Sunday, November 6, 2011

awards/cards/ole ole

SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA DARI KJEE SEKELUARGA



Friday, November 4, 2011

Citer Merapu

DAPAT RASA KERETA KENA 'CLAMP'!





Dah banyak kali kami ke sana baik siang atau malam untuk makan. Kekadang ke restoran Hiyaki dan minggu lepas ke Flaming Steamboat Restaurant di Platinum Walk, Danau Kota. Parking biasa jer, secara double parking. Kalau ada kereta nak keluar, Unclepali alihkan kereta kami.


Malam tadi kami ke Flaming steamboat sekali lagi untuk makan malam bersama abang Fauzee dan keluarga. Masa sampai dalam hujan renyai2, sepanjang jalan di sebelah dalam Platinum Walk, sepi. Tak ada kereta parking. So apa lagilah. Suka sangat Unclepali.

Masuk restoran Abang fauzee dan keluarga sudah sedia menunggu. Unclepali yang habis makan dulu keluar hisap rokok. Seketika kemudian abang Fauzee menyusul. Tak lama selepas itu, Unclepali kembali dan duduk senyap2 sebelah Kjee sambil bisik kereta kena clamp.

Hah Kjee tanya balik. Kena apa? Kena clamp. Alamak, kata Kjee, Terbang RM50. Minggu lepas masa makan kat sini, Unclepali tercicir tiket parking. Kena bayar denda RM10. Hari ni melayanglah RM50.

Habis makan, kami keluar. Unclepali dan Abang Fauzee cuba pujuk pak guard. Dia panggil supervisor dia. Unclepali kata isterinya OKU sebab itu parking situ. Kemudian tunjuk kerusi roda dalam kereta dan sticker OKU. Laa terus supervisor tu minta maf.

Ketika Kjee keluar, dia orang tengah sibuk melepaskan 'clamp'. Selamat duit aku, kata Unclepali. Hehehe. Pengalaman tau! Belum pernah Kjee mengalami kereta kena clamp sebab Kjee ni memang baik...a law abiding citizen. Hari ni kena sebab selama ini tak pernah kena pun kat situ, so Kjee ingat okaylah kan. Bukan double park pun...cuma park di line kuning. Hehehe.


Thursday, November 3, 2011

Anak Seni

NISDAWATI LEGA, KJEE PULAK RISAU.


Nisdawati - album google

Wah nampaknya lepas ni, Kjee kena susun kata2 dengan baik dan berhemah kalau masukkan entry ke dalam blog ni. Kalau tidak nanti kena saman! Takuttt!



Apa hal lak ni Kjee merapu? Well, dua hari lepas Nisdawati dah menang dalam kes saman terhadap Nadia Mustafar. Nadia kena bayar ganti rugi berjumlah RM50-ribu. Semuanya sebab Nadia dikatakan memfitnah Nisdawati berhubung satu artikel mengenai hutang beberapa tahun lalu.

Alhamdullilah, akhirnya Nisdawati kini lega. Maruahnya yang tercalar selama ini sudah dibersihkan. Harap2 artis2 lain ambil ikhtibar dari apa yang berlaku. Makan boleh sebarang makan tapi cakap jangan sebarang cakap.

Hah Kjee pun dah mulalah risau. Manalah tahu, ketika merapu, ada pulak yang sakit hati. Mungkin pada kita sesuatu perkara itu hanya gurauan...

Anyway, Raya Haji dah dekat. Sesiapa yang nak bermaaf2an bolehlah berbuat demikian Ahad ini ya.


