Tuesday, September 27, 2011

NASI LEMAK SAMBAL SOTONG REX


Hari ni Kjee terlebih rajin. Semalam terlebih telan suppliment. Lepas subuh terus ke dapur. Godek sana godek sini. Hari tu Unclepali tolong hangkut (bukan tolong jolok) buah kelapa yang dikait oleh Hadi, anak kak Pidah. Besar2 jugak kelapa Ulu Jempul.

So projek nasi lemak lah pulok. Ingatkan nak buat nasi dagang. Isyhhh over lah pulak kan? Tapi sedih Kjee masak tak sempat nak jamu Nadia yang tergocoh2 nak gi Uni. Hanya sempat jamah sikit jer nasi lemak dalam kukusan, dan sepotong sambal sotong.

Apapun, apabila dia orang dah tak ada, Kjee sambunglah balik buat nasi lemak. Jap lagi Unclepali balik nak makan. Nak suruh dia buat nescafe tarik. Unclepali bab buat air memang first class.

Kjee buat nasi lemak ikut cara bonda iaitu tanak sampai dekat kering dan kukus. Best cara tu. Berderai2 nasi dia. Sukatan dia ikut resipi Kjee iaitu 2 sukatan beras, 2 sukatan air dan 1 sukatan santan pekat. Buhlah garam sikit bagi naik lemak.

Tapi untuk pastikan nasi tu lembut dan gebu, Kjee rasa kena tengok2 beras jugak tau. Tadi Kjee guna beras wangi Flora. Kena lebih sikit sukatan air dia sebab beras tu kuat 'makan air' atau muai.

Nak cara sepenuhnya, lihat sini. Tapi hari ni Kjee buat sambal sotong kering dalam tin. (Dapat idea dari MamaFami. Thnx MF).  Semalam apabila Kjee ke Hero bersama Nadia (selalu duduk dalam kereta jer), terkejut Kjee tengok barang2 semua dah mahal!

Sotong dalam tin cap Rex dah RM4.95 untuk tin kecik! Kjee rembat 4 tin sebab kalau Unclepali lapar, dia sendiri godek2 kat dapur. Selalu dia bukak sardin. tapi sejak dia kena gout, Kjee dah kurangkan stok sardin kat rumah.

Tapi walaupun tin kecik, samabal yang dihasilkan dari satu tin boleh dimakan seramai tiga orang! Okaylah tu. Kalau beli sotong segar pun bukan murah kan. Sotong dalam tin jenama ni sedap sangat. Dia orang guna sotong kering yang besarrrr punya saiz.

7 comments:

Anonymous said...

saya selalu nasi lemak mesti pakai basmathi. bukan apa sebenarnya tak pandai nak pakai beras biasa. kalau pakai beras biasa mesti mcm terlembik . nasi tak nak berderai.anak2 makan sikit je nnt. kat kedai tgk diorg buat elok je pakai beras biasa. nak cuba flora wangi dan ikut sukatan kak jee la. ke berderai sbb kak jee kukus ye? bg tips la kak jee - zaliza

Kjee said...

Zaliza ikut jer resipi Kjee kat sini http://www.dapurkakjee.com/2011/03/172-nasi-lemak-sambal-sotong-kering.html. Insya allah jadi. Inilah resipi nasi lemak yang Kjee buat masa meniaga dulu. Tapi untuk nasi lemak hari ni, sebab Kjee tak sure sukatan air beras wangi floral, Kjee buat macam biasa. Entah pada tekak Kjee terkeras sikit tapi selepas Kjee kukus lama sikit, barulah lembut dan gebu.

Yat Maria said...

Salam Kak Jee,

ishhh dah tgk menu ni, harus kita pi carik gak nasi lemak & sambal sotong for lunch..yummeh!!!

rahel said...

Memang mantap...menyelerakan sangat...

smell delicious! a.k.a inachomel said...

betullah kak jee, barang sekarang ni memang dah naik harga melambung2! sotong rex kalau tin besar, skrg dah mencecah hampir RM10 .... suami saya suka sangat, tapi anak2 kureng .... saya gelar sotong ni dengan gelaran ... sotong tyrex(sotong dalam tin rex) ... macam nama dinosor gitewww ...

Kjee said...

Ina: Kjee suka sangat kalau ada makanan yang Kjee suka tapi anak Kjee tak suka. Boleh makan sorang2. hehehe tapi malangnya, apa yang Kjee suka, Nadia pun suka sama. adoiii.

Anonymous said...

ok thanks kak jee. sotong rex tu yg dalam kicap ke? biasa makan yg dalam kicap n cuma tambah cili bawang je.-zaliza

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...