Thursday, May 25, 2023

AYAM GORENG BAWANG PUTIH


        Dah tiga hari Kjee tak sihat. Sakit2 di sendi2. Tangan kanan susah nak angkat. Tak tau lah Arthritis ke, Frozen Shoulders ke... 
        So dah tiga hari suami kita masak atau beli makanan. Tetapi hari ini, Kjee kesian nak suruh UnclePali keluar dalam cuaca panas, untuk beli makanan. 
        Kjee tanya boleh tolong masakkan Bihun Goreng bodow jer. Mana pernah UnclePali menolak. Dia nak goreng ayam perap bawang putih. Resipi dia nampak kat FB katanya. 
         Jadi dia perap ayam dulu. Dua drumstick dan dua kepak dengan kunyit dan garam. Ketuk2 lebih kurang 6 ulas bawang putih dan di gaul sama ayam. Perap dalam fridge selama sejam.
        Kemudian dia goreng bihun. Panaskan ibu sambal sambal tumis beku. Lepas dia letak sedikit ayam yang dipotong halus. Ayam dah masak dia letak sedikit sos tiram. Gaul2 dan masukkan Kobis. Pastu masuk bihun. Dah masak, tepikan.
         Ayam digoreng. Apabila bawang putih dah nampak garing, keluarkan. Sambung goreng ayam sampai masak dan garing. Makan dengan bihun. 
         Sedapnya goreng ayam camtu. Tapi kena makan panas2 tau. 
         Lain kali goreng ayam akan ikut resipi ini. Tq yang baik hati post resipi itu kat page Rasa kot. 
         Cara masak bihun goreng bukan bodow klik SINI. 

Related Posts:

  • KARI AYAM + KENTANG  Musim hujan ni elok makan kari. Kena pulak kalau ada ikan kering atau ikan pekasam plus ulam2an dan sambal belacan. Lagi tak hengat kan masa makan? innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "WOMEN… Read More
  • KARI AYAM KERING ALA RENDANG  Kali ini Kjee nak kongsi bersama korang semua kari ayam kering ala rendang. Kari ini sedap sangat kalau makan dengan pulut, lempeng, ubi rebus, nasi impit, lemang, pulut kuning, capati, roti canai ataupun dengan nasi. … Read More
  • AYAM KAPRAU DAUN SELASIH Tak serik2 kan? Dua hari berturut2 buat menu sama tapi kali ni Kjee guna ayam. Bukannya apa..semalam ada fren tanya samada boleh guna ayam. So Kjee pun test lah sendiri kan? Kalau tak test, camner nak bagitau dengan korang… Read More
  • STEAK ITIK DENGAN SOS OREN  Teringin sangat nak makan hasil air tangan sendiri. Sejak dua hari lepas asyik google kat internet untuk resipi. Bagaimanapun, Kjee agak kecewa kerana 90% resipi steak itik omputih guna arak. Nasib baiklah ada satu res… Read More
  • 112. chicken mushroom pot pielepas baca entry bantal bucuk sampai tergolek, kjee bagi resipi lak. chicken mushroom pot pie with brown sauce. nak cepat ni sebab nak masak lunch. tapi sotong baru jer rendam sebab leka blogging dan layan FB. tapi tadi kjee … Read More

2 comments:

  1. Hritu lin grg ayam guna serai & daun kari mcm yg UP buat dgn udang.. sdp kak jee.. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Pas ni terai pulak ayam goreng bawang putih ni. Sedap sgt tau kalau dikunyah bawang putih yg garing tu.

      Delete