Wednesday, February 23, 2011

93. mi goreng mamak orang melayu




Mi goreng mamak Melayu. Ada ker? Orang Melayu buat maka jadilah ia mi goreng mamak Melayu. Mi goreng mamak Melayu mewah sikit. Bubuh ayam, bubuh udang. Mi goreng mamak ori hanya bubuh telor, tahu dan kuih goreng.

Ala kalau dia orang buat mi goreng mamak, dia jugak jual rojak. So, apa bahan rojak berlebihan dicampakkan ke dalam mi goreng. Sebab itu mi goreng mamak ada tahu, ada kuih jemput2 kosong, jemput2 kelapa manis dan kekadang ada jugak kentang rebus.

Mulalah nak melalut ni. Ok kita belajar buat mi goreng mamak air tangan Unclepali. Masa Kjee meniaga dulu, ramai yang suka. Tapi kjee kureng sikit...

BAHAN: (UNTUK 1 PINGGAN)
Mi kuning (agak2 ler untuk 1 pinggan)
dua ekor udang
sejemput isi ayam yang telah dihiris
1 biji telor
sedikit sambal tumis
sedikit cili sos
sedikit kicap manis (untuk warna. tak bubuh tak apa)
1 ulas bawang putih diketuk
1 tangkai sawi
suku keping tahu goreng
sedikit minyak masak
daun sop dan bawang goreng untuk hiasan
limau kasturi
cili hijau hiris untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA:
Ketuk bawang putih dan tumis. Biarkan hingga agak kekuning kuningan dan masukkan ayam. Goreng hingga ayam masak, bubuh lak udang. Masukkan sambal tumis sebanyak  mana yang suka. Nak pedas bubuhlah lebih. Kacau pastu masukkan sedikit cili sos dan mi. Gaul sampai rata kira-kira 1 minit. Pastu masukkan sayur. Masak kira2 dua minit. Tolak semua tadi di tepi kuali dan bubuh sikit jer minyak ke tengah kuali. Pecahkan telor. Kaup mi dan hempapkan atas telor. Biar seminit sampai telor masak. Masukkan tahu dan sedikit kicap manis kalau suka dan gaul sekali lagi sampai telor dan mi sekata. Kalau tak cukup masin, bubuhlah sikit kicap cair. Biasanya dah cukup masin sebab sambal tumis tu dah cukup perasanya. Hidang dalam pinggan. Taburlah bawang goreng, daun sop, cili hijau hiris dan sebiji limau kasturi. Siap.
(Kjee memang guna sambal tumis untuk goreng mi termasuk Penang Fried Kway Teow. Ada orang bubuh cili mesin jer. Kjee tak suka sebab nanti ada bau cili yang tak berapa enak)

4 comments:

cek chun said...

kak jee. mee goreng unnek!!

Anonymous said...

mee goreennggg...satu..!

Kjee said...

hehehe mamak dah pencen!

suzi fauzi said...

yum yum...saya mesti cubee masak mee ni, kjee mmg rock !!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...