Friday, January 1, 2021

REZEKI PERTAMA 2021


     Sambil makan Penang Fried Kway Teow airtangan UnclePali tadi, Kjee kata. "Rasanya Penang Fried Kway Teow ini is the only one in Malaysia orang buat untuk breakfast pagi ini." My other half senyum.
      Selepas Subuh tadi, Kjee telah ke dapur siapkan bahan-bahan. Terkejut UnclePali tengok bahan-bahan. Nampak aje dia dah tahu Kjee nak makan apa. Hehehe.
      Lantak ler kalau orang lain makan Nasi Lemak, Nasi Dagang ke atau Roti Jala. Yang penting, kita makan apa yang kita suka kan! Mujur tadi Kjee tak buat Laksa Johor. 😄
      

     Ini jer bahan-bahan yang Kjee sediakan tadi. Semua bahan dah beli semalam. Ingatkan nak buat dinner tetapi tengok asben kita macam keletihan, tak jadi buat. Kalau tak bagi dia masak, nanti merajuk.
     Ok nak tahu cara membuat, klik SINI ya. Cuba jangan tak cuba. 

1 comment:

  1. wah sedap apa pagi-pagi sarapan char kway tiow. Saya suka kalau taugeh banyak dan rangup. Krup krap. Yummy. Apa beza char kway tiow biasa dengan penang char kway tiow.

    ReplyDelete