Friday, January 28, 2022

JEMPUT-JEMPUT SUSU MANIS


      Malas bebenor nak masuk dapur pagi ini. Rasa macam oksigen tak sampai ke otak. So Kjee segera sedut Vicks Inhaler. Dah ok sikit ke dapur.
      Kjee terfikir Jemput-jemput Manis kerana ia paling senang dan cepat disediakan. Bahan2 cuma tepung, gula dan air panas. Tetapi kali ini Kjee cuba lah letak susu manis. Insya Allah boleh rasanya.
      Yang diperlukan cuma satu cawan tepung gandum, satu cawan air panas dan lebih kurang tiga sudu makan susu manis. Kjee didihkan air satu cawan. Letak susu manis, kacau2 guna garfu hingga jadi doh. Kalau lembik sangat tambah satu sudu tepung.
      Panaskan minyak. Amik sejemput adunan, letak perlahan-lahan dalam minyak. Kemudian terbalik perlahan-lahan sampai warna keemasan. Tos atas tisu dapur.
      Kenapa digelar Jemput-jemput? Sebab amik sejemput-sejemput dan masuk dalam minyak panas. Kalo ada nak extra manis, letaklah gula. Tapi awas kencing manis. 😓
       Dulu Kjee pernah buat letak labu. Klik SINI.

1 comment:

  1. Sesekali tkr selera letak susu manis plk kan kak jee..
    Apapun, take care kak jee.. 🤩

    ReplyDelete