Saturday, September 11, 2021

GINGER CHICKEN


      Kalau ada lebih daun bawang, Kjee mesti buat lauk Chicken Ginger. Especially kalau ada young ginger. Kjee buat baru2 ini sebab  UnclePali tuai Halia Bentong di laman sekangkang meow kami. 
      Kjee diberitahu oleh seorang kawan berbangsa Cina, yang halia dari Bentong sangat tinggi khasiat berbanding halia yang diimport dari negara China. Rasanya lebih pedas. Untuk kesihatan. 
      So sekarang Kjee hanya guna Halia Bentong untuk apa jua masakan. Harganya mahal sedikit. Sekilo lebih kurang rm25. UP selalu order kat Shopee sejak tak boleh pergi ke Bukit Tinggi, Bentong. 
      Aritu Kjee nampak tunas pada halia yang sampai. Apa lagi kan, terus suruh UP tanam. Ada orang kata tak akan menjadi sebab hanya tanah kat Bentong sesuai untuk tanam halia jenis itu. 
      Tarrraaa lebih kurang 6 bulan dicucuk di laman kami, UP pun cabut setelah pokok halia yang dia tanam dah mati. Lihatlah kawan-kawan, hasilnya. 👇👇


      Kjee agak skeptical. Maklum teringat orang kata tak menjadi. Kjee cium sedikit. Ewah sebijiklah bau Halia Bentong!!! 
      Oleh kerana halia tu agak muda, Kjee pun terus decide buat Ginger Chicken. Kebetulan ada daun bawang yang segar bugar. Beli kat Hero Market. Tanpa daun Bawang, Kjee tak akan buat Ginger Chicken. Macam tak cukup syarat. 
      Kali ini Kjee buat cara mudah aje. Ayam dibuang tulang (debone) dan potong bite size. Dapatlah dalam satu mangkuk kecik. Kemudian hiris halia. Ketuk tiga ulas bawang putih. 
      Untuk sosnya bubuh lebih kurang dua sudu makan sos tiram dalam mangkuk. Campur dengan tiga sudu air. Kalau ada minyak bijan, masukkan satu sudu kecik. Letak juga satu sudu kecik lada hitam kisar. Campur rata. Tepikan. 
      Bancuh satu sudu kecik tepung jagung bersama tiga sudu kecik air. Kacau sampai rata. Tepikan. Daun Bawang dipotong-potong, 1-2 inci. 
      Panas minyak. Goreng halia sehingga garing. Masukkan bawang putih. Dah garing bawang putih, masukkan ayam. Masak sehingga ayam kecut. Kemudian dituangkan sos tadi. Kacau sehingga semua ayam bersalut sos. 
      Apabila kuah sos tiram itu sudah sebati dengan ayam, tuang air tepung jagung tadi. Api dibesarkan. Biarkan pekat satu dua minit, campakkan daun bawang. Golek-golek. Oyster sauce yang Kjee guna dah cukup masin. If korang nak tambah lagi boleh letak kicap cair atau fish sauce. Kemudian padam api dan terus hidang. 
       Satu lagi resipi hampir sama klik SINI. 

      
      



      

0 comments:

Post a Comment