Sunday, May 28, 2023

OTAK-OTAK UDANG NYONYA


         Cuak jugak nak letak nama Otak2 Udang untuk lauk ini. Maklumlah kalau sebut Otak Udang, ada yang ingat petis. Tapi ia tak ada kena mengena dengan petis. Rasanya jauh lagi sedap.
         Apabila Kjee tak sihat kenapalah muncul makanan yang susah nak cari. So nak tak nak, terpaksa masak sendiri. 
         Pagi tadi Kjee cerita kat UnclePali. Dia tanya susah ke bahan2nya. Kjee kata taklah. Semua ada dlm rumah kecuali bunga kantan dan daun Kaduk. Tetapi kat kawasan perumahan kami memang banyak tumbuh daun Kaduk di tepi jalan. 
         So apadehal kata UnclePali. Balik dari sarapan, semua bahan sudah terkumpul diatas meja di dapur.


         Since UP pergi Hero tadi, ikan Tenggiri tak ada maka Kjee decide guna udang dalam freezer. 
          Kul sebelas tadi, Kjee slow2 ke dapur. Tetiba UP muncul. Serah nyawalah tu. So semua kerja2 yang berat dia yang buat especially bab tumbuk menumbuk. 
         Resipi penuh korang intai SINI ya. 


        Diatas ini ☝️bahan2 yang sudah dicampur dan bakal dibungkus. 

         Kemudian daun pisang di layur atas api seketika supaya lembut untuk dilipat. Susun beberapa helai daun kaduk atas daun pisang dan dituang kan perlahan-lahan satu atau dua senduk adunan ☝️. Lipat. Ulang sampai habis. 


         Panaskan air dalam kukusan. Susun bungkusan tadi elok2. Pastu dikukus selama 30 minit. 


         Maka itulah ☝️ kejadian tadi. Dapat 7 ketoi. Kjee baru makan satu, UP dah masuk ke bungkusan kedua. Sapalah yang ajar dia makan. Kalau dia tak suka, dapatlah Kjee bedal sowang2. Hehehe.
         Selamat mencuba. 










Related Posts:

  • DAGING GORENG MUDAH Memang dah jadi kebiasaan, kalau dapat sedekah daging Korban, Kjee akan goreng. Hiris nipis-nipis, kasi garam dan kunyit, perap seketika dan goreng. Ikut sukalah nak goreng garing-garing atau sebaliknya. Kemudia… Read More
  • AYAM STIR FRY ALA SZECHUAN Lama nyer Kjee tak buat Szechuan chicken. Ia lauk yang menjadi favorite kami sekeluarga. Szechuan ada lah daerah di Negara China dimana hampir semua penduduknya gemarkan makanan yang pedas. Apa sahaja lauknya past… Read More
  • REBUNG MADU MLCP DENGAN DAGING TETEL Lauk ni memang all time favorite Kjee. Memang ngamlah masukkan daging tetel yang telah direbus lembut sangat-sangat! Kalau ada babat pun, tersangatlah ngam. Kjee terfikir jugak nak letak babat. Tapi bila fikirka… Read More
  • TERUNG KONTOT GORENG BELACAN Ini antara lauk wajib kalau kami pergi makan di Rest Group Base di Sri Damansara. Memang sedap sangat. Portionnya pun agak besar. Order satu pinggan, boleh makan empat orang. Nadia selalu ambil mangkuk polistyren… Read More
  • SIAKAP TIGA RASA Dari kecik lagi Nadia suka sangat Sweet Sour Fish. Kjee selalu buatkan cara arwah Bonda iaitu menyalutkan ikan itu dengan tepung jagung, kemudian digoreng garing. Lepas tu baru dimasukkan dalam sos Sweet Sour. Kjee p… Read More

2 comments: