Sunday, July 16, 2023

RENDANG KACANG NISMILAN


        Kalau ke Restoran Omak Den di Taman Melawati, mesti mata Kjee liar cari Rendang Kacang. Dia orang letak hati dan pedal Ayam.
         Kjee pernah masak lauk ini dulu. Letak hati, pedal dan juga telor kuning ayam gostan. Tetapi Kjee masak tadi letak hati, limpa dan sedikit peparu Lembu Korban. 
          Apabila dah siap masak, Kjee garu kepala apabila foto dalam blog yang Kjee buat dulu lebih mirip masak lemak pedas kuning Nismilan. 🤔
         Untuk resipi Rendang Kacang dibawah ini, sila klik SINI. 


         So Kjee rasa Rendang Kacang yang Kjee masak tadi lebih tepat dipanggil Rendang. Seorang sahabat Kjee beritahu, dia masak letak sedikit kerisik. So I follow lah. 
         Bahan2 yang Kjee guna ialah bawang merah, bawang putih, cili padi (ikut kepedasan suka), sedikit lengkuas dan serai. Semua Kjee kisar kemudian tumis sehingga garing. 
         Dah pecah minyak, letak protein. Kjee guna yang ada iaitu hati, limpa dan peparu. Potong kecik2. Masukkan dalam kuali tadi. Masak sehingga semua protein empuk. Letak santan satu kotak. Perasakan dengan garam dan pak aji kalau guna. Then letak satu asam keping dan satu sudu makan kerisik, kalau ada. 
         Apabila hampir hendak padam api masukkan kacang panjang. Kacau2 sampai mesra. Padam api. Kjee suka kacang tu kruk krak bila makan. Lagipun apabila sudah padam api, kacang itu masih terus 'masak'.
        Itu aje. Kjee suka cara dua2  rendang itu dimasak. 


        

Related Posts:

  • MASAK LEMAK LABU SEBAB PESTA HANTU? Yezza Kjee masak Lemak Putih Labu lagi. Favorite semua kan...opppps yer ker? Well, kesukaan Kjee lah kot. Hehehe. Tak ada ada kena mengena dengan pesta Hantu omputih atau Halloween tau. Kjee masak lauk ni ming… Read More
  • SEMINGGU BERAPA KALI DAAAA MASAK KARI! HEHEHE Ehhh Kjee ni asyik masak kari jer. Kelmarin masak Kari Ikan Talang Kering. Selang dua hari masak kari ikan Jenahak pulak! Tak boring ker? Hahaha korang tak tahu yang ada kalanya siang malam kami makan lauk kari. … Read More
  • SAMBAL IKAN BAWAL AIRTANGAN NADIA Kjee beli ikan bawal hitam minggu lalu kerana dah lama tak masak Sweet Sour Fish kesukaan Nadia. Tapi asyik tertangguh-tangguh jer nak masak sebab tak sihat. Pagi tadi Nadia tanya samada resipi Sweet Sour Fish tu … Read More
  • SAMBAL AYAM DAN FUCUK LEMAK innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f888… Read More
  • LEMAK CILI PADI PUCUK UBI TANAM SENDIRI Lauk ni biasa-biasa jer. Tapi tersangatlah sedap especially kalau daun tu dipetik sendiri depan rumah. Hahaha. Dah dua kali UnclePali tebas/cantas pokok ubi kayu yang semakin lebat daunnya di musim hujan. Tapi sedih… Read More

2 comments:

  1. Look great, dah buleh try ni kak gee

    ReplyDelete
  2. Allahu kak jee.. meleleh air liur tgk.. bila la nk buat ni.. 🤩

    ReplyDelete