Friday, January 22, 2021

SENGKUANG CALIT


      Tiga hari lepas masa ikut UP keluar, Kjee ternampak ada gerai baru sepelaung jer dari rumah. Kat poster tertera 'Best Sengkuang Calit in KL'. Oleh kerana kereta kami dah terlajak agak jauh, masa balik Kjee suruh UP singgah. Nak support anak muda niaga. 
      Sampai depan gerai tu, Kjee turunkan cermin tingkap kereta. Camner jual? "Tiga ringgit sekeping acik". Kjee pandang UP. Kita terai satu jer lah. Dalam hati, mahalnya! Tetapi sampai rumah, sekejap aje licin. Mujur sedap. 
      Then Kjee terfikir nak buat sos sendiri. Kjee ada resipi Tahu Bakar yang sangat awesome masa niaga dulu. KLIK SINI. 
Bahan2 semua ada di rumah kecuali Sengkuang. Boleh guna sos tu untuk calit atas Sengkuang. 

       Tetapi apabila Kjee sembang-sembang dengan UP, dia kata : "Alahai buat apa nyusahkan badan. Beli aje kuah rojak Mak Bee." Fuyooo UP ni sejak dua menjak ni terer fikir. 
      So tolak tepi plan nak sos sendiri. Maaf frens yang nak tumpang suruh buatkan. Insya Allah nanti kalau buat, boleh pass kat korang. 

      So tadi, Kjee keluarkan dua biji Sengkuang yang UP beli. Tak besar sangat. Besar penumbuk orang Jantan. 😁
Tetapi dua biji rm2. Tadi Kjee potong2 sebiji pun kenyang kami makan berdua. 
      Kacang tanah Kjee sangai atau goreng tanpa minyak. Dah elok masak, dibuang kulit kemudian tumbuk. Jangan halus sangat. 
      Calitkan kuah rojak Mak Bee atas sengkuang yang telah dibuang kulit dan hiris. Tabur kacang. Hmmmm sedap gua cakap lu. 😋🤭




Related Posts:

  • TAHU BAKAR SOS PEDASkjee dah kata hari tu kalau otak dah beku tak tahu apa nak tulis atau kalau sibuk buat skrip, kjee akan masukkan entry resipi. kali ni, kjee nak bagi korang terliur dengan resipi tahu bakar. ini antara makanan favorite kjee.… Read More
  • MASALODEH YANG RANGGUP Buat sikit jer hari ni untuk breakfast. Sorang 3 biji. Tapi bahan-bahannya Kjee buat lebih, simpan dalam fridge. Lepas Maghrib nanti goreng lagi untuk kunyah2 tengok final Pesta Bola Merdeka… Read More
  • 136. Vadey/masalodehpening fikir nak buat apa untuk breakfast pagi esok? hah kalau ada kacang dhal, baik cepat2 pergi rendam. nanti bolehlah buat vadey atau masalodeh. anak2 kan tak sekolah, suruh dia orang joint venture tolong. tak susah langs… Read More
  • PANCAKES UNCLEPALI YANG ENAK Hari ini Kjee tak berapa sihat. Bukan hari ni sebenarnya. Dah dua tiga hari tapi Kjee cuba lawan gak. Tak tau kenapa...badan rasa lemah sangat...bila jalan rasa cam nak rebah. Anyway, Kjee gagahkan jugaklah. Kalau asik dib… Read More
  • omelete kacang panjangsudah lama betul tak buat telor dadar kacang panjang ini atau omelete kacang panjang. dulu kjee pernah makan kat satu restoren dibawah pejabat kat Taman Setiawangsa. Suaminya orang Melayu dan isterinya nyonya Singapura. na… Read More

2 comments:

  1. Oh boleh layan dengan rojak Mak bee. Selalu dengan buah-buahan je. Lain kali nak cuba lah.

    ReplyDelete