Monday, December 21, 2015

KEK COKELAT TANPA TELOR YANG LEMBAB









Last Friday tetiba Nadia call dari office.

"Mama nak makan Choc cake yang tak ada telor tu? Nadia buat Sunday ya."

Tetiba jer kan? Nadia tak suka chocolate. Tak suka aiskrim dan tak suka apa jua jenis cake. Makan hanya sekali sekali. Itu yang Kjee pelik dia nak buatkan untuk Kjee. Mungkin dia nampak cake tu kat mana-mana terus teringat Mama dia. Hehehe.

Memang pelik bila Kjee mula-mula tengok resipi Eggless Choc Cake. Viral kat FB beberapa tahun lalu. Kek tak letak telor? Seumur hidup makan kek mesti ada telor kan? Tapi bila dah rasa, tak pelik dah. In fact, sedap.









Cuma pelik sekarang ada kek tanpa tepung! Pelik bin ajaib. Kalau tak letak tepung, camner kek tu dipanggil kek! Rupa-rupanya tak letak tepung gandum tapi letaklah ler tepung-tepung lain macam tepung jagung, tepung ubi, tepung suji (semolina). Buat akak terkezutttt jer kan? Hehehe.

Anyway, kek yang Nadia buat dulu letak minyak Zaiton atau Olive Oil. Semalam dia buat guna minyak jagung. Itu resipi yang asal. Pasti sangat-sangat sihat sebab tak ada telor dan guna minyak elok.

Pagi tadi Kjee bekalkan Nadia bawak gi office. Sikit jer sebab dia bukannya makan sangat. So lebihnya Mama punya lah. Hehehe.

Kjee rasa kek yang Nadia buat kali ni, cukup lembab. Very moist. Dan begitu terserlah keenakan dan kepahitan cokelat. Kjee memang suka cokelat yang pahit. Malah, dulu Nadia memang selalu belikan Bitter Dark Choc untuk Kjee kalau dia gi KLCC atau kat Duty Free Shops.

Okaylah korang intai resipi Kek Tanpa Telor kat SINI ya. Kjee tengah enjoy kek yang Nadia buat. Tak risau makan sebab Nadia kurangkan sikit manisnya. Tapi korang kalau nak buat, ikut ajelah resipi yang kat situ.

Ohh baru call Nadia. Kali ni dia letak choc chips seperti dalam resipi. Patutlah sedap. Hehehe.









Related Posts:

  • 269. Kek Choc Tanpa Telor Wah best betullah kek cokelat tanpa telor ni. Mula2 Kjee was2 gak nak buat cos mana ada orang buat kek tanpa telor di zaman Kjee dulu. Hebatnya orang sekarang yer. Kebetulan Isnin (esok) birthday Unclepali. Dia memang ha… Read More
  • CONGO BARS YANG ENAK BANGET... Masa pergi makan di Restoran Sambal Hijau, Kampung Sungai Pencala aritu, UnclePali tengah beratur nak bayar. Kjee berdiri berhampiran. Dia belek-belek satu peket kek. Tunjuk Kjee. Congo Bars. RM12. Unc… Read More
  • SUPER DUPER CAKES DARI SHIELA Kehebatan rasa kek yang dihasilkan oleh Shiela (blogger femes Spices Journey) memang tidak perlu dipertikaikan. Semua kek yang dihasilkannya mempunyai rasa yang tersendiri. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari jenis ter… Read More
  • KEK COKELAT TANPA TELOR YANG LEMBAB Last Friday tetiba Nadia call dari office. "Mama nak makan Choc cake yang tak ada telor tu? Nadia buat Sunday ya." Tetiba jer kan? Nadia tak suka chocolate. Tak suka aiskrim dan tak suka apa jua jenis cake. Maka… Read More
  • BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT Nadia nak buat Butter Cake tapi dia takut. Takut tak menjadi. Buang masa aje dia kata. Lagi pun Mama tengah tak sihat, so siapa nak tolong dia? Well, itu bukan alasan. So sambil Kjee duduk istirehat, Kjee suruh di… Read More

0 comments:

Post a Comment