Wednesday, November 2, 2011

Anak Seni

SHAHEIZY SAM NAFI TINGGALKAN METROWEALTH


Walaupun sudah hebuh kononya, pelakon paling laku tanahair dewasa ini, Shaheizy Sam akan meninggalkan Metrowealth, akhirnya, dia mengakui akan menyambung lagi kontraknya dengan syarikat itu,
Shahezy memberita mStar, dia akan menyambung kontrak yang bakal tamat pada penghujung Disember ini.
"Khabar angin itu tidak benar sama sekali kerana saya akan meneruskan kontrak saya dengan MIG untuk tahun seterusnya.
"Saya tak tahu apa yang orang luar berkata tentang MIG, tapi bagi saya MIG menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dalam menguruskan kerjaya saya," katanya yang ditemui selepas tayangan filem Aku Bukan Tomboy, di sini, Isnin.
Dalam pada itu, dia turut menafikan mempunyai masalah dengan syarikat pengurusan tersebut seperti yang dikatakan segelintir pihak.
Bercerita tentang filem Aku Bukan Tomboy yang bakal ditayangkan pada 17 November ini, Sam berkata cabaran utama adalah memberi mutu lakonan yang berbeza dari filem sebelum ini.
"Cabaran berlakon filem ini adalah mencari kelainan dari filem-filem sebelum ini,
"Saya sudah biasa bawa watak komedi, jadi saya mahu penonton rasa bosan dan takut lawak-lawak saya tidak menjadi atau tidak kelakar," katanya.
Dalam filem tersebut Sam memeggang watak sebagai Harry kawan baik kepada Isha lakonan Scha Alyahya. Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang kehidupan gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kematian ibu.
Biarpun mempunyai sikap seperti seorang lelaki, Isha diminati oleh dua orang jejaka iaitu Harry dan Burn (Syamsul Yusof).

Monday, October 31, 2011

kisah2 close to my heart

KORANG KENA MENANGIS MASA BACA SEBAB KJEE DAH MENANGIS SATU BALDI!

Entry ini sepatutnya Kjee siarkan pada hari Ibu. Tetapi memandang kisah yang ingin Kjee paparkan cukup meruntun jantung hati Kjee (eh betul ke bahasa aku ni. Tulah masa  sekolah dulu tak nak belajar betul2). Kjee membaca mesej dari Haslina Hassan (teman Facebook) sambil berjurai2 airmata.

Unclepali yang duduk sebelah terkejut tengok Kjee menangis. Okaylah, Kjee copy paste apa yang Haslina tulis sebab cara dia tulis lebih menyayat hati daripada kalau Kjee yang tulis. Wanita yang diceritakan Haslina ialah Puan Mahzun Ahmad. Tapi gambar dia tak terang untuk disiarkan.

Salam k.jee



Anak2 Haslina yang comel. Gambar nenek mereka  Mahzun Ahmad tak terang Kjee nak siarkan

…
Mula2 saya nak minta maaf byk2 kat k.jee kalau msg saya ni menganggu k.jee..saya tergerak hati nak tulis semua ni lps baca n3 k.jee psl uncle pali..sesungguhnya k.jee n nadia adlh insan bertuah dikurniakan lelaki sebaik uncle pali…

Kalau nadia berbangga ada ayah tiri sebaik uncle pali,saya pula bangga ada ibu tiri yg baik n penyayang..besar harapan saya kalau k.jee sudi tulis kisah saya ni dlm blog k.jee tp kalau k.jee x nak tulis pun xpe,saya x marah..saya tetap gak baca blog k.jee hari2..

Begini kisah saya...saya merupakan ank ke-2 dr 4 beradik dan ank perempuan tunggal dlm keluarga..ibu kandung saya meninggal masa saya umur 6thn disebabkan radang paru-paru.Waktu meninggal ibu baru berusia 29thn.Apa yg menyedihkan ibu pergi setelah genap 44 hari berpantang adik saya .Ibu sakit masa dia tgh mengandungkan adik dan doktor terpaksa keluarkan adik saya masa 7bln dlm perut memandangkan keadaan ibu yg x dpt lg diselamatkan.Adik saya lahir sbg insan istimewa(down sindrom) mungkin disebabkan ibu terlalu byk mkn ubt masa mengandung

Tak lama lepas ibu meninggal,ayah kawin lain atas desakan tok(nenek) saya tp sayangnya perkahwinan tu cuma mampu bertahan selama 9 hari saja sbb isteri ayah tak sanggup nak jaga kami 3 beradik lagi2 adik saya sbb masa kecik dulu mmg dia kerap sakit..Sthn lepas tu ayah kawin lg sbb kesiankan kami xde org nak jaga..Masa tu saya ingat lagi betapa susahnya hidup ayah yang terpaksa bekerja tungkus lumus untuk membesarkan kami.

