Wednesday, June 22, 2016

BUBUR KACANG MERAH SUSU CAIR










Ini antara bubur yang Kjee suka. Mudah sangat menyediakannya. Rasanya cukup nyaman terutama sekali kalau disejukkan dalam peti ais,  sebelum menghidangnya.

Kjee pernah buat guna kacang merah yang kecil (macam kacang hijau) dengan yang agak lebar sedikit atau broad red beans. Pilihan Kjee ialah jenis yang kecil. Kacang merah yang sama yang digunakan mereka untuk membuat inti kuih pau atau diletak dalam ais kacang.

Walaupun menggunakan Pressure Cooker (Periuk Tekanan), namun Kjee tetap merendamnya sejam dua sebelum merebusnya. Kalau tidak menggunakan periuk tekanan, mungkin mengambil masa dua atau tiga jam untuk merebus. Air sentiasa ditambah sekiranya kering. Tetapi dengan periuk tekanan hanya mengambil masa kurang dari setengah jam.

Kacang itu dianggap sudah boleh dijadikan bubur sekiranya dilenyek dan ia didapati halus. Ketika itulah boleh ditambah gula dan sedikit garam, mengikut citarasa.

Sejukkan di suhu bilik. Kemudian masukkan dalam peti ais. Ketika hendak menghidang, curahkan susu cair (evaporated milk).








Related Posts:

  • TOFU LEMBUT PENUH PROTEIN DAN LAZAT! Tadi tengok Kyllie Kwong kat TLC Astro,  buat steamed soft tofu. Tetiba kecur lak. Hah dapat idea nak buat steamed tofo versi Kjee untuk berbuka puasa. Lama dah tak makan. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050c… Read More
  • KAILAN IKAN MASIN STIR FRY Ini hasil tanam sendiri Hari tu Kjee dapat emel dari seorang pembaca yang tanya macam mana nak masak sayur Kailan Ikan Masin. Dah lama Kjee tak masak kat rumah. Selalu kalau kami makan di restoran Tomyam, Nadia mesti orde… Read More
  • Taufoo Jepun Lembut Kukus Yang lembut tu taufoo tau bukan orang Jepun. Jangan lak baca...taufoo si Jepun lembut. Marah nanti dia orang kan? Hehehe gurau jer sekali sekala. Ini salah satu makanan yang cukup elok untuk yang nak diet. High in protein… Read More
  • BONDA SUKA BUBUR LAMBUK KJEE!!! Bonda mertua Kjee cukup cerewet bab makan. Kjee seram apabila dia berkunjung ke rumah Kjee. Takut apa yang Kjee hidang tidak menepati seleranya. Selalunya apabila balik kampung, beliau sahaja yang masak. Kjee tukang mak… Read More
  • KWAY TEOW KERANG AIR TANGAN NADIA Kjee last meniaga dulu 27 Disember 2009. Itulah kali terakhir Nadia buat Penang Fried Kway Teow. Tadi, sekali lagi Nadia memasaknya atas permintaan Kjee yang teringin sangat nak makan. Memang banyak dijual di tempat lain, ta… Read More

0 comments:

Post a Comment