasti sudah tersedia di meja. Alhamdullilah Kjee dapat follow jejak langkah arwah Mak. Bukanlah karipap yang Kjee buat tu sedap tapi apabila suami atau anak sebut sahaja nak makan, sepantas kilat Kjee cuba adakan, sekiranya sihat.

Nak tahu macam mana cara Kjee buat karipap, sila intai di SINI.

Kalau dulu-dulu Kjee buat karipap untuk disimpan beku, Kjee goreng separuh masak, sekarang Kjee dah tak buat camtu lagi. Boleh tengok SINI pulak kalau nak tahu cara yang mudah dan rasanya segar apabila digoreng selepas dibekukan. Rasanya kurang segar jika digoreng dulu separuh masak dan disimpan beku.




Related Posts:

  • BUBUR PUTERI MENYOROK  Puteri mana pulak menyorok ni? Macam2lah Kjee ni kan? Sebenarnya tekak Kjee teringin nak makan bubur butir nangka. Tapi kali ni Kjee nak buat kelainan sikit. Dapat ilham nak bubuh pes kacang merah yang Kjee beli dul… Read More
  • KARIPAP AYAM + KENTANGKekadang Kjee rasa mood Kjee ni ikut cuaca. Kalau cuaca panas, jadi ceria. Kalau mendung, alamat nak bersembang dengan suami dan anak pun malas. Kjee rasa perangai Kjee ni tak luar biasa. Mood semua orang akan turun apabila … Read More
  • APAM BALIK GITU2 JER belang2 macam kucing kjee si mokmok cam belang ular sawa ada gak. hehehe  Bukan nama apam balik tu gitu2 tapi jadinya gitu2 jer. Nak kata tak jadi, jadi tapi Kjee tak berapa puas hati. Tak per lah kan? Baru first t… Read More
  • 404. Pulut Panggang Versi Kjee  Seumur hidup Kjee tak pernah buat pulut panggang ataupun tengok orang buat. Yang Kjee tahu hanya beli. Tapi hari ni, sebenarnya dah banyak hari, Kjee betul2 teruja nak buat sendiri. Kjee buat versi Kjee. Korang yang p… Read More
  • PLAIN BUTTER CAKE Kjee sebenarnya kurang gemar kek yang canggih2. Tekak orang dolu2 yang suka plain butter cake. Kek ni Kjee buat malam Raya hari tu. Oleh kerana semput, tak sempat nak masukkan resipi. Tapi Better Late Than Never! Kalau ada … Read More

2 comments:

  1. Wow karipap sardin my favourite delicious..Terbaik Kak kasi lapar petang2 ni

    ReplyDelete
  2. Sedapnya thank u for sharing... Rasa mcm nak terkam handphone screen ambik sebjik or two

    ReplyDelete