Alhamdulillah kali ni ayah dapat isteri yg baik,yg boleh jaga kami.Makan pakai kami dah kembali terjaga.Ibu tiri yang kami panggil “mak” tak ubah seperti ibu kandung sendiri,hari2 bekalkan kami nasi ke sekolah.Tak lama lepas tu mak lahirkan seorang adik,juga lelaki..jarak adik saya yang ke-3 dan ke-4 ni mmg x jauh apatah lg adik yg ke-3 agak lambat perkembangannya.Masa ni makin terserlah betapa murninya hati mak bila dia byk lebihkan adik saya dr anaknya sendiri.Bila kemana-mana pun adik saya yg ke-3 tu mak saya dukongkan manakala adik yg ke-4(ank kandungnya)dibiarkan berjalan…itu la sifat murni mak,x pernah nak bezakan kasih sayang kami 3 beradik dgn anak kandungnya sendiri..ingat lg masa ni ramai yg suka tanya saya “mak tiri baik tak?” dan saya selalu jwb “mak baik sgttt..mcm malaikat”..hehe

Kami terus membesar seperti org lain tanpa ada rasa kekurangan kasih sayang ibu sbb sejak mak hadir dlm keluarga,kami sentiasa dilimpahi dgn kasih sygnya.Saya la yg paling rapat sekali dgn mak mungkin sbb saya satu-satunya anak perempuan,apa-apa pun mak mesti kongsi dgn saya..apa saja kemahuan saya tak pernah pun mak hampakan..dah 23thn saya hidup dlm belaian kasih sayang mak,sikit pun saya x rasa dia mcm ibu tiri..

Thn 2004 ayah disahkan mengalami kegagalan buah pinggang dan terpaksa bergantung kepada dialysis.Ternyata mak seorang isteri yg hebat,7thn mak jaga ayah dgn penuh kesabaran.Mak juga seorang menantu yg baik..dah 3thn mak jaga tok saya yg lumpuh,disuapnya tok mkn,diangkatnya tok mandi,kencing berak tok semua mak yg uruskan..walaupun bkn calang-calang orang yg boleh sabar dgn perangai tok(anak-anak tok yg lain pun x sanggup nak jaga sbb mulut org tua tu nauzubillah…)kini dah 9bln ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga,mak masih setia jaga ibu mertuanya walaupun tok masih ada lg ank yg lain tp mak x pernah berkira jauh lagi nak merungut…

Saya dan adik beradik akan tetap pegang amanah arwah ayah,walau apa pun yg terjadi kami xkan sia2kan hidup mak…kami akan jaga mak dgn penuh kasih sayang seperti mana mak menjaga kami masa kecik dulu..alhamdulillah ayah pergi meninggalkan kami dgn sedikit harta dan semuanya kami serahkan pd mak…rasanya dgn harta tu pun x terbalas jasa kami pd mak…bg saya mak la mak saya dunia akhirat walaupun bukan dia yang lahirkan saya…saya x pernah jemu berdoa semoga mak sentiasa dipanjangkan usia,x dapat saya bayangkan mcmana hidup saya kalu mak dah xde

**sekali lagi saya minta maaf sbb tulis panjang lebar kat inbox k.jee…saya x pandai nak hantar email…maaf ye k.jee

Sunday, October 30, 2011

kisah2 close to my heart

DAH 1000 ENTRIES SEJAK 25 JANUARI 2011








Dalam sibuk2, baru Kjee terperasan hari ni Kjee dah buat 1,000 entries sejak Kjee mula blogging pada 25 Januari 2011. Banyaknya. Page views pun dah lebih 1.3 juta! Ini entry Kjee yang ke 1001.

Mula2 Kjee bukak blog ni dulu, Unclepali tanya, ada idea ke nanti? Elehhh cenanggg jer, kata Kjee.
Rupa2nya tak senang. Bagai nak giler jugak apabila tiba2 blurr otak (writer's block). Pandang dan mengadap computer dua tiga jam tapi idea tak keluar. Sebab itulah keluar macam2 citer merapu.

Kjee dapat pelbagai feedback dan readers semua. Ada yang kata kenapa Kjee suka buat entry yang bikin dia orang menangis, ada yang ketawa sampai guling2 dan ada juga yang marah2. Ewah, I can't nor will I try to please all. I do things my way. That's my style.

Sifu Kjee, Adibah Amin pernah kata, just be yourself when you write. Jangan terikut2 cara orang lain. Awak mungkin tak boleh tulis macam saya dan saya juga tidak mungkin dapat tulis cara awak. Itulah pesan kak Adib yang Kjee pegang sampai hari ini.

