Sunday, July 16, 2023

RENDANG KACANG NISMILAN


        Kalau ke Restoran Omak Den di Taman Melawati, mesti mata Kjee liar cari Rendang Kacang. Dia orang letak hati dan pedal Ayam.
         Kjee pernah masak lauk ini dulu. Letak hati, pedal dan juga telor kuning ayam gostan. Tetapi Kjee masak tadi letak hati, limpa dan sedikit peparu Lembu Korban. 
          Apabila dah siap masak, Kjee garu kepala apabila foto dalam blog yang Kjee buat dulu lebih mirip masak lemak pedas kuning Nismilan. 🤔
         Untuk resipi Rendang Kacang dibawah ini, sila klik SINI. 


         So Kjee rasa Rendang Kacang yang Kjee masak tadi lebih tepat dipanggil Rendang. Seorang sahabat Kjee beritahu, dia masak letak sedikit kerisik. So I follow lah. 
         Bahan2 yang Kjee guna ialah bawang merah, bawang putih, cili padi (ikut kepedasan suka), sedikit lengkuas dan serai. Semua Kjee kisar kemudian tumis sehingga garing. 
         Dah pecah minyak, letak protein. Kjee guna yang ada iaitu hati, limpa dan peparu. Potong kecik2. Masukkan dalam kuali tadi. Masak sehingga semua protein empuk. Letak santan satu kotak. Perasakan dengan garam dan pak aji kalau guna. Then letak satu asam keping dan satu sudu makan kerisik, kalau ada. 
         Apabila hampir hendak padam api masukkan kacang panjang. Kacau2 sampai mesra. Padam api. Kjee suka kacang tu kruk krak bila makan. Lagipun apabila sudah padam api, kacang itu masih terus 'masak'.
        Itu aje. Kjee suka cara dua2  rendang itu dimasak. 


        

Related Posts:

  • MASAK LEMAK CILI PADI BIASA BIASA JER Tadi pergi pasar dengan tujuan nak beli daging, petai dan telor itik. Plan nak masak lemak cili padi telor itik bubuh belimbing. Tapi puas pusing-pusing, tak nampak orang jual telor. Akhirnya, beli ikan mabung. Kjee … Read More
  • ASAM REBUS DAGING SAMA KENTANG Rupanya macam Asam Pedas tapi ia bukan Asam Pedas. Arwah Bonda kata Asam Rebus. Rasa sikit lebih kurang macam kuah Laksa Utara cuma bahannya bukan ikan tapi daging. Kjee suka sangat Asam Rebus ni terutama… Read More
  • JANTUNG PISANG LEMAK PEDAS DENGAN IKAN KERING Kjee tak pernah buat gulai jantung pisang. Sesekali kalau ada jantung pisang, UnclePali sendiri akan rebus pastu buat sambal belacan. Kalau Kjee makanpun, selalunya, kat kedai. Sejak kecik lagi arwah bonda … Read More
  • HATI DAN PEDAL GORENG KICAP Hari tu masa ronda-ronda dalam pasar Keramat (ronda-ronda?), Kjee ternampak selonggok hati ayam dan pedal di meja orang jual ayam. Entah kenapa sejak dua menjak ni, Kjee kurang minat nak masak lauk ayam. A… Read More
  • KERABU CAKAR AYAM THAI AIRTANGAN ORANG JAWA Dua minggu lepas kami bertiga pergi ke sebuah restoran Thai berhampiran rumah Kjee. Kjee kata restoran Thai dan bukan Kelantan sebab masakannya memang airtangan chef dari Thailand. Dulu-dulu Kjee memang rajin s… Read More

2 comments:

  1. Look great, dah buleh try ni kak gee

    ReplyDelete
  2. Allahu kak jee.. meleleh air liur tgk.. bila la nk buat ni.. 🤩

    ReplyDelete