Thursday, May 26, 2011

383. Kari Ketam ala India



Lauk ni dah lama buat tapi lupa nak masuk sini. Tapi tak perlah kan. Better Late Than Never.

Kjee beli ketam bunga ni kat Sri ternak, Selayang. Mata unclepali dan nadia bersinar2 nampak ketam. so kjee belilah empat ekor. Tanya dia orang nak masak lemak cili api ke atau kari. Dua2 nak kari, so kari ketam lah yer. Kjee kalau buat kari ketam tak suka bubuh apa2. Ada orang kata kenapa tak bubuh nenaslah, bendilah. Kjee tak suka sebab menyemak je. Lagipun, kalau bendi tu berlaga ngan ketam dalam periuk masa mengacaunya, tak ke penyek jadinya kan. So tak payahlah nak taruk apa2 ye. Kjee buat kari ni ala India. Kjee memang tak reti buat kari Melayu. Arwah mak tak pernah ajar buat kari Melayu. Sebab itulah kat rumah, kjee hanya guna rempah Babas. Dulu rempah cap burung Nuri tapi sekarang dah tak sesedap dulu. Oklah kita tengok bahan2nya.

BAHAN2NYA:
4 ekor ketam (anggaran 1½ kg)
1 cawan rempah babas
½ cawan santan (susu cair pun boleh)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecik rempah campuran untuk menumis
daun kari

CARA MEMBUATNYA:
Ketam dibersihkan dan dipotong dua. Toskan. Panaskan kuali besar atau periuk dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang. Apabila sudah naik wangi, masukkan rempah tumis campur dan setangkai daun kari. Goreng seketika dan masukkan rempah Babas 1 cawan. Goreng pantas2 sampai dah tukar warna, pastu masukkan air ½ cawan dan kacau hingga sebati dengan rempah. Perlahankan api dan masak selama 3 atau 4 minit sampai naik wangi. untuk mendapat kari yang sedap, pastikan rempah benar2 masak. Ini petua Kjee dapat. Bila rempah dah elok wanginya, masukkan air sebanyak satu atau dua cawan. Adjustlah sendiri yer. bila dah melegak, masukkan santan,  sekeping asam keping. Kacau perlahan2 dan masukkan pulak garam dan aji. Last sekali masukkan ketam satu persatu hingga habis semua ketam. Masak guna api sederhana dan sesekali balikkan ketam. Apabila ketam sudah benar2 masak dan kari sudah naik minyak, padamlah api.

13 comments:

Kak Aya said...

betul-betul membuka selera bila tengok kari ketam ni...subuh-subuh macam ni dah terasa lapar..cepatlah siang, nak cari makanan ni hu hu

Naz said...

Wah! Sungguh menyelerakan.. Kak Jee...lapoooo...

Ezza said...

unclepali kan tak leh makan ketam..gout tu...

Mas said...

akak..bestnya kari ketam.......
cicah ngan roti best gila tu.....

Ct Noarizah said...

Apa beza kari melayu dgn india ?

'idun sa'idun said...

Sedapnya tgk ketam tu.. Caner nak mkn ketam ni kak jee? Shellnya tu nak ketuk2 dulu ke sblom mkn? Nak ketuk dgn apa ye? Saya tau mkn crabstick je hehe

Kjee said...

Kari India kurang guna santan. malah ada yang tidak guna santan langsung. kari melayu sebaliknya. banyak pengunaan santan.

KakAsma said...

Kjeee,
nie kalau anak sulong kita nampak parah dibuatnyer..mesti lap lap airliur pastu suh kita beli ketam..dia kalau makan ketam orang len dah sampai london dia masih duk meragau ketam tuh..hehehe

Ija Zambry said...

k jee! sedap nye rupe! 1st time tengok kari ketam masuk blog heheh. saya jarang wat kari kalo ketam2 ni rebus je. bila kari, rasa kuat rempah tu buat hilang rasa ketam. ntah la rasa rugi plak.

Dari Sudut Dapurku said...

singgah sini jab...tengok kari ketam yg mengiurkan tu...eemm..best..

sharifah rosidah said...

hmmm sedapnya kari ketam tapi kalau nak masak ketam kena tunggu wan dan shiqin balik, afiq tak berapa suka ketam dia cakap leceh nak makan.

Anonymous said...

fuhhh, mengancamnya KJ..ketam ni my fvrt..

Sally yg tak boleh log in...huhuhu
http://darigobokhatiku.blogspot.com/

Anonymous said...

waaahhh ketam... memang favourite kat dalam rumah ni.. cuma sekarang ni dah jarang2 masak ketam sebab ibu maleh nak kerjakan..

kalau makan ketam.. kena makan sepenuh hati.. baru datang feel dia.. hehe

~ nana ~

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...