Terima kasih kepada followers tegar Kjee. Yang suka marah2 tu, Kjee hanya ada satu pesan. Kalau dah tak ada apa nak buat, gi masuk bilik air, rendam kepala dalam mangkuk tandas dan flush. Get a royal shower. Korang ingat apa korang buat jer yang baik, yang elok ker?

Mudah2an Kjee terus diberi peluang untuk menulis. Terima kasih Allah swt.

My first entry. Baca sini.



kedai Kjee

DOUBLE BOILER, RAMEKINS & ACUAN ROTI JALA




Stok double boiler dan ramekins 2.5" sudah ada. Untuk pesanan, sila emel kedai@fauziahsamad.com.
Masih belum ada berita mengenai acuan roti jala. Akan war2kan sebaik sahaja ia sampai. Kjee terima tempahan sekarang untuk acuan roti jala untuk memudahkan proses penghantaran bila barang tiba. Terima kasih. 


Jalan2 Cari Makan

JJCM ~ NASI KANDAR CRAVEN PENANG, BUKIT ANTARABANGSA













Najib Ibrahim - Bos Craven Cafe, Bukit Antarabangsa 



Apom manis, my favorite

Hari ni Kjee pergi lagi Craven Cafe, Bukit Antarabangsa setelah puas kami bertiga fikir nak makan kat mana. Tak nak pergi jauh2 sebab banyak kerja menanti kat rumah. Sekarang kan selain buat bisnes kedai online dah buat jugak bisnes Transfer Factor! Weh..lama2 boleh kurus lah kalau busy giler kan? Insya allah. Hehehe.

Mula2 kami ke Sakura Cafe. Tutup pulak, so Nadia suggest Cili Padi tapi dalam perjalanan, Kjee kata why not ke Craven Cafe, Bukit Antarabangsa. Unclepali dan Nadia suka sangat. She loves the Cucur Udang dan Unclepali of course nak makan nasi kandar. Kjee pula kecur teringat apam manis.

Sampai sana, nampak ramai kengkawan yang juga customer Kjee masa Kjee meniaga di Anjung Melawati dulu. Antaranya penyanyi Halil Chik yang bagitau sejak Kjee tutup gerai Kjee (Dapur Kak Jee), kini Craven Cafe pulak dah jadi dapur dia. Orang bujang lah kan!

As usual, duduk jer Nadia dah order cucur udang yang dalam menu tulis Cucur udang Tunku. Kjee dan Unclepali pergi ke section yang diletak lauk pauk nasi kandar. Kjee dah janji tak nak makan ayam lagi (nanti entry lain Kjee story why), so Kjee pilih kari kepala ikan Bawal sementara Unclepali ntah amik lauk apa, tak perasan.

Sedap gua cakap lu. Tak try, rugi!!!
Kemudian sampai di meja, Kjee order apom manis. Sambil makan nasi kandar selang seli dengan apom manis. Tak cukup, order 1 set lagi. Memang sedap. Must request garing punya, baru sedap!!

Ang then, Kjee ternampak taukeh Craven Cafe, Najib Ibrahim. Ini first time Kjee jumpa dia disitu. Beliau duduk dan Kjee mintak izin amik gambar.

Menurut Encik Najib, Craven Nasi kandar cukup popular di Penang sejak tahun 1920! In fact ia nasi kandar no 1 Penang dulu dulu. Tetapi sekarang dah jadi cerita lain. Bisnes Nasi kandar di Penang jatuh merundum sejak Tsunami tahun 2005. Customer mereka dulu termasuk Almarhum Tunku Abdul Rahman dan juga Tun Mahathir.

"Sebab itu cucur udang kami dinamakan Cucur Udang Tunku sebab apabila Tunku masuk saja kedai datok saya dulu, beliau akan mintak cucur udang," kata Najib.

Craven Cafe telah beroperasi di Bukit Antarabangsa sejak 2 tahun lalu dan beroperasi selama 24 jam. Tak susah nak cari Craven Cafe sebab ia sama bangunan dengan Giant Suppermarket Bukit Antarabangsa. Tetapi mengadap sebelah dalam. Sebelum di Bukit Antarabangsa, Craven beroperasi di belakang Petronas Ampang Jaya selama 4 tahun. Apabila sewa dinaikkan dari RM28,000 sebulan ke RM32,000, beliau terpaksa mencari tempat lain. Nasib baik dia pilih Bukit antarabangsa. Senang Kjee nak pergi. hehehe.

