Sunday, September 19, 2021

GULAI LEMAK LEMAK TELOR


      Lauk ini is a first time for me. Tak pernah buat selama ini. My husband's fav kalau makan kat restoran Minang. Ahhh UnclePali apa sahaja lauk telor dia suka. So Kjee buatlah dia for him.
      Masa nak masak, terfikir macam mana nak kasi perisa (rasa umami) sebab tak letak ayam, udang dan sewaktu. So Kjee letaklah setengah kiub ayam. Letak kiub yang cukup rasa tu pun ok. 
      Untuk 6 biji telor rebus, bahan2 yang perlu ditumbuk atau kisar ialah sebiji cili merah, 6 biji cili padi (kalau tak pedas kurangkan), tiga biji bawang merah, seulas bawang putih, dua biji buah keras, satu inci lengkuas dan satu inci kunyit hidup. Juga satu batang serai diketuk. 
      Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga garing. Diaramas-ramas dua helai daun limau purut. Campak dalam periuk. 
      Kemudian masukkan satu kotak kecil santan dan air satu kotak yang sama. Didihkan perlahan. Kemudian masukkan telor rebus. And then Kjee teringat ada tahu dalam peti ais. Cepat2 goreng dan belah dua cara tiga segi. Masukkan dalam periuk. 
      Letaklah perasa. Kalau tak ada kiub ayam, boleh letak msg. UP kata tumbuk sikit bilis, masukkan pun ok. Kita yang buat dia. 
      Siap! Hidang dengan nasi panas. 


      

Related Posts:

  • ASAM PEDAS BAWAL HITAM TERUNG DAYAK SARAWAK innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_zone = "22908"; innity_country = "MY"; Kalau beli ikan bawal hitam, Kjee selalu masak kari ataupun masak kicap. Tapi kali ni, tak tahu kenapa Kjee masak… Read More
  • ASAM TUMIS IKAN DENGAN TERUNG DAYAK Akhirnya setelah lebih 20 tahun, dapatlah jugak Kjee merasa lauk Asam rebus yang diletak Terung Asam atau Terung Dayak kata orang Sarawak. Ehsan Ct Zarith. Terima kasih banyak-banyak Ct. Akan Kjee kenang sam… Read More
  • TERUNG BERLADO YANG UMPPPPHHHH Kalau Kjee ke restoran yang menjual makanan ala carte seperti Group Base, Mohd Chan Muslim Food atau De Templar, lauk ini is a must order! Kami tiga beranak suka sangat dan Kjee serta Nadia boleh ratah sampai kenyang. … Read More
  • LEMAK IKAN TALANG STAIL NISMILAN Wah gambar ni diambik pada tahun 2013...post pada tahun 2014. Yezza entri masakan pertama di tahun 2014. Lauk yang Kjee pasti kesukaan ramai. Kjee jarang-jarang buat masak lemak stail Nismilan untuk ikan Talang. Selal… Read More
  • RENDANG AYAM KELANTAN FAVORITE KAMI Kalau teringin nak makan rendang ayam, wajib buat Rendang Ayam Kelantan. Kalau tidak, bising anak dara Kjee. Hari ni Kjee buat untuk kawan Kjee, Angel Wong dan familinya yang akan sambut Christmas esok. Kalau beri … Read More

0 comments:

Post a Comment