Tuesday, February 8, 2011

TAHU BAKAR SOS PEDAS

kjee dah kata hari tu kalau otak dah beku tak tahu apa nak tulis atau kalau sibuk buat skrip, kjee akan masukkan entry resipi. kali ni, kjee nak bagi korang terliur dengan resipi tahu bakar.

ini antara makanan favorite kjee. tapi sejak pandai buat dah tak selera lagi makan kat luar. ada jer yang tak kena. daripada menyumpah tak tentu arah, baik ler jangan makan. itulah susahnya bila kita dah pandai buat sendiri dan kena lak dengan tekak kita. orang lain buat semua ada ajer yang nak komplen.

okay bercerita pasal tahu bakar ni. mula2 niaga dulu kjee buat sos hitam pekat yang guna base taucu manis. ala macam sos yong taufu tu. lama gak kjee guna resipi tu. resipi dia ala rasa cina. satu hari ada member datang gerai. dia bagi resipi ni untuk sos tahu bakar. dia kata ini sos kaw johor mali. arwah kakak ipar dia yang guna buat niaga. memang laku gila! so kjee ni cam biasa terai ler. eh sedaplah. so kekal lah ia menjadi sos tahu bakar kami. resipi ala sos yong taufoo tu terus kami buang.

untuk sosnya, semuanya ada lima item...sama sukatan. kalu guna cawan make sure yang sama. 1. cili kisar 2. gula. 3. air asam jawa. 4. petis. 5 air. campur semua bahan ni pastu masak atas api sampai dia mengelegak dan pelankan api sampai dapat kepekatan yang kita nak. itu resipi asal member tu. tapi kjee ni buat sikit perubahan.

sebenarnya, cili kering yg dikisar tu tak boleh kita nak agak kepedasannya. so kjee hati2 bila mencampurnya. kekadang tiga suku cawan dan kekadang setengah jer. begitu juga ngan petis. kekadang setengah cawan jer takut masin sangat. pastu kjee ubah lagi. cili yg dah blend tu sebelum dicampurkan ke dalam periuk, kjee campur dulu ngan air sejuk satu cawan tadi dan kjee tapiskan ke dalam periuk. sebab? kan masa kita kisar cili tadi walaupun nampak halus tapi tak halus sangat sebenarnya. so bila ditapis ngan air tadi kita akan dapat result sos yg halus dan cantik.

ok bab sos dh siap. skrg camner nk buat tahu bakar. korang mesti ada tempat membakar. kalau ada oven toaster lagi baik. belilah tahu yang dah goreng. cina panggil taupok yang empat segi. pastu belah ikut tepi tapi jgn sampai putus. susun kat pembakar dan bakar. bila dah puas hati ngan kegaringannyer, korang angkat dan susunkan timun dan sengkuang yg telah diricik halus, ditengah2 tahu tadi. tutup atau kepitkan tahu tu dan potong dua ke empat ker. pastu siram sos dan tabur kacang tanah yg telah ditumbuk halus. kacang tanah yang dah siap pun ada jual.


selamat mencuba. kalo dah buat please bagitau...jadi ke tidak yer. Oh ya lupa nk bagitau. sos ni boleh simpan lama dalam fridge dengan syarat korang tak abiskan...juga diguna untuk sos sotong kangkung or rojak buah or yong taufoo. suka hatilah. kita yang buat dia kan.

untuk sotong kangkung, celur sotong kembang (bukan sotong kering tau) dalam air mendidih selama kira2 10 minit. toskan dan dipotong ikut suka. kemudian celurkan sedikit kangkung (kangkung? ada beran makan). susunlah atas pinggan hidang berserta timun. ada orang suka bubuh sengkuang jugak. pastu siramlah kuah sos tadi. kemudian ditabur dengan bijan yang telah disangai.

21 comments:

Anonymous said...

sedapnyerrr..terliur teman..tingin nak wat ler..sbb nampak mcm senang jer resipinyer kan..thanks kak jee sbb berkongsi..

ell joella said...

aduuuuh.. kecur liur tgh tauhu bakar tu tgh2 mlm ni.. mmm, nk kna suruh che abg syg cari bhn ler kat pasar klu camni.. haisshh..trase recik2 air timun ngan sos tu lam mulut nih.. penangan btol.. haruu..:D

zeera azira said...

sodap ni...cuba...cuba...yum..yummmmm

Shereen said...

Kak Jee,
Thank you so much for this recipe.Saya suka sangat dengan Tauhu Bakar ni and living kat NZ ni memang la jarang dapat saya jamah my favourite ni kecuali bila balik Malaysia.
Oh,by the way..my late mom suka sangat dengan lakonan Kak Jee.She especially like bila Kak Jee bawa watak-watak yang sedih.Infact,when my son was about 1+ (now he's almost 13),dia bukak la tv sendiri as I was busy doing something and suddenly I heard him crying macam orang kena pukul.I pun bergegaslah rapat kat dia.Rupa-rupanya,dia tengah tengok drama lakonan Kak Jee..I can't remember exactly what drama was that but I remember it was you and the scene was a sad scene.Yang terrornya,dah la anak I masa tu baru 1+ and masih merangkak lagi,and since papa dia omputih,jaranglah we speak to him in Malay.My point is,your acting was superb that you could moved a year old child who does not know the language so much so that the only way he know how to react was to cry out.
Thank you once again.

Grandna's said...

Baguih kak jee ni..tak kedekut ilmu...niway Tq...nnti nak gak cuba....

Anonymous said...

sedap nyer...

amy said...

erm..sedapnya..tq kjee nti blh cube:)

anna said...

salam kak jee, sya dah wat sos ni. mabeles. mmg sedap. anak2 saya suka sgt. tgh2 malam pun bole makan tauhu bakar hehe... makasih banyak2 kat kak jee yg tak kedekut ilmu. u mmg best.

aznimatisa said...

salam kak jee. saya sedang tercari2 cara2 buat sos tahu bakar ni. harap2 jadilah ya. sedapnya saya makan kat pinggiran perkampungan orang asli di Danga bay. Kak Jee, tq for the recipe!

Anonymous said...

saya memang minat sangat tahu bakar tapi taktahu nak buat kuahnya,lepasni nak cuba buatlah . tq kak jee kerana tak kedekut ilmu... terima kasih..
ju jerantut.

subob said...

As salam Kjee nak tanye kalo kita guna tahu biasa ok x?...

Kjee said...

Boleh apa salahnya. buat rojak tahu yang bubuh timun, tahu dan telor rebus.

subob said...

As Salam Kjee saya dah cuba buat tahu bakar ini dan juga kuahnya dan saya juga buat jualan, alhamdulillah mendapat respon yang sungguh baik..saya minta halal ya menggunakan resepi ini untuk mencari rezeki.

Kjee said...

Alhamdullilah. Kjee halalkan,

Anonymous said...

McM best! Nak Cuba juga

Anonymous said...

tq kak. Saye nk mintk izin buat tuk jualan ye

Anonymous said...

saya nak cuba buat untuk berniaga.minta halalkan

Anonymous said...

minta halalkan jika jadi berniaga

Anonymous said...

Nk tryla. Very simple. Yg penting tahan lame. Tq yer

chewanrazaudi udy said...

Salamrahmat kjee....timakasih atas resipi tbakar ni....semoga allah merahmati kjee...amin.

Diari Seorang Wanita said...

Salam Kjee.dh lama mencari,baru kini berjumpa.yg specialnya,dr seorang pelakon yg amat dikenali sekitar tahun 80-90'an.terima kasih Kjee..harap dihalalkan ilmu yg sy cedok ni ya..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...