Apa ada di Craven Cafe selain Nasi Kandar. Bukan nak puji habis tetapi semua makannya sedap2 belaka. Dari nasi Goreng, Mi Goreng, Nasi lemak bungkus dan even agar2 biasa warna merah tu pun sedap sangat2.

Tadi kami tiga beranak makan 2 pinggan nasi kandar, dua set apom manis, 1 set cucur udang, 1 set kuih muih manis (kuih lapis dan seri muka) serta tiga gelas air, bil kami RM42.50.

Puas hati betul sebab sedap sangat. Sampai sekarang tangan Kjee masih berbau kari mereka yang enak. Semua resipi adalah turun temurun dari keluar Najib. Even masa zaman datoknya, neneknya yang masak. Kaum lelaki hanya membantu. Sekarang isteri Najib yang memasak sendiri resipi yang telah diturunkan.

Craven memang tempat berkumpul ramai orang popular termasuk artis2. So kalau korang ke sana, terumata malam2, insya allah boleh jumpa artis. Hehehe









rawatan alternatif ku

TINGKATKAN IMUNITI LAWAN SEMUA PENYAKIT. KORANG TAK NAK KER?

Hari ini Kjee jumpa kawan lama Kjee, Hafifi Hafiz (Dato), dulu junior Kjee di Berita Harian. Jawatan terakhir beliau di sana sebagai Pengarang Eksekutif Harian Metro dan Metro Ahad. Terpaksa meninggalkan bidang kewartawanan kerana mengidap kanser hidung.


Malu ada, takut pun ada jumpa Dato Hafifi. Tiga tahun lalu, setelah setiap minggu terima sms dari Dato Hafifi supaya hadir dengar penerangan mengenai Transfer Factor, Kjee pernah hantar mesej kat beliau.  Kjee bagitau, tak payahlah hantar mesej lagi. Kjee tak minat nak beli, nak makan ataupun nak jual Transfer Factor.  Maleh sebab tak suka jadi ahli dan tak mampu beli suppliment mahal2. Masa tu Kjee peniaga kecil2an jer. Sekarang pun pokai jugak tapi sanggup ikat perut sebab nak sihat. 

Kami datang awal tadi, so sempatlah jumpa dan dengar Dato Hafifi cerita mengenai pengalaman beliau
Itulah, cakap siang pandang2. Sekarang Kjee pulak terhegeh2 pergi cari Dato Hafifi setelah Kjee cuba makan Transfer Factor yang disyorkan oleh my dearest sis, Dr Ina Harlina (Blogger Inahar's Cooking Time) dan sahabatku, Shila (Blogger Asam Pedas) dan rasa sendiri kehebatannya. Kjee ni macam Astro jugaklah. Sakit lutut, lelah dan juga ada OSA. Bukan ISA tapi Obstructive Sleep Apnea atau OSA.

Dr SS Tamilselvan yang memperkenalkan Transfer Factor kepada Dato Hafifi
Orang yang kena OSA ni, paling senang cerita adalah mereka yang tetiba ditemui mati ketika tidur! Kjee dah lama kena OSA. Apabila tidur seringkali 'lemas' dan rasa macam kena tindih. Seringkali Kjee tuduh hantu punya kerja! Ada yang kata tidur tak cuci kaki dan tak baca doa tidur. Sebab tu kena hempap dengan hantu. Yo lah tu. Siaplah nanti aku kena jawab dengan jin dan hantu lepas ini! 







Serius ni Kjee tak main2 pasal kes kena hempap atau tindih. Tiap2 malam kena. Pastu Kjee pergi Spital Ampang. Doktor Pakar yang merawat Kjee kata Kjee kena OSA dan harus segera mendapat ratawan kalau tak nak mati ketika tidur. Rawatannya bermula dengan ujian yang dijalankan oleh satu syarikat swasta. Dia orang  datang rumah dan ikat Kjee dengan wayar. Agaknya wayar tu disambung pada mesin. Esok pagi dia orang datang dan tengok mesin tu untuk mengetahui tahap mana masalah Kjee.

Tapi Kjee tak buat sebab sayang duit. Kena bayar RM240 tu!! Baiklah aku gi makan steak kat Tony Romas. Sedap tau  Dan Kjee terpaksalah menahan derita. Pernah satu malam sampai 7 kali 'lemas'. Masa tu Kjee mengamuk sakan kat hantu setan sebab kenapalah ko kerja overtime sampai 7 kali aku kena tindih!! Sepanjang malam tak berani tidur lepas kali ke-7 kena tindih.

