Friday, July 7, 2017

BUBUR LAMBUK 'BERLAUK'






              Semalam Kjee dapat rezeki Bubur Lambuk Kampung Baru dari seorang rakan, Sharif Sauji. Bubur lambuk ini resipi turun temurun ayahnya, Allahyarham Haji Sauji. Kalau orang Kampung Baru yang jual bubur lambuk ini, pasti rasanya sama seperti yang diagih-agihkan oleh Mesjid Jamek Kampung Baru setiap Ramadhan. Ini adalah kerana, orang lama seperti Haji Sauji yang sama-sama tungkus lumus bantu memasak bubur itu dulu. Dan resipinya tidak kemana.

              Tetapi Kjee rasa mesti korang pelik tengok Bubur Lambuk dalam foto diatas. Tak sama macam beli. Memanglah tak sama sebab Kjee dah tokok tambah. Apabila ditokok tambah, laju sajalah makan kan? Hehehe. (Actually kalau tak tambah lauk pun tak apa sebab dalam bubur lambuk tu dah ada pelbagai rempah dan juga daging).

               Oleh kerana dalam peti ais ada telor asin yang telah siap direbus, maka Kjee keluarkan kuningnya dan carik-carik, susun atas bubur yang telah diletak dalam mangkuk. Kjee tak guna yang bahagian putihnya sebab kali ini buat terjadi tersangat masin.

               Tak cukup dengan itu, Kjee tambah pulak dengan ikan bilis goreng garing sama hirisan bawang putih yang juga digorang garing. Enak banget!

               Lauk ikan bilis itu memang wajib Kjee buat kalau makan dengan bubur nasi. Kali ini Kjee guna ikan bilis halus mata biru. Goreng garing-garing macam keropok dan tepikan. Sebelum itu digoreng garing dulu hirisan bawang putih. Bila dah kruk-kruk, tepikan. Dan untuk extra umphhh, goreng pulak cili padi dan apabila semua sudah sejuk baru dicampur. Boleh simpan dalam bekas kudap udara. Buat ratah pun sedap!

               Maka itulah kejadian semalam. Satu mangkuk Kjee makan untuk lunch dan satu lagi untuk dinner.

               Terima kasih Sharif Sahoji. Dia ini meniaga sepanjang masa di depan mesjid Kampung Baru. Yang ada kanopi hijau tu. Kalau nak tempah boleh jer call dia seperti nombor tertera di bawah ni. Sharif juga terima tempahan untuk sebarang majlis sekitar Lembah Kelang.



             



Kalau nak Bubur Lambuk Special versi Kjee, sila klik SINI.

Related Posts:

  • KJEE TERIMA SUMBANGAN 2-JUTA POUNDS!!! ehsan google Akhirnya, doa Kjee dimakbulkan. Kjee berdoa kalau Kjee banyak duit, Kjee akan salurkan sebahagian besar daripadanya kepada mereka yang memerlukan. Kjee tak perlu banyak sangat duit. Memadailah cukup makan, cuk… Read More
  • KUCH KUCH HOTA HAI MASIH ADA PEMINAT ehsan mStar Hari itu, buat kesekian kalinya, Kjee gagal untuk menonton filem Kuch Kuch Hota Hai di TV3. Masa Kjee dalam perjalanan pulang dalam kereta, Kjee layanlah FB guna my tab. Tetiba kat news feed ada seorang fren … Read More
  • APA DAH JADI DENGAN PELAKON LULUSAN PONDOK NI!!!Kjee tak tahu pun pelakon baru yang Kjee minat ni, bekas pelajar sebuah Tahfiz di Indonesia! Terkejut beb sebab sejak dua menjak ni kan, ramai sangat artis - pelakon dan penyanyi - dah mula pakai kepiah dan yang wanita bertud… Read More
  • HAPPY BELATED BIRTHDAY ERRA FAZIRASweet kan birthday cake Erra Fazira ni? Gambar ni kiriman seorang peminatnya melalui emel. Birthday Erra yang ke-38 pada  pada 9 Februari, sehari sebelum birthday my princess. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f005… Read More
  • UCAPAN TERIMA KASIH HARUS DI HUJUNG BIBIR Dari kecik lagi arwah Bonda dah didik kami budaya ucapkan terima kasih. Waiimah tangan kanan kita menerima hadiah atau dihulurkan sekecil manapun barang, mesti diikuti dengan kata2 terima kasih. Budaya ini Kjee telah turun… Read More

2 comments:

  1. bulan puasa tu brape kali dpt bubur lambuk tp tak menepati citarasa

    ReplyDelete
  2. tetiba terliur plak tengok bubur lambuk ni.. eheee

    ReplyDelete