Ramai tak lepas peluang mintak nasihat secara peribadi 
Rupa2nya itulah OSA!! Bukan kerja hantu setan! Dan selain OSA, isyhh banyaknya penyakit mokcik ni! eh kan aku dah kata aku macam Astro. macam2 ada  Kjee juga seringkali dikejarkan di tengah malam buta ke spital kerana lelah! Kjee hanya menyedari diri Kjee dah pulih dari OSA dan lelah, setelah Kjee makan suppliment Transfer Factor. OSA hilang, lelah pun hilang dalam masa 5 hari! Tak sempat habis sebotol Transfer Factor pun! 

Sebab itulah tadi, Kjee tebalkan muka bila jumpa Dato Hafifi. Kalaulah Kjee tak degil sangat dan ikut saranan beliau untuk try TF, tentu dah lama Kjee baik. Rupa2nya kalau penyakit macam Kjee, suppliment tu tak lah mahal. Yang mahal ubat kanser...sampai RM1,500. Tapi kalau boleh baik macam yang Dato Hafifi alami, tak ker berbaloi? Duit boleh cari beb!

Dan tadi, dalam usia yang dah setengah abad ini, bontot Kjee tak lah pulak panas duduk hampir 3 jam dengar penerangan (talk) mengenai pentingnya kita memperkuatkan sistem imuniti untuk melawan penyakit. TF, kata Dr SS Tamilselvan, seorang pakar farmasi (pharmacist) BUKAN UBAT. Ia tidak boleh mengubati sebarang penyakit tetapi ia mampu mengkuatkan sistem imuniti badan kita, sekali gus menepis dan menyahkan penyakit2 yang ada.

Kalau tahap ketahanan dalam badan kita tinggi, ia akan mencari punca2 yang menyebabkan kita sakit dan melawannya. Ewah syabas aku dah pandai sekarang. 

Seronok sangat pergi dengar ceramah Dr Tamilselvan, Dato Hafifi dan juga testimoni pesakit yang dulu tak boleh bangun, sekarang dah boleh berlari. Mokcik pun tumpang sekaki bagi testimoni jugak hehehe

Habis sahaja ceramah, semua berpusu2 mendapatkan Dr Tamilselvan. Walaupun siang tadi baru sampai dari India kerana memberi ceramah di sana dan malam ini bergegas pula ke Brunei untuk tujuan sama, tetapi beliau tetap melemparkan senyuman, dan menjawab soalan2 secara individu.

Rugilah korang (yang tinggal di KL dan PJ) yang tak datang dengar tadi. Minggu depan Dr Tamilselvan nak bercerita lebih khusus mengenai kanser, penyakit yang paling ditakuti sekarang. Dulu, kata beliau, orang takut kena serangan sakit jantung. Sekarang kanser adalah penyakit yang paling digeruni semua.

Setiap penyakit ada ubatnya. Jadi, janganlah buang masa. Jomlah kita kukuhkan sistem imuniti diri sebelum terlambat! Kjee, Insya Allah, sedang melaluinya...Korang bila?

Kjee bersama Dato Hafifi, Datin Azlin dan Puan Shila
Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Transfer Factor, Dato Hafifi dan isteri Beliau Datin Azlin sanggup luangkan masa mereka untuk beri penerangan. Korang boleh hubungi Kjee melalui emel fauziah.samad@gmail.com. Menurut Dato Hafifi, beliau sanggup menerima kumpulan2 kecik antara 5 hingga 10 orang. 

So amacam? Janganlah jadi macam Kjee. Peluang dah ada depan mata dulu tapi tak nak rebut. Sekarang dah sakit baru nak terhegeh2. Apa sahaja penyakit, baik melibatkan bayi, kanak2 ataupun orang dewasa, boleh diatasi. Insya Allah. Kita kena usaha!

Baca kisah Dato Hafifi di sini. Baca jugak di sini mengenai Dr S S Tamilselvan.

Esok lusa Kjee akan cerita lebih banyak lagi mengenai keberkesanan Transfer Factor. Insya Allah.

Kjee pun tumpang sekaki cerita pengalaman



Saturday, October 29, 2011

Info Berguna

JEMPUTAN : RAWATAN ALTERNATIF - TRANSFER FACTOR




Hari ini (29 Oktober 2011)  kul 4 petang, Kjee akan berada di pejabat 4Life (Transfer Factor) untuk sama2 dengar ceramah mengenai cara2 meningkatkan sistem ketahanan diri sekali gus melawan penyakit seperti jantung, kanser, kencing manis, darah tinggi, asthma dan sebagainya. Ceramah akan disampaikan oleh pakar Dr TamilSelvam.

Tiada paksaan membeli atau menjadi ahli. Hanya dengar ceramah untuk tambah pengetahuan. Bawaklah sedara mara atau kawan2 yang sakit. Mencegah lebih baik dari merawat.

So sesapa yang boleh hadir, sila ke:

TINGKAT 5,
PEJABAT 4 LIFE,
MENARA AMCORP PETALING JAYA (SEBELAH AMCORP MALL)
PUKUL 4 PETANG - 7 MALAM
MASUK PERCUMA.
HUBUNGI KJEE DI 0123816091/0126780501

Sila baca sini. Baca juga komen2 dari mereka yang pernah menggunakan supplimen Transfer Factor dalam entry itu.


program tv

FARA DAN NEELOFA PENGACARA NONA? TV3 DESPERATE SANGAT KER?



FOTO2 EHSAN GOOGLE 

Balik dari Semenyih dan tengah makan KFC depan sambil surf berita di mStar online. Hampir2 tercekik Kjee apabila terbaca berita Fara Fauzana dan Neelofa bakal menerajui Nona musim depan bermula Januari 2012. Biar betul ni.








I have nothing against Fara or Neelofa. Tetapi Kjee rasa ini idea yang kurang cerdik. Nanti aku kata bodoh, kena saman lak.  Why Kjee kata kurang cerdik? Let me explain.

Nona bukanlah satu rancangan hiburan. Walaupun isi kandungannya kekadang menghiburkan mereka yang dah tak ada rancangan lain nak tonton, tetapi please lah, jangan campur adukkannya dengan selebriti hiburan. 

Pandang jer muka Fara Fauzana, budak Tadika pun tahu dia hanya sinonim dengan cerita hiburan tanahair. Neelofa pulak.. eh siapa dia. Oh budak yang goda Walid dalam Tahajjud Cinta...sesuwai ke bawak 'watak' pengacara Nona.

Selama ini, pengacara Nona terdiri daripada mereka yang tergolong dalam kelas mereka tersendiri. Macam Normala Shamsuddin alamak nama tu jer ker yang aku ingat. Ala2 wanita Melayu terakhir. Kjee rasa Vanida jugak harus diberi peluang lagi. Walaupun baru sekali dua Kjee tengok dia dalam Nona, tapi give her more time, she'll be ok.

Nona hilang seri bukan kerana pengacara tetapi kerana content (isi kandungnya). Cuba ubah terus seluruh warga kerjanya. Jangan babitkan langsung sorang pun dari team yang mengendalikannya selama ini. Inject new blood yang punyai idea baru. Insya allah, akan ada suatu santapan baru untuk dihidangkan.

Bukanlah Kjee nak pertikaikan kehebatan team lama. Tetapi Kjee rasa mereka jugak dah bosan kalau week in, week out, terpaksa  buat kerja yang sama...bertahun2 lamanya. Samalah macam aku dengan blog ni. Tiba masanya akan ku tahu undur diri.

TV3 nak ubah ker cara Fara yang amat sinonim dengan gaya Melodi? Atau TV3 mahu menghidangkan Nona versi baru yang jauh menyimpang dari presentation Nona yang lama.

Kalau Fara menjadi pengacara dengan konsep Nona yang masih di takuk lama, Kjee yakin bukan sahaja penonton Nona akan berkurangan tetapi Fara juga bakal hilang sebahagian besar pengikutnya. Walaupun Fara dakwa usianya yang kini menjangkau 32 tahun begitu sesuai mengacarkan rancangan yang lebih sophistikated, Kjee rasa, dia hanya berkata demikian kerana terpaksa or maybe dipaksa.

Apapun, good luck Fara. Buat Neeloa, rasanya masa ini tidak sesuai awak mengacarakan Nona kerana 'ramai sangat menyampah melihat watak awak menggoda Ustaz Walid' dalam Tahajjud Cinta. Nak dapatkan kembali keyakinan penonton menerima awak dalam 'watak yang lebih baik' akan memakan masa.

Janganlah desperate TV3.